Kenapa Video Tersekat-sekat? February 7th, 2008

Salam semua pengunjung dan pembaca budiman, perkembangan teknologi internet akhir ini, menjadikan aku tidak lagi mendewakan televisyen.Sejak Media Prima mewujudkan siaran video internetnya aku tidak lagi menjadi kaki torrent, mengumpul koleksi siri drama keluaran mereka.Jangan risau lagi ketinggalan menonton drama kegemaran anda, siaran internet kan ada.

tv3 video

Bila menonton siri kegemaran, aku selalu membelek komentar penonton, di bawah video, dan selalu aku terbaca komen seperti ini, kenapa tersekat-sekat nih, sedih ar asik sangkut je video nih, jadi disini aku nak kongsi pengalaman mengelak semua itu berlaku, aku pon bukannya pandai sangat saja nak kongsi pengalaman, kalau silap tu tegur ya

1.Jangan menonton di saat waktu puncak
waktu puncak biasanya waktu lunch tengahari, ini waktu kegemaran pekerja mengulat tengok video online, saat begini youtube pun kadang2 kejung, bila ramai yang play di waktu yang sama apa akan jadi?

2.Download Adobe Flash Player
ini ialah plugin asas untuk memainkan video flash, tanpanya risiko video sangkut2 adalah tinggi, selalunya setiap browser akan memberitahu anda untuk download plugin ini, jika pc anda dilengkapi kad grafik itu sudah bonus

3.Maaf user line Dial-up
anda memerlukan kelajuan broadband (jalur-lebar) untuk memastikan kelancaran video yang hendak ditonton, kelajuan dial-up akan menyebabkan load video jadi lambat selambat line nya

4.Gunakan teknik pause
Video online selalunya auto-play, apa kata anda tekan pause sebentar dan biar dia load sampai habis baru play, takderla tersekat2 lagi

5.Bersihkan cache atau cookies
Hoh apa tu? sebenarnya cache atau cookies disimpan di pelayar (browser) agar bila anda melayari sesebuah website ia laju bila dilayari, tapi apa jadi kalau dia sudah penuh dengan file-file video yang anda tonton sebelum ini, Kalau pengguna browser IE klikTools-Internet Option-Temporary internet file-delete file atau delete cookies, untuk firefox klik Tools-Clear Private Data

6.Download file video itu
Ahaks! cara ni aku tak try lagi, tapi kalau korang terer buat la, pastu kongsikan kat sini ya, dengan mendownload video itu anda boleh simpan dan tengok bila mana waktu anda suka

Baca lagi topik-topik hangat

7 Responses to “Kenapa Video Tersekat-sekat?”

  1. Azhar Ahmad On

    Kamu tahu, dengan cara mendonlod Youtube menggunakan FLV Downloader, dan gunakan khidmat Flashget, video Dunia baru sudah siap untuk anda dalam masa 3 minit, walaupun, menggunakan TMNut!!!

  2. megat On

    Info bagus! Makin lama makin canggih. Dengan hanya berada depan PC, dah boleh tgk TV. Akan datang lagi pula ada IPTV tapi tak tau la selagi khidmat internet tak bagus.

  3. Rjuna On

    Peh yeke saja maleh nak sedut hehe thanx info bro :)

  4. Rjuna On

    syarikat TV makin nampak trend pengguna internet sekarang dan Media Prima melakukan marketing yang bijak (pengiklanan internet)

  5. balqis On

    slalunya d0nl0ad terus je. sebab bila-bila b0leh teng0k. again and again. :)

  6. Rjuna On

    hehe drama collector ni

  7. Amin On

    Download jer Speedbit video Accelerator, leh tgk youtube dengan pantas xyah nak pause2.:3

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting