Jika Saya Jadi Superhero

Sebenarnya kalau dalam filem aku memang anti-hero, hero selalu menang dan orang jahat selalu kalah, walaupun aku memegang falsafah yang betul dan benar selalunya menang, kadang-kadang menyampah jugak kalau hero asik menang (klise), orang jahat selamanya salah, apa kes.
Ada orang kata hero sebenar ialah Batman kerana ia tak memerlukan sebarang kuasa luar biasa untuk melawan musuhnya, tetapi hanya menggunakan gajet-gajet yang dicipta khas.
Jadi siapa hero sebenar? kita bersama Afham Terjah bagi membongkar isu ini, khabarnya Afham telah bertemu dengan superhero jadian nya
Afham: Ok Encik R, apa superpower idaman anda
Encik R: kuasa Pembentukan Tubuh Badan
Afham: Agak2 nya Superhero mana yang mempengaruhi Encik R tu
Encik R: Mr Fantastic dari Fantastic Four
Afham: Kenapa memilih super power seperti itu
Encik R: Saya seorang debab, jadi bila saya mahu mengorat adik manis ataupun calon isteri saya, saya bertukar ke bentuk yang saya mahu, bila malam pertama saya tidak memerlukan Viagra, Minyak Sensaoil mahupun cincin kanda untuk bertahan lama.
Afham: Haha ok apa kelemahan super power ni
Encik R: Ia tak mampu bertahan lama, bentuk tubuh saya akan kembali kepada asal bila bulan mengambang hehe
Afham: Encik R takkan takde nama Superhero idaman ni
Encik R: Panggil saja CAKCIBOR (apa tu? hehe)
Afham: Ok kalau wujud la nanti Superhero ni, Encik R nak tagline dia bunyi macamana
Encik R: Hidup Jangan Susahkan Orang Lain
Ah tak payah sebarkan lah bukan diorang jawab, aku je superhero yang rajin kan? kan? kan?
Tags: Afham, Batman, Cakcibor, Cincin Kanda, Fantastic Four, Mr Fantastic, Sensaoil, Viagra


16 Comments to “Jika Saya Jadi Superhero”