Tanjung Malim & Kenduri berdua February 1st, 2008
Sekadar bacaan peribadi..
Sabtu lalu 26 Jan 2008 aku dengan beria nya ingin hadir ke majlis kenduri seorang rakan kelas lama di KL. Mulanya aku ajak kawan-kawan yang tinggal setempat ikut serta, malangnya sorang demi sorang menolak atas alasan hal kerja, sepupu kawen lah, tengah kerja lah, tak tahu jalan lah, nenek kawen la, hai macam-macam, nasib baik ada kawan lama Zizy dari Tg Malim ikut sekali sebagai pemandu arah.

Perjalanan dua jam setengah dari Sitiawan ke Tg malim akhirnya sampai ke destinasi rehat, singgah sebentar di rumah keluarga Zizy untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan, tercapai juga hasrat untuk berkunjung ke rumah dia, lepas ni kalau dia kawen aku takder la sesat hehe, jauh jugak rumah mamat ni.
Perjalanan diteruskan ke kota berlumpur, aku bertuah kerana Zizy bukanlah kekok sangat jalan di KL ni, boleh kata sekelip mata saja masuk keluar lebuhraya dah sampai, sesat jugalah kami nak cari rumah kedua mempelai, apa tidaknya, kawan yang kami harapkan menunjukkan jalan pula tak dapat hadir, dengan bantuan Yahoo Maps dari handphone Zizy dan sedikit tekaan akhirnya kami tiba jua di kuarters kediaman anggota awam, jalan duta, bukanlah susah sangat pun, tengah bandar juga.
Sambil menunggu kawan2 lain tiba aku memaklumkan kehadiran kami secara sms kepada kawan2 di KL, hmm alahai pastu dapat lah sms balasan, ada yang terlupa, ada yang demam lah, tengah kerja lah, tengah tidur pun ada, wei apa makna aku kirim salam kalau korang tak datang, aku terdiam saat Zizy bertanyakan “Mana kawan2 ko lagi Mel?” , aku pun jawab “entahla Zizy nampaknya kita berdua je nih”, apa yang aku nampak jemputan kad atau sms kepada kawan2 tidak dibuat secara serius, menyebabkan kawan2 ramai tak berminat nak datang
Selamat Pengantin Baru Ramli & Najuwa
Kami berdua menghabiskan banyak masa disitu dengan menunggu, tunggu pengantin sanding, tunggu kawan dua orang yang lewat tiba, akhirnya selepas sesi ambil gambar kami pon pulang, sebelum pulang kami ambil masa untuk ronda-ronda Bandar Proton, dimana disitulah terletaknya kilang Proton, Zizy menjadi tourist guide aku petang tuh, tugasnya di Majlis Daerah Tg Malim membuatkan dia faham bagaimana proses sebuah kereta proton dihasilkan, sempat la minum petang di sebuah restoran ala inggeris di situ, sebelum aku bergegas pulang, sekian.
Terima Kasih atas layanan VIP mu Zizy, jasamu tetap ku kenang ![]()
- Wayang bersama Apek
- Rumah Terbuka, N73 dan My V
- Negarakuku
- Cik..Nak Rayeeer
- Cuti Iduladha
- Sayfool Sesumpah
- Diari Rjuna part 2


Bila pula, orang mahu ke walimah kamu pula?
Belum lagi la bro, awek pon takder camner
aik? arini je… dah 5/6 blog saya masuk cerita pasal kenduri kawen. kenapa semua org mahu kawen?
ok tanya orang kawen kenapa diorang kawen time cuti sekolah kih kih
Waduh,terharunya aku bro. Aku hanya menghiburkan seorang sahabat baik aku. Ala kadar aje pun..
Penghargaan buat seorang sahabat yang telah membantu aku, sekarang satu malaysia kenal kita berdua hehe
jika mahu Tourist Guide di Tg Malim sila call Zizy 012-ehem ehem hehe
slm bro, time kita awal 20 an dulu kalau sorang kahwin sume pergi,hehe..tapi dah penghujung 20an nih, sume dah kerja dan ada tanggungjawab masing2,huhu…tapi alhamdulillah aku masih pergi juga kenduri kahwin member yg bagi jemputan kalau berkelapangan…:) ko kahwin insyaallah aku datang bro..
Aku dipengaruhi budaya mak bapak aku, bila orang jemput kenduri pergi, tak dijemput jangan sekali-kali pergi, tapi zaman sekarang, boleh pula cipta alasan macam-macam kalau tak dapat datang
huhu..time cuti la ramai org free..senang sedara mara nak dtg..cuba buat time opis hour..try la..baru tau