Cek pertama dari Nuffnang May 9th, 2008
Maafkan aku kerana membiarkan blog ini tak dikemaskini selama seminggu, macam-macam halangan yang datang saat aku mahu mengemaskini blog ini dan cabaran paling besar ialah mood nak update tu ada, tapi badan dan otak macam tak kasi je, malam ini aku paksa jugak sebab ada rezeki datang hehe-muqadimah.
Akhirnya keputusan beralih dari Advertlets ke Nuffnang membuahkan hasil, bayangkan blog yang jarang2 update ni pon dapat habuan, korang yang rajin menulis, takkan taknak kot, jom sertai Nuffnang, pasang iklan di blog anda dan jadilah pengguna yg setia dengan keahlian Glitterati, banyak manfaatnya.
Sayang muah muah kat semua crew Nuffnang terutama pengasas mereka Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen kerana telah menepati janji dan membalas kepercayaan semua blogger yang telah beriklan di bawah mereka, dengan pencapaian minimum RM51 ke atas, anda sudah boleh tunai-kan wang pengiklanan yang telah anda usahakan selama ini. Terima Kasih juga buat kawan-kawan pengunjung blog yang sudi baca iklan nuffnang, aku sayang kalian sampai kiamat.
Aku suka bila Nuffnang memberi tahu klien secara emel, ada pengiklan berminat meletak iklan di blog picisan seperti ku ini, aku rasa dihargai.
17 Mar 2008
Saja nak test ketelusan Nuffnang, aku ambil keputusan untuk cash out minimum payment je RM5+.++ ( RM 1.00 di caj sebagai urusan transaksi)
sila tunggu 30 hari dari dari hujung bulan anda ingin menunaikan pembayaran
30 April-1 May-2 May 2008
Masih tiada cek sampai
3 May 2008
Dapat emel dari HSBC tentang 1 Cek bakal sampai ke rumah (aku dah teruja)
8 May 2008
Cek sudah sampai taraa .Thanx Nuffnang, sayang awak rindu awak

Oh ya duit ni aku akan guna untuk berjoli sakan dan berfoya-foya dengan awek Ibu terchenta wahaha, nak buat peraduan?, aku masih mamai nih, update blog pon sekerat-sekerat tak tetap, tunggu je 2nd cek Nuffnang, kita buat peraduan sikit mahu? Tunggu.
P/s= Harap-harap di masa akan datang Nuffnang akan berevolusi kearah saluran seperti Maybank2u pula, bukankah kaedah pembayaran sebegitu lebih pantas dan jimat kos.
Baca lagi topik-topik hangat- Nuffnang Iklan Arak?
- Bacaan Sepi
- Tulis Blog dapat Duit
- Anda mahu cek Advertlets?
- Diari Rjuna part 2
- Pentingnya trafik ke blog anda
- Pecat dan Gawat


wah…tahniah…tahniah…saya pon stakat ni mmg puas hati ngan nuffnang…skrg ni tgh tunggu duit cukup utk cek kedua…jadi ahli glitterati mmg besh…bulan lepas je saya dpt 2 iklan di awal n akhir bulan (walaupon blog saya x populer)…bulan ni dpt 1
…alhamdulillah…
hahaha… biarkanlah nuffnang tu. tunggu seribu ke dua ribu baru nak cashout . nak tengok depa bayar ke tidak?
blog tak hapdate? depa tak tengok hapdate rasanya… depan nilai pengiklan yang nak buat iklan dan juga traffik yang datang… hehehhe rasanya laa.
blog rjuna dah memang popular sakan dah…
firdee= blog ko popular apa firdee, Heliza AF tuh asik lawat je hari-hari jeles tau, tunjukkan kesetiaan anda pada Nuffnang dengan menyertai Glitterati, memang berbaloi hehe
Abdfatah= aku rasa bersalah bila orang lawat blog aku, tapi aku tak update apa-apa, sebagai blogger, kami juga pembaca seperti anda.
apa? tunggu RM seribu-dua baru cash-kan, aku tak sanggup beb hehe
Wow! Tahniah~ Pasni tggu dapat check kedua pula. Beli model ferarri huhuhu =P
Darkz05’s last blog post..BidVertiser - Iklan Internet
tahniah diatas pendapatan yg diperolehi rjuna
syamsulariff.com’s last blog post..Red Mummy Red Diva Red Lover Red Tube
eh? ko dapat duit? kalo mcm ni nak kena tarok balik la iklan nuffnang yang gua da buang tu. huhu
razifmustapha’s last blog post..My First HDR
Wah Debab ko dapat duit.Berjoli sakan nampak.Jeles gua.Apsal tak pakai Google Adsense??Baguih ke nuffnang nie??nak cube la
wah duit banyak belanja orang.Ciss
Salam, tahniah la, aku tak pernah dapat dari nuffnang…
Bape “tahun” ko tunggu nak dapat check ni?
emme’s last blog post..Susulan Kisah Adlin Aman Ramli (pengkritik AF6) dan Salib
Darkz05= Model Ferrari? haha cam sindir je tuh, guna untuk diri sendiri dulu
Syam= Inspirasi dari ko jugak nih (mamat ni lagi masyuk beb)
Razifmustpha= Berkat setia pada Nuffnang(Glitterati), lepas ni mungkin masuk Adsense pula
Mr.Clean= Adsense akan dicuba akan datang, Nuffnang boleh dipercayai, saya mesti pilih
Emme= kalau dari bulan januari 2008, 3 bulan jugak la nak tunggu ke minimum payment, semua bergantung pada usaha anda menarik pembaca ke blog (lagi ramai masuk lagi bagus), setia pada iklan Nuffnang sahaja (Glitterati), sabar menanti insyallah,
He… He… I juga dapat Nuffnang cek.
Jayce @ Pretty Girl’s last blog post..gracetw
wahh~ tahniah! good, da ramai dah nuffnang-er nih,, hehee
hanep’s last blog post..Keywords are not for search engine, but human
[...] aku dapat 1st cek dari Nuffnang rupanya selama ini diperhatikan oleh pembaca dan pengunjung gelap blog ini, siap ada yang sms, yang [...]
Nuffnang apa ya tak faham aku…ni cabang menambah pendapatan ke..?
nana= Nuffnang ni syarikat iklan macam Google Adsense, kita pasang iklan kat blog, nuffnang akan bayar ikut berapa banyak trafik dan klik iklan yg kita pasang tu.