Pinang dan Tunang February 25th, 2008

Semalam 17 Safar 1429 aku menghadiri majlis pertunangan seorang teman bernama Nursaliza. Sebelum ni banyak menghadiri majlis perkahwinan dan akad nikah je, tapi untuk pertunangan, inilah kali pertama dalam seumur hidup aku, jadi aku mengambil peluang ini untuk mengutip segala pengalaman di masa depan hehe :))

Selalunya majlis pertunangan akan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja, tapi oleh kerana aku dah dijemput, datanglah jugak. Pertunangan adalah antara adat orang Melayu yang masih lagi diamalkan sehingga kini, malah menjadi kejanggalan jika berkahwin tanpa ikatan pertunangan.

meminang

Majlis tunang akan dijalankan selepas adat merisik dan kadangkala ia dijalankan serentak, pihak lelaki yang diwakili sanak saudara si lelaki akan berkunjung ke rumah si perempuan dengan membawa dulang hantaran dalam angka ganjil termasuk cincin tanda sebagai tanda perminangan, majlis akan dimulakan dengan sapaan pantun kepada wakil tuan rumah, tapi majlis yang aku hadiri semalam tidak berpantun atas alasan mahu berterus-terang sahaja, wakil akan berbual2 kosong seketika untuk berkenalan dengan tuan rumah dan ahli keluarganya.

Kemudian majlis diteruskan dengan pihak lelaki akan menyebut nama si lelaki dan perempuan yang akan ditunangkan,  kemudian melihat calon tunangan perempuan, kemudian disusuli dengan bertanya adakah pihak si perempuan setuju menerimanya ataupun tidak, jika menerima pihak perempuan akan menyebut berapakah syarat wang hantaran, mas kahwin yang ditetapkan, juga berapa bulan/tahun janji tunangan diikat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua bersetuju.

Tunangan perempuan dibawa berjumpa dengan Ibu si lelaki untuk disarungkan cincin pertunangan, tanda si perempuan sudah dimilikki dan menjadi tunangan orang, pihak perempuan juga akan membalas dulang hantaran si lelaki dengan jumlah yang sama atau ganjil.

saliza n friends
Ewah-ewah pose tak hengat korang yek

Majlis kemudian di akhiri doa selamat semoga jodoh dipercepatkan dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.amin

Untuk rujukan sila lawati adat meminang dan bertunang orang melayu

Baca lagi topik-topik hangat

13 Responses to “Pinang dan Tunang”

  1. razifmustapha On

    awek - awek yang pose tu, mesti semua teringin nak masuk reality tv tapi mak bapak sumer tak kasik kan? huhu

  2. Rjuna On

    semua dah jadi tunangan orang sebenarnya hehe :P

  3. meera On

    sesekali hadiri majlis pertunangan ni seronok…
    paling seronok lepas majlis time nak buka semua hantaran, biasalah adat org melayu ni time bertunang hantarannya byk makanan & manisan…. best woooo dpt mkn :D

    pst… tak cari sirih bertemu urat dr sirih junjung hantaran tu? kalo dpt pastu makan org kata bagus… kot2 jodoh ko lak cepat nnt… hehehehe itu kata org2 tua la kan…

  4. KNizam On

    wahhhh posing maut la semua aweks. ahaks :)

  5. Rjuna On

    Oh disini lain kak, hantaran tu diorang bukak untuk keluarga dan sanak saudara saja, saya hanya memeriahkan majlis je, segan dgn tuan rumah.

    p/s=tak pernah makan sirih :)

  6. acai On

    slm bro, aku mmg slalu ikut majlis bertunang ni..lain tempat lain caranye,hehe…:) tapi lagi seronok dari hantar majlis perkahwinan,hehe

  7. p.e.n.k.e.k On

    tunang?lama tak tengok majlis orang bertunang..hoho~

  8. Mohd Ismail On

    bertunang skang bukan simple2 dah eh? hehe..

    *ko bila lagi Rjuna?* ;p

  9. Rjuna On

    Haah bukan simple-simple dah, tapi ikut kemampuan pasangan dan keluarga masing2 la, pakat-pakat ya

    aku bila? huhu awek pon takde mail :(

  10. Dinzz On

    Wah cam best je majlis nie. sapa yg bertunang nie? hehe tak sekali je penah g majlis tunng nie. masa pakcik aku tunng. tapi takde la camni. simple2 je. tapi yg best hantaran balas dari pihak pempuan arr yg best. kitaorang hantar 7 dulang, deme balas 32 dulang.. haha amek ko. punye banyak.

  11. Rjuna On

    Yang penting bukan aku yang tunang hehe, peh 32 dulang, sangat gembira kot, tuan rumah nak dapat menantu la katakan <:-P O:)

  12. syamsulariff.com On

    apa dah jadi tunangan org? hm..terus tekan pangkah!! :*

  13. Azhar Ahmad On

    Cerita pasal orang, kamu bila lagi?

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting