Arasu Golden Village February 16th, 2008

Lumut-Manjung-Sitiawan adalah 3 daerah negeri perak yang bernaung dibawah panji Majlis Perbandaran Manjung, 3 daerah ini berdekatan antara 1 sama lain, bermula dengan pekan kecil di Sitiawan dan wujudnya sebuah armada tentera laut di Lumut, Manjung semakin hari semakin pesat membangun, dari majlis daerah kini menjadi Majlis Perbandaran, ini mukadimah saja.

arasu sitiawan
Arasu selalu tayang filem latest Tamil

Di pekan kecil Sitiawan terletak nya sebuah pawagam lama diberi nama Arasu, kerana keadaannya yang kuno ia digelar AGV (Arasu Golden Village) maaf ia tiada kena mengena pun dengan panggung TGV yang moden tu.Pawagam besar ini cuma ada 1 layar lebar, dan terbahagi kepada dua bahagian tempat duduk yakni atas dan bawah, semestinya tempat duduk atas lebih sedap menonton atau (tidur hehe), penghawa dingin boleh diharap dan sound system pun ok sahaja.

Kali terakhir aku menonton filem Impak Maksima yang hampeh tu di pawagam ini, lepas hari raya Aidilfitri, aku mula perasan yang pawagam ni asyik tutup jek, mula lah desas desus pawagam ni bankrup la, tengah modified la dah tutup la, bukan tiada sambutan sebenarnya, walaupun pawagam ni jenis lama, kuno dan agak kureng di pandangan mata, jika ada filem besar macam Spiderman 3, Cicakman, Transformers dan Lanun Carribean 3 sambutannya amat menggalakkan sekali, pawagam penuh beb, tiket sold out.

Nak kata modified tiada pun kerja2 penambah baikkkan dilakukan, nak kata tutup memang lama dah tutup, jadi nasib kami semua disini umpama histeria bila filem2 baru muncul untuk tayangan, tak dapat nak tengok, nak tengok kena pergi Ipoh, apa cer? lupakan DVD lanun yang berkualiti cap ayam, kami disini mahukan kepuasan menonton di panggung wayang baru yang serba moden.

Oleh itu kami mempelawa jika ada sesiapa yang ingin melabur dalam perniagaan franchise Panggung Wayang di Manjung inilah masanya, dengan kapasiti penduduk yang padat, agak mustahil kalau pawagam itu nanti kurang pengunjungnya, peluang masih terbuka luas dan tiada saingan datanglah ke Manjung melihat peluang pelaburan ini.

Baca lagi topik-topik hangat

6 Responses to “Arasu Golden Village”

  1. afham On

    ni kutuk ke puji nie .. :P

  2. Rjuna On

    Ni suara hati rakyat, kami mahu pawagam baru :P

  3. H+zizy On

    Bapak aku jadi cikgu kat Sitiawan tahun 70an Arasu pun ada lagi..panggung wayang tempat lain dah gulung tikar tapi Arasu leh idup sampai 2007. Sejarah tu. (mukadimah je)

  4. Rjuna On

    Hoho MPM kena hargai pawagam bersejarah ni, wawasan mahu jadikan Manjung=Bandar Perlancongan dan Maritim

  5. Azhar Ahmad On

    Sekurang-kurangnya ada bukan?

  6. meero On

    ape plak..
    skg dh gah woo~
    hebat…
    dh renovate n diambil alih oleh sape tah..
    tp dh sme taraf r ngan jusco nye cinema!
    ni nk g tgk mummy.. haha

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting