Beli lagu di Gua Muzik? April 18th, 2008

Gua MuzikApa yang aku perhati ramai orang sekarang dah tak beli cd album untuk dengar lagu, berbekalkan pendrive, mp3 player dan sedikit ilmu IT , lagu-lagu mp3 dengan mudah di muat turun secara percuma di internet, sebut sahaja Jiwang, Multiply, Imeem, Youtube, malah ada blog yang dikhususkan untuk berkongsi lagu mp3. Sebenarnya Gua Muzik bukanlah portal pertama yang menyediakan muat turun lagu berbayar. tetapi telco Hotlink telah terlebih dahulu mempelopori peluang perniagaan ini di Malaysia, dari nada dering kepada lagu penuh boleh dibeli secara muat turun terus ke telefon bimbit anda, akan tetapi masalah kelajuan 3G dan sambutan pengguna membataskan peluang ini untuk berkembang, maka lahirlah Gua Muzik

Senarai lagu dan harga
kenapa aku tekan play bunyi tak keluar ya? tekan buy boleh pulak

Selama ini kita muat turun lagu mp3 percuma je kat internet, jadi adakah kelahiran Gua Muzik bakal mendapat sambutan ramai? atau download mp3 percuma akan diharamkan? sama-sama kita tunggu dan lihat.

Dengan sebuah lagu rata-rata berharga RM3 & RM4 di harap artis Malaysia khususnya dapatlah mengutip sedikit royalti mereka disini, kepada sesiapa yang berhasrat nak jadi artis rakaman tu, perhatikan masalah besar ini sebelum menjadi artis, ingat senang ke nak jual album sekarang? Kalau 1-2 lagu je sedap jangan mimpi la orang akan beli album korang.

Aku memetik ulasan Budiey dalam blog nya yang pembeli lagu di Gua Muzik akan dapat menikmati

1.Kepelbagaian
Pilihan terluas arena muzik tempatan dan antarabangsa, dari irama rock ke nasyid, lagu-lagu Inggeris ke Tamil.

2.Kualiti
Muat turun lagu berformat WMA, dengan kualiti 192kbps. (Dalam erti kata lain, kejelasan audio yang menjamin kepuasan).

3.Nilai tambahan
Hadiah percuma! (merchandise, tiket konsert, CD artis yang ditandatangani dan banyak lagi).

4.Kemudahan
Membeli dan memuat turun lagu amat senang dengan hanya beberapa langkah mudah.

5.Kandungan Ekslusif
Gua Muzik membuat anda istimewa (Anda tidak akan dapat memuat turun muzik eksklusif dari mana-mana portal muzik lain) .

P/S= Kagum dengan strategi penjualan album band Hujan, cd album hanya dijual sewaktu persembahan mereka sahaja.

Baca lagi topik-topik hangat

13 Responses to “Beli lagu di Gua Muzik?”

  1. Rjuna On

    Afham= Jangan risau belum ada akta kuatkuasa download mp3 free kat internet adalah salah di sisi undang-undang Malaysia,

    tapi tak tahu lah akan datang kalau Gua Muzik/Artis pakat ngan kerajaan, tak mustahil kan.

    Rjuna’s last blog post..Beli lagu di Gua Muzik?

  2. Azhar Ahmad On

    Aahhahaha, saya masih lagi beli cd yang mahal nak mampus tu

    Azhar Ahmad’s last blog post..Sapalah Mereka Yang Berada di Sekitar Kamu.

  3. abdfatah On

    untung laa tu… dapat beberapa hinggit royalti untuk donload. bleh aaaa lepas nih rakam lagu solo untuk muat torun dalam internet… hahaha…

  4. Rjuna On

    Azhar Ahmad= saya juga akan beli cd jika penyanyi yang betul2 saya minat dan lagunya sedap

    Abdfatah= bisnes nih boleh maju sebenarnya jika kesedaran harta intelek kalangan orang Malaysia berubah, ambil masa sikit.

    tapi pikir-pikir untung Gua Muzik ke untung Artis nih?, tolak Gua Muzik, Tolak rekod label, aku rasa artis dapat RM1 je

  5. abdfatah On

    mungkin 50sen je dapat. bagi kat telco lagi bagi kat admin tv3 lagi bayar hosting domain lagi… hoooo

    abdfatah’s last blog post..berapa pantas cara menaip dengan lebih pantas?

  6. chot On

    aku rasa cd terakhir aku beli cd koleksi terbaik wings 2 tahun lepas. lepas tu smpai skrg byk download dan beli cd pirate je..heheeh

    chot’s last blog post..Tahniah Msjbox

  7. afham On

    cite lain plak bro..update bru!!

    afham’s last blog post..Afham di Tranungkite

  8. syamsulariff.com On

    tapi bnyk sgt la kepincangannya..patutnya diaorg check la dulu baru open kat public..

    syamsulariff.com’s last blog post..Komen Diana Danielle Beeson terhadap Syamsulariff?

  9. Rjuna On

    Chot= Biasala kalau lagu 1-2 je best buang duit je beli

    Darkz05= baru minat je kat lagu2 Hujan, belum jadi Raingers lagi

    afham= ok gua dah apdet kasi komen

    syamsulariff= haah bagila chance blogger test power dulu baru launch, nak kaya depa nih

  10. megat On

    ada pro dan kontra nya. sekurang-kurang ia mudah untuk kita mencari lagu yang diminati dan terus membeli secara dalam talian. urusan transfer duit pun senang.

    tapi masih tak compatible sepenuhnya seperti download di ipod.

    megat’s last blog post..Bila Aku Sudah Tiada

  11. tity On

    selagi ade kemudahan..
    guna kan dengan sebaik mungkin an :)
    tity’s last blog post..merapu dan merapu.

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting