Resolusi 2008 | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Resolusi 2008

desktop ku
sepah gila meja aku

Berakhir sudah 2007, tahun 2008 kini menjelma, bertambah lagi usia kita kawan-kawan, diharap anda sihat hendaknya, aku baru saja diserang selsema, tu lah ligat sangat malam semalam, aku keseorangan tanpa teman di malam tahun baru, tanpa teman, tanpa awek disisi, hanya sms dari kawan-kawan mengubat sepi, selamat tahun baru buat kalian semua :D

Nasib baik tahun ni ada bunga api kat lumut (maaf tiada gambar, aku snap tapi nampak huduh), aku rasa bunga api tuh datangnya dari orang ramai juga, Majlis Perbandaran Manjung kedekut nak bazir duit kot, tiada pertunjukan menarik pon di Lumut Waterfront (Taman Awam di Jeti Lumut), aku je menyibuk, saja nak ambil angin pantai sambil lepak-lepak, jalan seorang diri di tengah ramai orang memang membosankan, tapi aku suka :P

berbalik kepada blog ini

Tiada laporan tahunan untuk blog ini kerana masih belum setahun jagung penubuhannya, lagipon blog ni jarang di update, maaflah aku memang blur dan cerewet, tahun ni aku rajin2 kan diri aku nih menulis untuk korang baca, ok bercakap pasal resolusi/azam tahun ni, aku dah senarai pendek sedikit, apa yang aku mahu dalam tahun 2008 nih ya

  1. Menurunkan berat badan
    -bukan untuk tukar badan jadi kurus yek, cuma paling koman 90-100kg aku capai, itu sudah cukup motivasi untuk ke bentuk badan yang disukai calon isteri
  2. Memilikki PSP atau PS2
    -aku dah jenuh main game pc, ade je spec kaw kaw yang diorang nak, padahal laptop aku Celeron M je
  3. Kembali belajar
    -Aku tak pasti benda nih leh tercapai ke tak, tapi aku memang nak sambung belajar, ada la support kalau terdesak atau kecemasan nanti, tiket anak bos belum menjanjikan kesenangan di hari tua wei.
  4. Update blog 2x seminggu
    -Ya ini untuk kalian pembaca budiman, aku akan realisasikan (jangan cakap je), aku sumbat jela apa yang ada janji..batu (rock)
  5. Reunion kawan2 sekolah lama
    - Dengan situasi kawan2 yang ramai dah kahwin, agak sukar menemukan semua dalam satu-satu masa, tapi ia mudah bila ada salah sorang nak kahwin, dan kita boleh berjumpa disitu, jangan yang datang 2-3 kerat je, punahla harapan gua.
  6. Berpijak atas kaki sendiri
    -Yeah perniagaan, aku semakin suka dengan dunia membabitkan bisnes ini, Cuma ada sedikit masalah adik manis, aku nak berniaga apa ya? Lupakan MLM dan kad Prepaid, aku sudah jemu. (ni leh jadi angan mat jenin) keinginan sudah ada, syarikat sudah ada, mari cuba realitikan.
  7. Sport Rim plus tayar 17 inci
    -Kalau rezeki tahun ni mencurah-curah, aku akan pasang 1 set rim dan tayar baru untuk myvi ku yang terchenta, aku akan pastikan awek-awek menoleh 2 kali dan brader2 kereta terliur seraya bertukar kereta seperti ku

Inilah impian aku untuk tahun ini, doakan semoga tercapai hendaknya, kalau tak tercapai belasah la gua seadanya wakaka :))

Apakah tahun harapan anda untuk blog picisan ini tahun 2008, suarakan di bawah ya?

Tags: , , , , , , , ,

Posted on 1 January '08 by Rjuna, under Personal.

Baca lagi topik-topik hangat

23 Comments to “Resolusi 2008”

#1 Posted by syuxxNo Gravatar (02.01.08 at 00:07 )

sama lah lappy kau dgn aku.
hahaha.
and sama sepah.
ekeke
:)

#2 Posted by RjunaNo Gravatar (02.01.08 at 00:16 )

oh yeke syuxx, biasala laptop murah2 je :P

#3 Posted by chotNo Gravatar (02.01.08 at 15:44 )

harap impian ko akan terlaksana dlm tahun 2008 ni..aku yakin..adik manis pun yakin..hehe

#4 Posted by arsenal malaysiaNo Gravatar (02.01.08 at 23:35 )

hapi new year bro!!
from afham nie..

