Archive for February, 2008
Semalam 17 Safar 1429 aku menghadiri majlis pertunangan seorang teman bernama Nursaliza. Sebelum ni banyak menghadiri majlis perkahwinan dan akad nikah je, tapi untuk pertunangan, inilah kali pertama dalam seumur hidup aku, jadi aku mengambil peluang ini untuk mengutip segala pengalaman di masa depan hehe :))
Selalunya majlis pertunangan akan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja, tapi oleh kerana aku dah dijemput, datanglah jugak. Pertunangan adalah antara adat orang Melayu yang masih lagi diamalkan sehingga kini, malah menjadi kejanggalan jika berkahwin tanpa ikatan pertunangan.

Majlis tunang akan dijalankan selepas adat merisik dan kadangkala ia dijalankan serentak, pihak lelaki yang diwakili sanak saudara si lelaki akan berkunjung ke rumah si perempuan dengan membawa dulang hantaran dalam angka ganjil termasuk cincin tanda sebagai tanda perminangan, majlis akan dimulakan dengan sapaan pantun kepada wakil tuan rumah, tapi majlis yang aku hadiri semalam tidak berpantun atas alasan mahu berterus-terang sahaja, wakil akan berbual2 kosong seketika untuk berkenalan dengan tuan rumah dan ahli keluarganya.
Kemudian majlis diteruskan dengan pihak lelaki akan menyebut nama si lelaki dan perempuan yang akan ditunangkan, kemudian melihat calon tunangan perempuan, kemudian disusuli dengan bertanya adakah pihak si perempuan setuju menerimanya ataupun tidak, jika menerima pihak perempuan akan menyebut berapakah syarat wang hantaran, mas kahwin yang ditetapkan, juga berapa bulan/tahun janji tunangan diikat, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua bersetuju.
Tunangan perempuan dibawa berjumpa dengan Ibu si lelaki untuk disarungkan cincin pertunangan, tanda si perempuan sudah dimilikki dan menjadi tunangan orang, pihak perempuan juga akan membalas dulang hantaran si lelaki dengan jumlah yang sama atau ganjil.

Ewah-ewah pose tak hengat korang yek
Majlis kemudian di akhiri doa selamat semoga jodoh dipercepatkan dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.amin
Untuk rujukan sila lawati adat meminang dan bertunang orang melayu
Posted on 25 February '08 by Rjuna, under Personal, catatan. 13 Comments.
Sudahkah anda menyemak semakan daftar sebagai PEMILIH? dan tahukah di mana lokasi anda akan mengundi pada Pilihanraya ke 12 nanti?
kalau belum sila klik http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp, dan masukkan nombor mykad anda, khabarnya hanya yang daftar sebelum 1 Januari 2008 sahaja layak mengundi, umur layak mengundi ialah 21 tahun ke atas saja ya.
Dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mengembalikan keyakinan pengundi dengan memperkenalkan peti undi telus cahaya dan dakwat kekal, masih lagi kedengaran wujudnya pengundi hantu dan keraguan terhadap undi pos.
Contoh semalam saya melawat sebuah forum, ada forumer berjaya menampilkan bukti wujudnya pengundi hantu yang wujud di senarai web daftar pemilih SPR, yang pelik umur dah lebih seratus tahun dan kod negeri mykad nya meragukan, eee seramnya hantu kot, anda boleh mencuba kalau tak percaya.
No.IC/Mykad=961231-74-2099
No.IC/Mykad=890520-61-0089
Masih hidup kah pengundi tersebut?, dan dari negeri manakah pengundi tersebut lahir? siapa terer sila jawab.
Posted on 18 February '08 by Rjuna, under kontroversi. 17 Comments.
Lumut-Manjung-Sitiawan adalah 3 daerah negeri perak yang bernaung dibawah panji Majlis Perbandaran Manjung, 3 daerah ini berdekatan antara 1 sama lain, bermula dengan pekan kecil di Sitiawan dan wujudnya sebuah armada tentera laut di Lumut, Manjung semakin hari semakin pesat membangun, dari majlis daerah kini menjadi Majlis Perbandaran, ini mukadimah saja.

Arasu selalu tayang filem latest Tamil
Di pekan kecil Sitiawan terletak nya sebuah pawagam lama diberi nama Arasu, kerana keadaannya yang kuno ia digelar AGV (Arasu Golden Village) maaf ia tiada kena mengena pun dengan panggung TGV yang moden tu.Pawagam besar ini cuma ada 1 layar lebar, dan terbahagi kepada dua bahagian tempat duduk yakni atas dan bawah, semestinya tempat duduk atas lebih sedap menonton atau (tidur hehe), penghawa dingin boleh diharap dan sound system pun ok sahaja.
Kali terakhir aku menonton filem Impak Maksima yang hampeh tu di pawagam ini, lepas hari raya Aidilfitri, aku mula perasan yang pawagam ni asyik tutup jek, mula lah desas desus pawagam ni bankrup la, tengah modified la dah tutup la, bukan tiada sambutan sebenarnya, walaupun pawagam ni jenis lama, kuno dan agak kureng di pandangan mata, jika ada filem besar macam Spiderman 3, Cicakman, Transformers dan Lanun Carribean 3 sambutannya amat menggalakkan sekali, pawagam penuh beb, tiket sold out.
Nak kata modified tiada pun kerja2 penambah baikkkan dilakukan, nak kata tutup memang lama dah tutup, jadi nasib kami semua disini umpama histeria bila filem2 baru muncul untuk tayangan, tak dapat nak tengok, nak tengok kena pergi Ipoh, apa cer? lupakan DVD lanun yang berkualiti cap ayam, kami disini mahukan kepuasan menonton di panggung wayang baru yang serba moden.
Oleh itu kami mempelawa jika ada sesiapa yang ingin melabur dalam perniagaan franchise Panggung Wayang di Manjung inilah masanya, dengan kapasiti penduduk yang padat, agak mustahil kalau pawagam itu nanti kurang pengunjungnya, peluang masih terbuka luas dan tiada saingan datanglah ke Manjung melihat peluang pelaburan ini.
Posted on 16 February '08 by Rjuna, under berita. 6 Comments.