2008 March | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for March, 2008

Pertembungan 4 Gergasi EPL

Ya sekali lagi 4 Gergasi Liga Perdana Inggeris akan bertembung sesama sendiri, bagi mencabar maruah kelab terbaik dan bayangan siapakah bakal Juara Liga keseluruhan musim 2007/2008 ini, jangan lupa menyaksikan kedua-dua perlawanan menarik ini, ayuh menonton beramai2 di restoran dan mapley-mapley terpilih, apa barang tengok dekat rumah beb?

MUvsLiverpool

Ramalan= Saya meramalkan Manchester United akan menang 2-1 dalam pertemuan ini, sebagai penyokong United dah tentulah saya bias dalam perkara ini, tetapi Liverpool boleh menghancurkan impian MU jika mereka mampu mengawal bola diudara ketika set-piece corner atau kelincahan Torres mampu menjawab segalanya, gerak geri C.Ronaldo pasti dikunci man marker Liverpool malam itu, namun kami mempunyai Tevez dan Rooney yang sedia membuat umpanan merbahaya dan meledak bila-bila masa, perlawanan ini pasti menarik dengan serangan bertali arus antara kedua-dua pasukan. Glory-Glory Man United ;) :P

Kemaskini= Bermain 10 orang setelah Mascherano dibuang padang menyebabkan Liverpool tewas 3-0, gol pertama dijaringkan Wes Brown pada separuh masa pertama. Kegagalan menyekat Ronaldo menyebabkan dia terlepas dari kawalan dan menanduk masuk gol ke-2 MU, dan kealpaan pertahanan Liverpool dihukum lagi dengan rembatan deras Nani untuk melengkapkan 3 mata penuh 8) Glory-Glory Man United

chelseavsArsenal

Ramalan= Agak sukar meramalkan kedua2 pasukan berjiran ini, yang pasti keputusan seri sudah dijangka, saya meramalkan seri 1-1. Arsenal dengan barisan mudanya yang merbahaya dan Chelsea dengan pasukan bintang mereka, diatas kertas Chelsea memilikki segalanya, tapi mereka kehilangan penjaga gawang mereka Petr Cech yang cedera, Mampukah Van Persie, Adebayor dan Fabregas melepasi pertahanan kebal chelsea? atau Drogba, Lampard dan Joe Cole akan menghukum kelalaian mereka, sama-sama kita saksikan :P

Kemaskini= Perlawanan menarik ini cukup mendebarkan di masa pertama, serangan bertali arus dengan masing-masing ingin menjaringkan gol, gol pertama hadir apabila Sagna menanduk cantik sepakan sudut Fabregas, serangan demi serangan Chelsea akhirnya membuahkan hasil apabila Drogba berjaya merembat masuk hasil kucar-kacir kotak penalti, gol kedua chelsea juga hadir dengan cara itu, kali ini begitu klinikal dari Drogba dan sukar dijangka Almunia, Chelsea 2-1 Arsenal

Posted on 22 March '08 by Rjuna, under EPL, Machester United. 15 Comments.

Skim Jutawan Kertas

Asal beli surat khabar je ada benda alah nih? tak habis-habis nak menipu orang .Aku mencemuh skim cepat kaya MLM yang masih bertebaran di luar sana, boleh kata tiap2 hari minggu aku dapat pamplet iklan yang diselit dalam akhbar, sampaikan kat masjid pon diorang tampal, kemaruk sangat nak jadi kaya nih, nak pakai kereta berjenama mewah dan pendapatan bulanan 5 angka.Bodoh 8-}

skimcepatkayatestimonialskimbodoh

Tujuan pamplet ini diedarkan tak lain tak bukan cari mangsa downline baru lah tu, iklan mereka biasanya memaparkan dakyah-dakyah mereka untuk menipu meyakinkan orang ramai, testimonial pulak mesti tunjuk pakai kereta mewah, bisnes apa? tak tahu? dirahsiakan, buatnya diorang jual dadah korang pun sms ikut je dengar penerangan, tiada produk ditunjukkan (yeah itulah taring mereka sebenar) perniagaan jenis apa itu ya tiada produk? :-?

Jangan perjudikan wang simpanan anda kawan-kawan, dan pada yang dah menyertainya tolong lah berhenti, jangan tipu orang ramai lagi khasnya orang Melayu, apa guna anda bersusah payah, tapi akhirnya upline (penaja) atas korang yang kaya raya, lama2 bisnes sebegini akan runtuh juga kalau ahli bawahan anda rasa tertipu tak aktif lagi, percayalah. $-) b-(
bisnes apa nya kalau bunyi nya begini kawan-kawan…

“Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat “maintain” bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!“, “Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!”

Saya rasa anda pun tentu lebih cerdik dan sudah pandai menilai, hey nak jadi jutawan tu susah tau, kalau semudah itu aku rasa semua rakyat malaysia nih dah kaya raya duduk goyang kaki dapat duit. :)>-

Posted on 21 March '08 by Rjuna, under Perniagaan, internet. 16 Comments.

Politik 2X5

politik 2×5
lawati blog Jongkang Jongket oleh Mat Jan

Kadang2 membaca sahaja membosankan, apatah lagi membaca tentang politik saban hari di akhbar pro-BN, tapi Mat Jan akan membuat korang ketawa kan ahli-ahli politik ataupun ketawakan diri sendiri.

Ir Mohammadd Nizar Jamaluddin kini sah Menteri Besar Perak yang ke-10, Jurutera lulusan England ini ironinya pernah bersekolah cina, Anglo Chinese (ACS) Kampar, sekolah rendah dan menengah, kemudian ke Sekolah Teknik Ipoh sebelum menyambung A-Level dan Ijazah di England, pernah berkhidmat di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) - sumber Harakahdaily.net

aperr TAK CUKUP LAYAK KE.. LIM KIT SIANG???

p/s= siapa sangka insan yang ku temui berkempen kecil-kecilan di Pasar Malam kini seorang Menteri Besar, harap-harap resmi padi la hendaknya, makin tinggi makin tunduk berisi

Posted on 17 March '08 by Rjuna, under Politik, blog. 8 Comments.