Lirik Anita Sarawak-Ular March 2nd, 2008
Aku suka lagu ni sebab ianya catchy dan menonjolkan kelainan vokal diva Anita Sarawak, ciptaan Edry KRU rasanya, Kak Nita you rockuuu, Sayang Kak Nita sampai kiamat :))
Anita Sarawak-Ular
Hey Setan*
Kelak kau sangka ku dangkal
Dipatuk kali kedua pun bebal
Selepas kau cabul kepercayaan ku
Bersalam pun jari dihitung
Usahlah disangka ku ikut saja
Dah perit kecewa diperdaya
Pujuk rayumu telah ku nan jelik
Pasti merangkul anugerah pelakon terbaik
Kini ku pasti takkan percaya lagi
Setuju kanan tapi kau pergi kiri
Ada-ada saja alasan didengar
Oh semua kata-kata
Putar belit macam ular ssss
Chop!
Banyak dah kau minta ku lupakan
Ku hampir gila tapi masih siuman
helah barumu tutup helah lalu
Macam lah ku bodoh tak tahu
Memang dah agak dari dulu lagi
gerak gerimu timbulkan sangsi
Sepandai-pandai ular menjalar
Akhirnya masuk dalam guni bomba juga
Biarkanlah kesilapan
menjadi pengajaran
Sekiranya pengalaman
lebih matang dan
ku berwaspada
Auta ye
-Perhatian tanda* bermaksud penyalin lirik tidak dapat mentafsir perkataan yang diucap
-Kredit mp3 oleh LaguBaru.blogspot.com
-Mp3 dan Lirik hanyalah promosi, nak berkualiti nyanyilah sendiri.
- Gila Karok
- Sheila Abdul-Mungkinkah
- Pertembungan 4 Gergasi EPL
- BAU-Warkah
- Setahun Jagung dan Suku Abad
- Cuti Iduladha
- Tag 7 ke-pelik-kan diri ku


wo. tajuknya ular tu. sungguh berbisa. lol
aiyo, takleh dgr skrg sbb system sound komp rosak~
sayang sampai kiamat tu tak boleh blah. hahaha.
lagu ni dah dengar… hebat gak kak anita kita nyanyi lagu rock brutal.. leh tahan jugak suaranya… memang layak di iktiraf sebagai SUPERSTAR MALAYSIA… cuma rentak lagu tu lagi sikit nak tenggelam kan suara kak anita kita nie… so far so good tuk EDRY KRU pencipta lagu ini…
lagu ni best tapi x padan gan ANITA SARAWAK. manalah tau kot2 nyanyi sampai meneran leh bawa maut…. sikit2 boleh lah
Lagu tu best memang rock tapi senikata lagu tu ada menyebut kan perkataan HEY SETAN.. sungguh pun nak buat lagu yang tengah marah pada orang… tak perlu lah melepas kan ayat sebegitu.. coz kanak2 zaman sekarang minat lagu2 sebegitu… bahaya tu… JIKA NAK CIPTA LAGU CIPTA LAH LAGU YANG BAHASA NYA BAIK itu melambangkan MELAYU BERBUDI BAHASA…… Jangan kerana lagu ni bangsa bukan melayu akan anggap MELAYU TIADA IDEA…
Ular Tedung Hitam= sebenarnya HEY SETAN* tu saya yg reka sebab tak dengar apa kak nita sebutkan, lirik ni disalin sendiri, jadi lirik sebenar kita belum tahu lagi, tunggu dan lihat ok
wa banyak ular komen kat sini 8->
rasanya masuk dalam guni ubat* tuh bunyi macam guni bomba jerk…:P
yup, betul apa yang catman kata, ‘ubat’ tu bukan ubat tapi ‘bomba’…
‘guni bomba’
Terima kasih catman dan Rattle kerana memperbetulkannya :p