Tulis Blog dapat Duit May 29th, 2008
Kejayaan aku dapat 1st cek dari Nuffnang rupanya selama ini diperhatikan oleh pembaca dan pengunjung gelap blog ini, siap ada yang sms, yang mesej dan komen kat friendster pon ada, ish ish hebat kuasa cek HSBC itu ya.

Sebenarnya aku pasang iklan di blog hanya sebagai perhiasan dan side income saja, bukanlah serius sangat sampai ingin jadi kaya.Tidak sama sekali tau. Jadi nasihat aku, anggap saja pasang iklan ni sebagai main-main, saja nak cantik kan blog korang, nanti tokey-tokey iklan nih tak bayar se-sen (baca=cerett), jangan korang salah kan aku pula.
Oleh sebab ada yang tanya itu-ini pasal iklan Nuffnang ni, maka aku sediakan tutorial percuma ni untuk korang, khas untuk newbie yang baru bejinak2 bukak blog, tapi nak kaya cepat hehehe.
Daftar Akaun Nuffnang
Mula-mula daftar la akaun korang, isikan maklumat dengan tepat dan jujur, seperti nama penuh serupa dalam mykad, nombor mykad dengan tepat dan paling penting alamat surat menyurat yang betul
Aku syor korang hanya pasang iklan Nuffnang sahaja di blog, sebab Nuffnang menawarkan keahlian eksklusif Glitterati kepada yang setia beriklan dengan mereka, lupakan pengiklan tempatan yang lain jangan men-dua-kan atau bermain kayu tiga di belakang, nanti Nuffnang merajuk baru padan muka korang (tiada-iklan-buatmu).
Apa faedah join Glitterati nih sila baca disini http://www.nuffnang.com.my/exclusive-program/
Blog
Kalau korang tanya camner nak bukak blog? tu memang nak kena maki lah tu , korang boleh pergi kat Blogspot, Blogmas pon ada, jangan takutlah Nuffnang layan gak blog percuma nih, kalau nak blog macam blog aku disini silakan beli pakej kit blogger, ilmu bukan percuma beb, belajar dan praktiskan.
Pasang code iklan
Ok panduan meletak code iklan di blog sila semak dalam akaun nuffnang korang, ada jugak yang Tanya aku mana nak dapat code iklan tuh, camner nak letak, alahai malas manja sangat la korang nih.
kalau korang tak pass level nih sila hantukkan kepala di keyboard dan lupakan niat korang ingin buat duit dengan iklan blog.
Promosi dan trafik
Ok dah siap pasang iklan, blog anda kini ibarat sebuah media macam majalah ataupun website lelong, sila bayangkan anda ialah editor yakni ketua pengarang di blog anda,
bagaimana mahu menarik pembaca ke blog, kemudian membaca iklan yang korang pasang? Anda boleh cuba dengan.. contoh saja ya
Penulisan yang menarik dan kreatif, Gambar awek cun, Lawak Sarkastik, Letak file 3gp blue, Diari jiwa luka, Letak lirik-mp3, Berita panas-hangat, Gambar anak pontianak bogel, Bisnes internet, atau kutuk team rival macam Arsengal-Chelski-Liverfool.
Segalanya terserah pada kreativiti anda dan bagaimana anda mempromosikannya
Dapat trafik 50-100 pelawat sehari cukup la, Nuffnang suka Advertiser pon suka
Aku pun bukan pakar kalau ada yang tak betul sila tegur dan beri komen dibawah,
p/s=oh ya khidmat personal tutorial hanya dibuka untuk awek cun sahaja wakaka sila YM rjunabiz at yahoo dot com
- Nuffnang Iklan Arak?
- Cek pertama dari Nuffnang
- Pentingnya trafik ke blog anda
- Anda mahu cek Advertlets?
- Spyware!! Aku bunuh kau
- Langgar Hakcipta
- Beli lagu di Gua Muzik?





best ar. siap wat tutorial lagi ni. Makin meriah la trafik ko
Darkz05’s last blog post..WCIT 2008 - Exhibition
Darkz05= Ya aku suka trafik, lagi ramai lagi bagus hehe, inilah cara aku bantu bangsa sendiri, koman-koman tak la orang kata tulis blog ni buang masa je.
Yaya… Kita tulis blog sambil untung wang.
Jayce @ Make Money’s last blog post..Thanks Advertlets for its second cheque to JayceOoi.com
Jayce= Look Jayce have receive 2nd cheque from Advertlets, wow la weh, Siapa kata Advertlets tak bayar kan Jayce kan!
Aku tau debab statement kat atas tu ko ada mengata aku kan.Takpela aku sedar aku ni kan sape.blog aku pun bleh trafik sampai 10.ntah2 sorang jer pelawat.hishhhh
Mr Fathi’s last blog post..huhu padan muka Advert keproh…Nuff hebat.Muah!!!
MrFathi= Bingo! Aku tak kata sesiapa, tapi disebabkan ada orang termakan cili, maka dia terasa pedasnya.
Aku tak tulis pon nama sesiapa, jadi ko jangan lah terasa, buat tak tau sudah
Yg penting ko paham tak apa yg aku cuba sampaikan? Tiada benda yang mudah dalam hidup ini seperti kata rakan blogger ku, Sedangkan nak berak pon kena meneran.
Yela2 aku tau la.Tapi masalahnyer aku nie blogger baru.Mana nak cari 50-100 penyelinap nak baca blog aku tu kan.Aku dah menjaja URL aku kat chot,rjuna…mcm2 lagi la.susah tol nak jadi blogger nie
Mr Fathi’s last blog post..Korang rasa la….sape menang Euro 2008??
MrFathi= haa tgk kan dah power tuu, usaha tangga kejayaan, ko boleh carik 50 blogger dan jadikan kawan tukar link dengan mereka (itu 1 cara jugakkan)
siapa kata senang jadi blogger? go go fathi go, mari lawat blog fathi kawan-kawan (haha aku promote nih)
susah? kenapa perlu kata susah? apohal pun kena usaha laa jangan putus asa… tak best aaaaa gini mengeluh. usaha mesti berterusan… berikan keunikan content dalam blog kita dan lebih penting adalah fresh… dan hapdate setiap hari…
kpd encik MR Fathi : backlink jangan lupa… singgah banyak blog mana yang boleh dan bagi komen. blog titan pun boleh jugak singgah… earncent.com/blog (peh promosi laaa pulak)
widget mybloglog jangan lupa taruk sekali…
apa lagi haaa? tanya aaa rjuna pulak.
abdfatah’s last blog post..Sorakan emosi euro 2008
usaha berterusan….jgn give u up…he
promosi…promosi….promosi..
kadang kadang penat jg tu…ho ho
mus’s last blog post..Cara Mudah Mengatasi SPAM
huhu…
aku dh dapat banyak dah dari nuffnang..
cuma tunggu masa je withdraw duit..
borakmanutd.com’s last blog post..Man Utd buying Karim Benzema
oit minyak naik terus menyepi ke??huhu..dikala begini aku nak balik kelisa aku..huhu..
nice tutorial. Pada yang tak tau wat duit dengan blog. Boleh la try pakai nuffnang.
titan’s last blog post..Look Of The Year - Online Beauty Contest
terima kasih….akan di praktikkan….toturial yang ringkas…tapi menarikkkk