Minyak Oh Minyak January 8th, 2008

Dulu gula, kemudian tepung gandum, naik tahun baru Minyak Masak Kelapa Sawit lah pulak, ok sekarang tudingkan jari anda dan pilih mahu salahkan siapa? Bapak Menteri?, Penyeludup tamak?, atau Pengilang hamjadah yang sorok bekalan?, saban tahun perkara ni berlaku dan terus berlaku,tak kiralah siapa yang dipersalahkan, akhirnya pengguna jugalah yang menjadi mangsa.
Adalah satu yang tak masuk akal, negara pengeksport minyak kelapa sawit terbesar di dunia tiba-tiba mahu dicatu bekalannya, kan kelakor bunyi nya, umpama kera di Thailand digorengkan minyak, kera di Malaysia mati dibakar, kali pertama aku dengar minyak masak pon ada subsidi, aku kirakan petrol dan diesel saja yang ada subsidi, prihatin ya kerajaan Malaysia.
La tak habis lagi tuh, nak beli minyak masak pon kena tunjuk Mykad, waduh gawat nih, pastu peniaga pulak kata, Apa yang nak di catu? udah bekalan takde, nak catu amendernya, situasi ini memberi imej buruk pada kerajaan yang memerintah, nampak sangat kerajaan hanya bertindak setelah rakyat mengadu.
Wahai pengilang minyak kelapa sawit, kot ye pon nak bagi harga minyak naik, bukan begini caranya (sorok), apakah tidak cukup keuntungan minyak masak yang dieksport ke luar negara?
Kepada UPP, Kastam dan tentera yang berkawal disempadan sana, teruskan lah menyekat penyeludupan dari terus berlaku.
Lupakan janji-janji manis kerajaan mahu menambah kuota bekalan, entah2 ini strategi mereka mahu menang piliharaya, akan datang.
Aku tak tau la apa terjadi, kalau minyak kelapa sawit dijadikan minyak kenderaan di masa hadapan.
Baca lagi topik-topik hangat- Babi punya Pak Lah
- Pesta TAG Merdeka
- Memorandum Hindraf
- Tag 1429 dan 2008
- Bersih
- Pak Cik Kayo Rebet
- Selamat Mengundi Malaysia


slm bro, akupun pelik ngan negara kita ni kekadang..aku bleh buat minyak sendiri guna kelapa sawit dari kebun bapak aku,hehehee
hahaha, beli minyak kena tunjuk IC, macam nak beli arak je pulak.
Buat apa pengilang nak sorok minyak masak? dia bukan dapat bayaran subsidi kalau sorok.
aku memang setuju betul kena tunjuk mykad baru boleh beli.
tapi kenapa rakyat asing masih boleh beli?
Ye ke ni, cuba buat tengok, kaler merah dia tak hilang lagi, fresh tuuu
kalau beli berkotak-kotak munasabah gak ni sebotol-dua
kilang sorok mungkin tunggu kerajaan umum harga minyak petrol naik kot, kat situ dia leh claim untuk naikkan harga minyak masak
lagi satu dia sorok pastu jual kat negara jiran, atau lebihkan eksport ke luar negara
pendapat diatas hanya andaian penulis
kerajaan mesti betul punyer.minyak masak kat Tg karang senag jer beli.abah aku beli sekotak tau.huhu.pembelian panik masa raya aidilfitri ngan tepung gandum sekampit.
Tuh masa raya Aidilfitri, abah ko beli sekotak, yang baru-baru ni, abah ko beli tak? kira abah ko terer gak dapat menghidu masa depan :-O
naik minyak dah weiiiiiiiiii… macam mana nak beli minyak kalo mykad takder. gua belum buat mykad lagi… tak lama lagi tempoh mykad nak expired dah…. ekekekeke…
kalo gitu buat eksport banyak2 ke luar negara dan kemudian kita pi beli kat luar negara aje laa lagi lebih menguntungkan…
“nak ke mana tu…?”
“nak beli minyak masak kat luar negara daaa…”
wei buat mykad cepat, nanti ko dihantar pulang ke Uganda baru tahu :))
sure harga dia lain dah Fatah, sebab tu orang seludup, kerana ada permintaan dan harganya lebih tinggi dari pasaran tempatan
nasib baik aku jarang masak..heeh
abah aku nie mamang bijak.cikgu la katakan.huhu.tapi yg jadi masalah gula jer.mana ada jual skampit besar.paling koman 2 kg jer bagi.huhu
ko kaya chot, hari2 makan kat luar atau beli lauk je, nanti ko dah kawen merasa la ko
gula dah makin berlambak, takder orang beli pun, pelik aku
kalau perkara catu-mencatu ni terjadi, boikot je terus… guna alternatif, macam guna minyak dagu ke, minyak rambut ke… orang minyak ke…. adeh!
Pakai je minyak jagung atau makan yang kukus-rebus je (pemakanan sihat)
minyak sudah naik wooooooooooooooo