Teluskah SPR? | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Teluskah SPR?

Sudahkah anda menyemak semakan daftar sebagai PEMILIH? dan tahukah di mana lokasi anda akan mengundi pada Pilihanraya ke 12 nanti?

kalau belum sila klik http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp, dan masukkan nombor mykad anda, khabarnya hanya yang daftar sebelum 1 Januari 2008 sahaja layak mengundi, umur layak mengundi ialah 21 tahun ke atas saja ya.

Dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mengembalikan keyakinan pengundi dengan memperkenalkan peti undi telus cahaya dan dakwat kekal, masih lagi kedengaran wujudnya pengundi hantu dan keraguan terhadap undi pos.

Contoh semalam saya melawat sebuah forum, ada forumer berjaya menampilkan bukti wujudnya pengundi hantu yang wujud di senarai web daftar pemilih SPR, yang pelik umur dah lebih seratus tahun dan kod negeri mykad nya meragukan, eee seramnya hantu kot, anda boleh mencuba kalau tak percaya.

No.IC/Mykad=961231-74-2099

No.IC/Mykad=890520-61-0089

Masih hidup kah pengundi tersebut?, dan dari negeri manakah pengundi tersebut lahir? siapa terer sila jawab.

Tags: , , , , ,

Posted on 18 February '08 by Rjuna, under kontroversi.

Baca lagi topik-topik hangat

17 Comments to “Teluskah SPR?”

#1 Posted by Azhar AhmadNo Gravatar (18.02.08 at 12:39 )

Yang saya tahu, bila diajukan persoalan ini adalah, kematian tidak dicatatkan dalam database mereka. Jadi, tiada siapa yang tahu bukan ia masih hidup atau tak…

Apapun, jika kita tidak percayakan sistem kita sendiri, kita nak buat cammana….

#2 Posted by acaiNo Gravatar (18.02.08 at 13:29 )

slm bro, leh jadi perisik hang ni,hehehe…:)
aku paling pelik pengundi posla…diaorg nak pangkah sape kat kertas undi?
kalau ko ngan aku tentera tentera, aku mesti kena dapat kartas undi lain sbb aku undi kat negeri lain dan wakil rakyat aku lain..
ko pun begitu bukan? camne diaorg buat? huhu…

#3 Posted by chotNo Gravatar (18.02.08 at 14:29 )

nampak sgt SPR ni jadi balaci pd bn….

#4 Posted by RjunaNo Gravatar (18.02.08 at 14:45 )

sengaja provokasi SPR, laman web dia huduh betul

#5 Posted by RjunaNo Gravatar (18.02.08 at 14:46 )

Pangkah je Parti Roket, dan undi ko boleh di tukar menjadi Parti Barang Naik

#6 Posted by RjunaNo Gravatar (18.02.08 at 14:50 )

Yeah tidak syak lagi, patut diorang ambil sikap berkecuali, katakan tidak pada undi pos

#7 Posted by afhamNo Gravatar (18.02.08 at 21:41 )

kes same in my case bro..sedey aku pun terkena..

#8 Posted by RjunaNo Gravatar (19.02.08 at 10:57 )

Tak faham..apa yang terkena beb, korang pun undi pos jugak ke :-?

#9 Posted by H+zizyNo Gravatar (19.02.08 at 13:26 )

Wa, memang wujud rekod ‘hantu pendatang’ ni. Umur beratus tahun, bermastautin di kawasan pengundian MB Selangor kan..

#10 Posted by RjunaNo Gravatar (19.02.08 at 15:29 )

Semoga SPR mengemaskini daftar web mereka, kena hack nanti baru padan muka

#11 Posted by azam rashidNo Gravatar (20.02.08 at 10:34 )

selamat mengundi

#12 Posted by balqisNo Gravatar (21.02.08 at 10:28 )

undi pos memang banyak~ tula pasal.

oh, saya tidak layak lagi mengundi =P

#13 Posted by MrCleanNo Gravatar (23.02.08 at 14:13 )

takutnyer pengundi hantu tu.tak caya la aku.tu tipu jer.nasib baik takde kat Tg Karang.panas2

#14 Posted by razifmustaphaNo Gravatar (25.02.08 at 01:40 )

SPR penipu, rashid penipu gak la tu. Konspirasi semua ni

#15 Posted by H+zizyNo Gravatar (29.02.08 at 10:32 )

Aku check, manusia paling tua sekarang umur 112 tahun. Jika pengundi berusia 118 tahun yang disahkan SPR masih hidup, dia sepatutnya jadi orang yang lagi tua dari rekod dunia! Kita patut bangga (ke?)hehe..

#16 Posted by RjunaNo Gravatar (01.03.08 at 02:08 )

Adakah ini satu helah dan taktik SPR mewujudkan pengundi hantu (aku dengar beribu jugak yang umur lebih seratus tahun ni),

hanya tuhan lebih mengetahui :?

#17 Posted by Sorotan 2008: Rjuna.net | R J U N A (01.01.09 at 02:20 )

[...] Waktu nih semua tengah demam pilihanraya, aku buat topik Teluskah SPR?, sebab ada kes pengundi hantu wujud dalam database semakan daftar mereka, tapi sebenarnya bukan [...]