Tinggal berberapa hari sahaja lagi, kejohanan bola sepak eropah Euro 2008 akan bermula, sebagai kaki bola ortodoks, acara 4 tahun sekali ini wajib ditonton, diambil tahu, dan ditandai dalam kalendar anda.

16 pasukan telah melayakkan diri untuk berada di pusingan akhir ini, dan kali ini giliran Austria & Switzerland menjadi selaku tuan rumah bersama, seperti lazimnya, pastinya ada negara-negara yang diundi dalam kumpulan maut, kali ini France, Italy, Netherlands dan Romania bakal bergelut merebut tempat ke suku akhir dalam kumpulan C, sebenarnya kumpulan apa pon diletakkan sama sahaja cabaranya, the best Man win.

Portugal 1st team

Kali ini aku memilih PORTUGAL sebagai pasukan pilihan aku untuk menjuarai Euro 2008, oh maaf ya bukan kerana Cristiano Ronaldo (Man United) ada, aku menyokong portugal, tidak, tapi aku melihat dari segi pengalaman dan potensi mereka menjuarai acara ini, 4 tahun lalu impian mereka bergelar juara tuan rumah berkecai dimusnahkan Greece, kemudian di World Cup 2006 pun kandas separuh akhir, aku yakin Portugal kini lebih bertenaga dan inilah misi terakhir jurulatih mereka Luiz Felipe Scolari.

Digelar Brazil Eropah, Portugal memilikki barisan pemusnah yang mampu membuat pertahanan lawan kucar kacir, Ayam tambatan mereka Ronaldo pastinya berperan sebagai watak utama dalam pasukan ini, sebenarnya aku belum mengenali sangat pemain2 muda macam Moutinho, Veloso, Pepe, Bosingwa, harap2 diorang tak mengecewakan harapan semua peminat Portugal.

Forca (Strength) Portugal

Apa pula pasukan skongan korang dalam Euro kali ni?

Baca lagi topik-topik hangat

9 Responses to “Força Portugal Euro 2008”

  1. H+zizy On

    Aku? Deutchland du achtung! hehe..

  2. Rjuna On

    Zizy= Deutchland vor, noch ein Tor, Danke!

  3. H+zizy On

    Pulak..mampos aku nak translate huhu

  4. adib. On

    mana kau amek gambar ha..aku nak jugak..FRANCE

    adib.’s last blog post..By: ika

  5. Allyza On

    mula2 aku target German ada chance menang.tp tgk gaya portugal main, ditambah dgn kebijakan Scolari, Portugal ada chance la kali ni.tambah plak loser mcm figo dah takde,diorg punya attacking flow tu cantit jek…

  6. chot On

    euro kali ini sudah pasti spain la bro..portugal masalah pd striker..yg ada hanya nuno gomes yg lembik dan tua. heheh

    chot’s last blog post..Capture NX2

  7. Rjuna On

    H+zizy= Maksud dia Come On Germany, score one more goal, thank you!

    Adib= search pakai Google Images je hehe, gambar world cup 2006 tu.

    Allyza= marilah sokong portugal, walaupun defend nampak goyah masa lawan Rep Czech, kemenangan adalah subjek utama.

    Chot= jangan berlagak spain, baru 1st game, Nuno Gomez hanyalah umpan, Ronaldo and the gang adalah pemusnah sebenar

  8. Rjuna On

    tewas sudah team sokongan ku ini 3-2 oleh Germany

    kelemahan membaca set piece lawan menghukum skuad ini

  9. H+zizy On

    Takpe, sabau ye.. saksikan kehebatan negara bekas komunis beraksi (Jerman & Rusia) hehe..

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting