Epilog seorang pengurus | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Epilog seorang pengurus

boss in the making

Peh tajuk macam judul lagu daa, aku jarang bercerita tentang hal-hal peribadi sejak akhir-akhir ini, dedikasi entri ini buat AbdFatah yang suka men-tag aku dengan tag yang bukan-bukan, nah hadam ko cerita jiwa kacau aku ni rasakan.

Nama aku Jamil bukan nama sebenar, bertugas sebagai Pengurus untuk sebuah syarikat Ayahkupunya Sdn Bhd, juga bukan syarikat sebenar. Menjadi pengurus syarikat bukan lah pilihan kerjaya aku sebenarnya, tapi oleh kerana dah tiada kelulusan dan sememangnya aku anak bertuah, maka ditakdirkan menjadi antara waris kepada empayar perniagaan keluarga ku ini, ada 2 syarikat, satu ayah ku dan satu aku.

Memulakan perniagaan sejak 2002 hingga kini, tiada pencapaian membanggakan telah aku buat untuk syarikat ini, syarikat ini juga pemalas seperti tuannya, harapkan sebutharga kerajaan saja, tender malas nak cari. Keadaan semakin teruk tahun 2008 ini bila tiada projek-projek besar malah kecil yang sangkut, wang mengalir keluar dan tidak membuat modal pusingan, bulan lepas saja sudah membuat pinjaman kecil ehsan Ibunda ku, keadaan makin genting bila aku melihat baki akaun yang tinggal untuk bulan ini RM uhuk uhuk malu nak habaq, senang citer tiada gaji lah buat aku bulan ini.

Sebenarnya masalah ni berlaku lama dah, bukan sebab kemenangan Pakatan Rakyat di Perak pon, syarikat aku ini hanya bertumpu pada sebutharga kerajaan dan syarikat glc macam TNB sahaja, quotation keluar kita serbu, kita lawan harga dengan 60-100 syarikat, ko rasa berapa kebarangkalian syarikat aku akan di-anugerahkan menang sebutharga tadi huhu matilar kawan, tuh belum masuk bab yang kaki kipas dan kaki projek dalaman (rasuah).

Aku malas nak salahkan sesiapa dalam hal ni, tuhan tu maha adil, jadi aku bertanggungjawab atas kesalahan aku sendiri, nih la akibatnya kalau malas mencari alternatif lain yakni Plan B. “atee main internet je 24 jam apa dapat” kata ayahanda ku, selepas ini mungkin aku mencari alternatif lain untuk kembali merancakkan pengaliran wang syarikat, seperti join Adsense, Main Forex, Jual handphone di laman Lelong dan Ebay, atau menjadi agen pemasangan untuk Streamyx, ya tiada mustahil jika aku berusaha, Go Go Rjuna chaiyok, huhuk 1st time takder gaji beb, semoga ini jadi pengajaran berguna buat aku dan kalian semua.

Jika kalian kasihan kat aku sudikanlah derma sedikit wang buat ku nanti aku bagi Maybank2u punya nombor akaun ya wakaka dah jadi entri rayuan syahdu pula, Tak aku main-main je, nasib baik aku masih duduk bawah ketiak family, boleh la survive.

Tags: , , , , , , , , ,

Posted on 24 April '08 by Rjuna, under Diari Rjuna.

Baca lagi topik-topik hangat

21 Comments to “Epilog seorang pengurus”

#1 Posted by razifmustaphaNo Gravatar (24.04.08 at 06:19 )

selamber badak je ek ko handle company ko. huhuhu

razifmustapha’s last blog post..UTeM X-Challange is back!

#2 Posted by abdfatahNo Gravatar (24.04.08 at 10:23 )

kalo udah jadi pengurus bermakna udah menjadi boss besar laa nampaknya… hahaha… tabik spring wooooo….

jaga syarikat elok2… big boss!

#3 Posted by abdfatahNo Gravatar (24.04.08 at 10:24 )

pengurusnya udah tentunya punya uwang banyak berkepul2 gajinya… hahahahaa… kalo ada company besar lagi bagus.. bleh buat syarikat ebiz pulak…

abdfatah’s last blog post..Setahun yang berlalu | Selamat datang kepada anda semua

#4 Posted by Darkz05No Gravatar (25.04.08 at 00:27 )

boss owh boss!!!~ heh :P

Darkz05’s last blog post..Butterfingers – 1000 Tahun (mau hidup)

#5 Posted by chotNo Gravatar (25.04.08 at 10:40 )

alahai sedihnya tuan pengurus…ayat pancing nampak..

chot’s last blog post..Fakta atau Auta…

#6 Posted by MasyNo Gravatar (25.04.08 at 11:26 )

sedih betoi ni!

