Pak Cik Kayo Rebet
Walaupun aku kutuk Pak Lah ituhari, bab duit kita jangan campur dengan bab politik, nanti ia di panggil politik wang, yes aku dah dapat rebet tunai dari kerajaan RM625. pak cik kayo!!

Tapi kalau gomen pikir wang ini mampu menutup mulut pemilik kenderaan-blogger seperti ku, mereka silap, aku takkan berdiam diri, kutuk tetap kutuk, kenaikan harga minyak yang melampau harus ditempelak, ditentang dan di-anjing-kan, sebelum gomen pijak kepala kita, kita berak-kan kepala Pak Lah dan Najib dulu.
seperti kelihatan di gambar, mamat hensem itu tengah kaya sekarang, jom ajak dia berfoya-foya, main go-kart, futsal, karok 4-5 lagu, nonton wayang, main bowling, dating dengan awek, hahaha weh siapa kata rebet tuh untuk minyak petrol, petrol harga sama jugak, tak turun-turun sejak dulu.
Camner nak tuntut Rebet?
Ok semua dah tahu yang gomen hanya beri rebet untuk PEMILIK KENDERAAN sahaja, yang takder kenderaan, korang boleh start kutuk Pak Lah gila kuasa tu sekarang, harga barang naik apa cer?

Pembayaran Fasa 1
Ok pembayaran fasa 1 ni untuk pemilik kenderaan yang RENEW road tax antara 1 April 2008 hingga 31 May 2008, oleh kerana ramai yang tak paham, beratur panjang lah kome, kesian, sampai kat kaunter hampa, “pakcik punya road tax ni renew Januari 2008 jadi pakcik boleh claim rebet ni bila pakcik renew Januari 2009 ya” kata teller pos malaysia itu.
Pembayaran Fasa 2
Fasa ke 2 pula untuk pemilik kenderaan yang RENEW road tax antara 1 Jun 2008 hingga 31 March 2009, tuntutan boleh dibuat di pejabat pos bermula 1 Julai 2008.
Apa yang perlu dibawa?
Bawa telur, Mykad atau Ic Polis/Tentera, borang tuntutan boleh ambil di kaunter pejabat pos, isi lah Nama, Alamat, no.IC, dan No.plate kenderaan dengan tepat, itu sahaja.
Pemilik kenderaan sendiri perlu hadir untuk menuntut rebet TUNAI, kalau wakil yang datang, kiriman wang pos akan di hantar ke alamat yang ditulis oleh wakil.
Teller di pejabat pos akan menyemak data di dalam sistem JPJ untuk menentukan samada anda layak atau tidak, kalau layak senyum lebar lah anda, bayar cash tuh, kalau tak layak, maki lah dalam hati.
Ok selamat membuat tuntutan.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.
- Taksub Pemimpin
- Babi punya Pak Lah
- Rumah Terbuka, N73 dan My V
- Teluskah SPR?
- Cek pertama dari Nuffnang
Comments
aku bulan julai ni gak baru nak ambik..dpt gak lah beli lens baru..ehhe
chot’s last blog post..Jumpa disana!
chot= duit rebet petrol wajib dibelanjakan ke tempat lain haha
H+zizy= Ooo ko dah dapat rebet pon senyap je, takpe kali ni aku plak belanja ko, jom mana nak foya-foya gua belanja
wow~ pakcik kayo~ pakcik kayo~ pakcik kayo~ =P Mari berbelanja sempena mega sale. kui kui kui
Darkz05’s last blog post..Takda Idea Part 1
erk. ko kata tu hari nak belanja kan kan kan :p
aku masih menanti bulan 9 uhuhu
megat’s last blog post..Politik Negara : Fitnah!?
Aritu aku x sempat berfoya-fooyoh sbb ner advancekan payment utang2 sbb last month gaji xdapat. Oho, kita berfoya-foya di ******* la pulak hehe..
RM625 tidak cukup cover la. :(
Jayce’s last blog post..Microsoft Wireless Notebook Laser Mouse 7000 Preview
bro ko kat manjung kan… woagahahah ok aaa tu kalau aku balik umah parents aku boleh aa kita kuat TT..amacam
rudyproject’s last blog post..City of Angels v2
Darkz05= aku bukan wanita berbelanja di mega sales haha
Megat= turun Manjung la brader, lepak Teluk Batik or Pangkor
H+Zizy= apa yg tut tuh, Dangdut Mawar Merah ya
Jayce= mmg tak cukup maa, tapi ok la dari takda langsung kan
rudy= TT=telegraphic transfer kah, haha manyak chantek
Wowww dah tebus rebat ker???amboi mentang2lah dapat rebat tak nak share ngan aku.cehh takkan bagi punyer la..
mrfathi’s last blog post..Keinsafan @ MrFathi FM - Gerbang Keinsafan
Rebat sudah,lepas ni Nuffnang pulak akan memberi wang kat ko plak kan.DEBAB kayo beb!!!!
mrfathi’s last blog post..Zaskia Adya Mecca Ternyata Merokok & Bertatu???
mrfathi= haha mmg la tak bagi, tapi kalau takat belanja kawan2 takde hal
nuffnang-woi senyap je la belum dapat lagi hahaha
aku ni pun mana ada transport pun? aku layan bas je tiap2 hari. mana aci takbley claim.. cis!!!
razifmustapha’s last blog post..Aku mencelah di RAPAT 060708
saya pun takleh nak claim jugak. bila boleh dapat claim haa? keter tak beli baru lagi… keter mainan ada laaa..
nuffnang dh ada tu. belum boleh claim lagi… jangan nyorok laa. berbling2 iklan nuffnang tu… sorok muka belakang duit boleh laa. lepas nih cek nuffnang sampai laa tuuu… yuhuuuuu…
dia ingat, RM625 tu cukop kot nak dibuat tutop mulut orang. tapi disebabkan duit kan , hambekkkk tetap hambekkk.
gua nak renew road tax + insurans 23 Julai ni.. tp ade saman ngan polis x setel lagi.. agak2 dapat x rebate ni? he he
abdfatah= fatah kaya beb kaya bisnes
chika= hambek jgn tak hambek
Mail= saman kena bayar dulu tuh baru boleh idup road tax, dah renew road tax baru boleh claim rebet.
tima kasih sebab tulis pasal nih…roadtax aku renew 27 Apr. kira tak leh nak apply laa untuk duit rembat minyak petronas ni?
adib.’s last blog post..Al-Fatihah
Adib= rasanya boleh lagi, patut renew 27 Apr 2008 dah claim masa Fasa 1, boleh try claim lagi, isi je borang, cuba je mana tau
Leave a comment



wah…besh leh enjoy…huhuhu…saya tahun dpn baru leh ambil duit tu…