Dah lama aku tak buat update sebegini, masih kenal Cenderawasih atau Rjuna di blogspot dulu, atau masih ingat lirik Alhamdulillah oleh Too Phat dan Samseng dari Ahli Fiqir yang korang copy bagai nak rak dulu, aku lah tuan punya blog itu :))
Selalunya bila lagu yang aku minat, dah ada mp3 nya aku salin lirik ini sendiri, dengar kat speaker dan salin, kemudian letak di blog, peh nostalgia siot, kemudian kan, ko boleh tengok lirik yang ko salin ni di copy dari forum hingga ke dalam majalah hiburan
Aku bawakan 4 senario berbeza berlaku, bila Artis buka baju secara langsung dan secara tidak langsung, awas ini entri bosan dihujung minggu.
Faizal Tahir
Gara-gara tindakan kurang sopannya membuka baju di konsert Rockin Birthday 8TV lalu, Faizal dicemuh oleh masyarakat. Dia pun sedar atas kesalahannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan itu saja dia telah di denda oleh 8TV melakukan kerja amal untuk stesen tu selama 6 bulan. Lebih perit lagi, dia tidak dibenar muncul dalam persembahan secara langsung selama 3 bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) , ini bermakna dia terpaksa mengucapkan salam buat Anugerah Juara Lagu ke 22, dimana dia membawakan 2 lagu sebagai finalis.
Ya JJ & Rudy kembali lagi dengan lagu jenaka mereka, lagu ni ialah parodi kepada lagu Will.I.Am-I Got it From My Mama yang menduduki carta teratas di Hitz.Fm, tentu semua pengusaha restoran mamak tengah kembang hidung lepas ni, aku juga antara yang gemar mengunjungi kedai mamak untuk makan maggi goreng, sama teh tarik gelas besar fuh layanan VIP diorang tip top dan pantas.
Lirik ini telah di-copy secara senyap dari blog kepunyaan Sh@un, sila berikan kredit dan perhargaan buat beliau, penat dia salin lirik ni, aku sedap-sedap je copy.