Masy’s last blog post..265: tentang semalam dan esok

#7 Posted by Mohd IsmailNo Gravatar (26.04.08 at 00:07 )

dah ade company sendiri.. sonok beb.. ko usaha tuk bangunkan company tu je.. =) peluang habes baik da depan mata..

Mohd Ismail’s last blog post..Anwar Ibrahim & Impian Menjadi Perdana Menteri

#8 Posted by catzerNo Gravatar (26.04.08 at 02:52 )

aku pun punya masalah yg hampir sama ngan ko..sama mahu donate.. :p

catzer’s last blog post..5 tips SEO

#9 Posted by RjunaNo Gravatar (26.04.08 at 23:59 )

razifmustapha= selamba yaya selamba wawa

abdfatah= bos tiada wang berkepul-kepul ya, insyallah doa-doakan lah

darkz05= yep mau akaun maybank2u saya kah? wah wah wah

chot= siapa kata jadi bos hatinya riang huhuk

Masy= thanx Masy no akaun saya ialah 1234..

MohdIsmail= jom mail ceburi perniagaan offline dan online

catzer= jom donate sama2 nak, cam main kutu lah kui kui

#10 Posted by zoolNo Gravatar (27.04.08 at 14:00 )

Tu la ko.. Takpe kan sekarang kerajaan baru…
Try le mana tau ada sangkut projek juta-juta..
Boleh belanja aku ..

zool’s last blog post..Duit boleh beli segalanya..

#11 Posted by adilaNo Gravatar (30.04.08 at 10:15 )

dilema…seorang pengurus.

Suka baca posting ni. Tersengeh sorang2 saya dibuatnya.

Then teringat kat diri sendiri yang sememangnya dah hampir 4 tahun jadi official manager kat umah sendiri nih….

Dah opis sendiri umah sendiri, ikut suka hati kita la…tapi dah lelama tu, realised samting…the best way-manage ourself first :)

Bukan senang kan…kita makhluk Tuhan…kita dijadikan…
Perjalanan di titian, masa kita perlukan…xpdc

#12 Posted by erniNo Gravatar (02.05.08 at 12:01 )

eleh jamil, ko ingat aku xtau ko berlakon je tu wat meja bersepah, takut bos besar lalu nampak meja clear cam xde keje lak..huahuahua..

#13 Posted by RjunaNo Gravatar (02.05.08 at 17:30 )

Erni= meja kalau camtu tgh jiwa kacau, tak sempat berlakon pon dah kena fire dgn bos besar

Rjuna’s last blog post..U Mobile 018 telco baru

#14 Posted by erniNo Gravatar (17.05.08 at 09:19 )

ish tempat letak hp kaler pink..siap ada cermin untuk ko picit jerawat..wakahkahkah..

#15 Posted by nanaNo Gravatar (03.07.08 at 08:01 )

walaubagaimana pun kerja makan gaji ni tak serupa dgn kerja sendiri, dgn kerja sendiri kita akan bebas masa malah kewangan kita, bergantung pada kerajinan kita, kalau makan gaji, banayk mana keje kita byk tulah jugak gaji kita, pada hal apa yang kita usahakan sudah melebihi pendapatan atau jualan jika kita buat sendiri, kita mengkayakan bos kita, pasal duit dia berjaya membuatkan kita berkerja untuknya….lu pikirlah sendiri..!!!!!

nana’s last blog post..MOTIVASI

#16 Posted by RjunaNo Gravatar (03.07.08 at 09:56 )

Erni=mana plak picit jerawat, aku buat touch-up make up aku tau. wahahaha

nana=lebih baik kalau kerja dengan orang pastu buat part time kerja lain, masyuk gak

#17 Posted by rasyidiNo Gravatar (22.10.08 at 10:24 )

salam. saye nak belajar bagaimane menjadi pengurus dari tuan.. sbb sy pun nak jd pengurus nih.. ek

#18 Posted by RjunaNo Gravatar (23.10.08 at 11:57 )

rasyidi= saya ni pengurus cabuk saja, tak layak pon nak ajar orang,

jadilah pengurus yang mampu berkomunikasi dengan pekerja bawahan anda, dalam masa yg sama, tegas bila melakukan kerja

#19 Posted by fizaNo Gravatar (10.01.09 at 00:37 )

hello.. cm best jek jd pengurus..sy ni xde keje pn lagi.. meja tu sepah2 mesti hardworking habis ni…

#20 Posted by RjunaNo Gravatar (10.01.09 at 01:33 )

fiza= senang citer camni lah, saya lah bos saya lah kuli, kerja sendiri jer, belum mampu nak maintain gaji kerani ke apa :razz:

#21 Posted by amyNo Gravatar (27.04.09 at 12:24 )

hang da kira untung jd bos, k la 2, dari hang kje dgn org lagi sakit tau… xper2 hang blh usaha lg blajaq la dgn bapak hang selok belok uruskan biz…. good luck :up: