Al-Quran Online May 16th, 2008
Percaya tak kalau aku cakap, seseorang tu hidupnya kalau banyak dugaan yang datang, malang bertimpa-timpa, hati tak tenang, gaji besar tapi tak cukup, buat dosa besar kemudian tak rasa bersalah sikit pon, adalah disebabkan kita tak membaca Al-Quran, jiwa kita mati sebenarnya.
Aku bukan menuduh sesiapa, cuma berkata pada diri aku sendiri, kita dapat melihat perbezaan hidup kita ini sebelum dan selepas membaca al-quran, baca dan percayalah, jangan salahkan syaitan saja atas dosa-dosa dan maksiat yang kita lakukan, kerna esok di akhirat sana mulut kita sudah tak dapat berdolak-dalih lagi, justeru aku menyeru diri aku dan kawan-kawan semua marilah membaca Al-Quran, bacalah walaupun satu ayat, nescaya hidup kita hari ini lebih baik dari semalam.
Takde duit nak beli Al-Quran? nak beli Tafsir? Tak reti baca? Jangan malu, jangan segan anda boleh belajar secara PERCUMA di http://www.quranexplorer.com/quran kemudian anda boleh membaca sambil mendengar bacaan al-quran berserta tafsiran dalam Bahasa Melayu, English,Urdu, hatta Deutsch-belanda sekalipun, ia sungguh interaktif,
QuranExplorer.com dibina bermula sejak Oktober 2005 lagi oleh sekumpulan orang Islam yang menetap di Orlando, Florida, Amerika. Misi mereka ialah menyebarkan risalah suci ini secara percuma agar dapat dibaca oleh umat manusia di seluruh dunia tidak mengira Muslim ataupun tidak.
Kini anda tak perlu bawa Al-quran mini atau yang berat-berat berserta tafsiran ke pejabat, cuma klik pilih surah yang nak dibaca dan anda boleh baiki tajwid dengan mendengar bacaan yang betul oleh suara merdu imam-imam terpilih, tak perlu daftar, cuma streaming umpama video di Youtube.
Apakah alasan anda lagi untuk tidak membacanya, paling koman pun baca tafsiran jadilah, besar pahalanya walaupun cuma mendengar.
Aku pun bukan baik sangat.
P/s= Rjuna mendapat tau melalui email tentang adanya penambahan surah baru dalam Al-quran, hati-hati sebelum membeli, seperti yang kita ketahui tiada penambahan surah sejak kewafatan Nabi Muhammad SAW, surah-surah baru tersebut ialah
AL-IMAN
AL -WASAYA
AL-TAJASUD
AL-MUSLIMOON
Juga jangan membaca Al-Quran online di www.thequran.com kerana diselitkan propaganda yang cuba merosakkan kesucian Islam.
Manchester United Juara BPL 2007/08 May 13th, 2008
Manchester United mengekalkan kejuaraan mereka musim lalu dengan penuh debaran musim ini, siapa akan lupa pertarungan antara 4 kelab gergasi liga Inggeris di penghujung musim ini, Man United menewaskan Arsenal, kemudian menumpaskan Liverpool, tetapi kemudian ditewaskan Chelsea yang akhirnya berkongsi mata dengan Man United, cukup emosi tatkala kata-kata provokasi singgah di telefon bimbit mahupun blog.
Aku pasti kalau Chelsea menang 1-0 dengan Bolton, penyokong Chelsea-Liverpool-mahupun Arsenal akan berkata “alah menang nasib je, lebih gol” wah aku takleh terima bila team yang kita sokong, susah payah nak menang dikatakan NASIB? Nyata takdir sudah tertulis, Chelsea menangis kehampaan apabila gol minit ke 90 Bolton menjadikan keputusan seri 1-1, tetkuburlah harapan mereka dan pembenci MU sekalian, cuba lagi musim depan ya.
Apapun pertarungan dua kelab ini masih belum usai, saingan Liga Juara-Juara di Moscow pasti sengit 21 May nanti, Marilah sokong Manchester United untuk kejuaraan berganda Glory-Glory Man United.
P/s= Sokong United sejak bermain video game FIFA, waktu tuh lepas abis sekolah tahun 2000.
Cek pertama dari Nuffnang May 9th, 2008
Maafkan aku kerana membiarkan blog ini tak dikemaskini selama seminggu, macam-macam halangan yang datang saat aku mahu mengemaskini blog ini dan cabaran paling besar ialah mood nak update tu ada, tapi badan dan otak macam tak kasi je, malam ini aku paksa jugak sebab ada rezeki datang hehe-muqadimah.
Akhirnya keputusan beralih dari Advertlets ke Nuffnang membuahkan hasil, bayangkan blog yang jarang2 update ni pon dapat habuan, korang yang rajin menulis, takkan taknak kot, jom sertai Nuffnang, pasang iklan di blog anda dan jadilah pengguna yg setia dengan keahlian Glitterati, banyak manfaatnya.
Sayang muah muah kat semua crew Nuffnang terutama pengasas mereka Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen kerana telah menepati janji dan membalas kepercayaan semua blogger yang telah beriklan di bawah mereka, dengan pencapaian minimum RM51 ke atas, anda sudah boleh tunai-kan wang pengiklanan yang telah anda usahakan selama ini. Terima Kasih juga buat kawan-kawan pengunjung blog yang sudi baca iklan nuffnang, aku sayang kalian sampai kiamat.
Aku suka bila Nuffnang memberi tahu klien secara emel, ada pengiklan berminat meletak iklan di blog picisan seperti ku ini, aku rasa dihargai.
17 Mar 2008
Saja nak test ketelusan Nuffnang, aku ambil keputusan untuk cash out minimum payment je RM5+.++ ( RM 1.00 di caj sebagai urusan transaksi)
sila tunggu 30 hari dari dari hujung bulan anda ingin menunaikan pembayaran
30 April-1 May-2 May 2008
Masih tiada cek sampai
3 May 2008
Dapat emel dari HSBC tentang 1 Cek bakal sampai ke rumah (aku dah teruja)
8 May 2008
Cek sudah sampai taraa .Thanx Nuffnang, sayang awak rindu awak

Oh ya duit ni aku akan guna untuk berjoli sakan dan berfoya-foya dengan awek Ibu terchenta wahaha, nak buat peraduan?, aku masih mamai nih, update blog pon sekerat-sekerat tak tetap, tunggu je 2nd cek Nuffnang, kita buat peraduan sikit mahu? Tunggu.
P/s= Harap-harap di masa akan datang Nuffnang akan berevolusi kearah saluran seperti Maybank2u pula, bukankah kaedah pembayaran sebegitu lebih pantas dan jimat kos.