#5 Posted by RjunaNo Gravatar (03.01.08 at 23:47 )

chot=adik manis mana tu chot hehe :))

Afham=hepi new year afham :)

#6 Posted by abdfatah viewmalaysiaNo Gravatar (04.01.08 at 04:03 )

hahaa… tips kesihatan untuk rjuna.

biasalah lambang kemakmuran negara tuuuuu…. apa kata hang gi jenguk tips jaga kesihatan menggegar dunia… kesihatan memang kena jaga untuk kehidupan yang lebih selesa. gi jenguk segera…

#7 Posted by RjunaNo Gravatar (04.01.08 at 10:41 )

Ok jom kawan2 lawat blog fatah, apelah agaknya tips itu ya, promosi tu :)

#8 Posted by MisterCleanNo Gravatar (06.01.08 at 09:11 )

nape PS2,kan bagus PS3.mahal dan cun gambarnya.takpun Xbox 360.Yela PS2 pun game dah tak banyak masuk.kat umah aku ada Xbox.

#9 Posted by MisterCleanNo Gravatar (06.01.08 at 09:19 )

Err…..PS3 dah masuk Malaysia ker blom??hehe aku ni main tulis jer

#10 Posted by RjunaNo Gravatar (06.01.08 at 11:44 )

mana mana je lah Mister, PS2 ok kot buat newbie cam aku ni, wow rumah ko ada xbox, pinjam?

#11 Posted by RjunaNo Gravatar (06.01.08 at 11:45 )

PS3 rasanya dah masuk, tapi tak ramai beli kot, maybe sebab mahal

#12 Posted by Darkz05No Gravatar (07.01.08 at 11:57 )

Tahun 2008!!! Byk betul ko punya azam, huhu. Jalan Trus la. Kalo da pasang sport rim 17 tu kasi snap ya, mau tgk. Aku pun tgh plan tukar sport rim ni. ;P

#13 Posted by RjunaNo Gravatar (07.01.08 at 14:44 )

Tujuan pasang azam tu agar hidup kita ni tak la macam lalang ikut je kemana angin ditiup, ada arah untuk dituju.

Nanti aku snap bila dah beli :P

#14 Posted by acaiNo Gravatar (09.01.08 at 13:15 )

manyak duit pakai 17 inci bro,ehhehe..aku yg dari 17pun dah pakai 15,hehehe..tak tahan maa.tayar mahal gile..skali pecah mmg menangis kalau takde duit,hehe..:P ko tak rase lagi rim bengkokkan,hehe.korang menyumpah2 jalan samy vellupun ko tetap kena bayar,hehehe..lagipun skrang tak musim sangat rim besar2,eheheh..budak2 kete dah suka main drift ngan drag je..

#15 Posted by MisterCleanNo Gravatar (10.01.08 at 09:30 )

yg tak besh Xbox nie susah tol dpt game baru.sumer game baru masuk Xbox 360.huhu sedih

#16 Posted by RjunaNo Gravatar (10.01.08 at 15:47 )

Oh yeke, alahai potong stim la lu beb, yela kang aku survey rim 16 dan 15 plak, thanx for info

#17 Posted by RjunaNo Gravatar (10.01.08 at 15:51 )

ceh yoyo kata tak besh, baru aku cakap kata nak pinjam 8-}

#18 Posted by MisterCleanNo Gravatar (12.01.08 at 09:19 )

memang dah tak besh.aku dah abiskan game F4,Shrek dan X-Men.Game Scarface ngan Fifa Street 2 tu memang pening kepala otak aku.Ko nie kalau henfon bleh seiring dan sejalan tapi kalau konsol game punyer kedekut duit.Kalau tak mampu sgt beli Nintendo DS jer.Bermain sambil bersenam gitu,kata Nintendo

#19 Posted by MisterCleanNo Gravatar (12.01.08 at 09:20 )

ehhh salah pulak tulis kat atas tu.spatutnyer Nintendo Wii.kesalahan amat memalukan.huhu

#20 Posted by RjunaNo Gravatar (12.01.08 at 16:42 )

henfon boleh tukar lama ambik baru

konsol x leh, lagi pula konsol senang dimaki oleh mak bapak yang tak mengerti, alahai

#21 Posted by RjunaNo Gravatar (12.01.08 at 16:45 )

Nintendo Wii cepat rosak jika aku terlepas controller dari tangan (haha alasan)

weh ni apa sembang konsol kat sini nih

#22 Posted by R J U N A » Tag 1429 dan 2008 (17.01.08 at 00:35 )

[...] dan 2008 ni Rjuna: Azam-azam kita tak main lah, sebenarnya saya dah satu senarai pendek tentang apa yang saya akan lakukan pada tahun ini, korang boleh baca di sana [...]

#23 Posted by Hijrah 1430H | R J U N A (29.12.08 at 02:37 )

[...] Hijrah 1430H {Rujukan = Resolusi 2008} [...]