Skim Jutawan Kertas March 21st, 2008
Asal beli surat khabar je ada benda alah nih? tak habis-habis nak menipu orang .Aku mencemuh skim cepat kaya MLM yang masih bertebaran di luar sana, boleh kata tiap2 hari minggu aku dapat pamplet iklan yang diselit dalam akhbar, sampaikan kat masjid pon diorang tampal, kemaruk sangat nak jadi kaya nih, nak pakai kereta berjenama mewah dan pendapatan bulanan 5 angka.Bodoh 8-}
Tujuan pamplet ini diedarkan tak lain tak bukan cari mangsa downline baru lah tu, iklan mereka biasanya memaparkan dakyah-dakyah mereka untuk menipu meyakinkan orang ramai, testimonial pulak mesti tunjuk pakai kereta mewah, bisnes apa? tak tahu? dirahsiakan, buatnya diorang jual dadah korang pun sms ikut je dengar penerangan, tiada produk ditunjukkan (yeah itulah taring mereka sebenar) perniagaan jenis apa itu ya tiada produk?
Jangan perjudikan wang simpanan anda kawan-kawan, dan pada yang dah menyertainya tolong lah berhenti, jangan tipu orang ramai lagi khasnya orang Melayu, apa guna anda bersusah payah, tapi akhirnya upline (penaja) atas korang yang kaya raya, lama2 bisnes sebegini akan runtuh juga kalau ahli bawahan anda rasa tertipu tak aktif lagi, percayalah. $-) b-(
bisnes apa nya kalau bunyi nya begini kawan-kawan…
“Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat “maintain” bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!“, “Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!”
Saya rasa anda pun tentu lebih cerdik dan sudah pandai menilai, hey nak jadi jutawan tu susah tau, kalau semudah itu aku rasa semua rakyat malaysia nih dah kaya raya duduk goyang kaki dapat duit. :)>-
Baca lagi topik-topik hangat- Upline dan Downline
- Fitna Fitnah Islam
- Resolusi 2008
- TM Eznet 1315
- Dakyah Ekor
- Suka Fwd Emel?
- Kena Reject.. Apa Nak Buat?



aku selalu dapat pamplet cam nie..
ade ke orang terpengauh ea..
selalunye bile aku dapat jer..terus aku buang kt tong sampah..
Afham= selalunya orang yang tak celik IT la yang sering termakan dakyah iklan tu la, orang yang terdesak, yang baru nak cuba jinak-jinak MLM
p/s= rasa nak menyamar je bila dapat iklan camni, segmen terjah rjuna hehe :))
yeah….mari2 terjah..
dgr dulu kan apa diorang nak ckp.
entah betul entah tidak..
duit kuar bukan main byk…
duit masuk sikit jerk..
mlm owh mlm..
MLM = makin lama….miskin..
deennasour= haha Makin Lama Miskin =))
jutawan mlm sape tak mau..cepat cepat..hantar sms anda ke pada saya utk sessi selama 20minit..pasti untung..peluang terhad..dan tiada dimana2!!!!
sudah tentunya pak… untung juta-juta. dah tentu best punya jadi jutawan pak… apatah lagi dengan modal yang tanpa modal pak… kesiankan diri dan keluarga bapak-bapak semua dan ibu-ibu yang tidak ada uwang pak… jangan terpengaruh untuk tidak sertainya… cuba dulu baru terjah pak…
memang patut kena terjah kemudian baru laa dapat tahu apa yang sepatutnya kita tahu pak… aduhai pak… rugi tak join pak… siapa lagi yang nak bantu anda jika tidak mereka yang menganjurkan program sedemikian rupa… dapat duit sambilan sahaja tanpa kerja… ayuh… jangan berlengah lagi…
sokongan kami adalah untuk anda semuanya… tiada siapa yang boleh bantu anda kecuali diri anda sendiri…
membantu menghakis duit orang ada laa… memang kena hakis terkikis jadinya…
wah… panjang lebar pulak. marah nanti pak rjuna nanti… maaf pak…
hehehehe…
Kenyataan saya diatas bukan melibatkan semua peniagaan MLM, ada bisnes MLM yang komited berniaga dengan produk, dan mambantu ahli-ahli group mereka berjaya
Abd fatah= ya begitu pak, kalau mau sertai selidik dulu syarikatnya, kok syarikatnya rahsia dalam pamplet, tiada produk lagi waduh :))
Salam rjuna, aku dah meluat tengok pemplet mcm tu. Asal beli paper je mesti ada, konon2 4D duduk idam dapat duit!
Kalau 4D, wat pe diorang perlu cari orang lagi? Merepek.
Mereka yang biasa wat iklan mcm tu UpTre**, E-ra**, Hai-* dan yang sewaktu dgnnya…
lebih mudahnya begini pakcik dan makcik sekaliannya… mereka sekadar hulur duit kpd penganjurnya sahaja. lepas tu penganjurnya hanya duduk duduk diam sahja. siapa yang untung pak… mereka dan dan bikini mereka aje laa… alahai… mereka dan bini mereka aje laaa… siapa peduli kalo yang baru nak join tak dapat apa-apa dan terkial2 sana sini…
Emet=ko sebut je emet jangan malu-malu dan segan, yg gua tau Uptrend2u je, ok siapa tau syarikat lain, sila komen.
Abdfatah= bak kata mohdismail.net, sedangkan berak pun kena meneran, inikan pula buat duit
waah wah … korang sume dah dengar ke ape yg diorang buat
dah masuk ke.. ke barani berkata kat dalam nie je…
doll mat= Tak payah dengar, dah jelas kat pamplet tu, orang yang bodoh dan malas je sering tertipu dengan skim jutawan camtu
tu la lain kali selidik dulu jgn hentam keromo je.baru baca pamplet dah melatah tapi apa citer pun ko goreng sedap mulut je. kalu org kata bodoh sombong marah lak…..bukan semua MLM menipu. Pembawaan ahli yg menyerong selalu t’jadi dlm mana² biz pun.
pesanan gua utk korang selidik dulu profile sykt,marketing plan n pembahagian bonus.kalu xsesuai jgn paksa diri lu org join.naya je nnt kalu xjd slhkan org lain.takat join tp buat keja 1% je mana blh idup sng.nak keja gaji besar tp keja nk wat yg simple je mana bleh jln beb….kalu xleh wat mlm,cari side income lain tp jgn melatah x tentu hala cam beruk kena belacan….pesan gua tepuk dada tanya iman.
Jangan percaya semua ngan bender2 nie..selidik tu profile company tu …baper lamer dah running…baper ramai yg dah buat duit dr situ..cam maner modus operandinyer….jgn main percaya jer cakap orang…
chuckiesd’s last blog post..Perompak..Maut!!!!