Cabaran Diet Rjuna December 6th, 2007

aku (merah) yang comel lagi mantap
Seperti yang di war-war kan dalam artikel sebelum ni, satu misi berani gagal akan dilancarkan, dan hari ini lah detiknya bermula, aku ingin pembaca sekalian menjadi saksi kepada misi bersejarah ini, di masa depan bila korang melihat aku berjaya menurunkan berat badan dan tidak gemuk lagi ceritalah kepada mereka kejayaan aku.
Aku tahu ramai akan mentertawakan usaha ini dan tak kurang yang menganggapnya mustahil, bahkan Mak aku sendiri ketawa bila mendengarnya. Berikut sedikit persiapan aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Badan Orang Besar.
Rutin baru pemakanan dan kehidupan Rjuna
- Selalunya waktu pagi, aku mengambil sarapan teh tarik kombo antara nasi lemak, kuey teow/mee/ nasi goreng, roti canai telur, untuk misi ini kita akan tukar kepada biskut dan roti bersama 1 mug besar koko panas yang dibuat sendiri di rumah.
- Makan tengahari pula aku akan makan seperti biasa, tiada halangan atau protokol bila makan di waktu ini, sebat je apa jadah hidangan pun, pastinya lapar.
- Makan malam selalunya makan nasi, kini aku had kan untuk tidak ambil nasi, tapi di ganti makanan seperti sarapan pagi=biskut dan roti sahaja.
- Jogging setempat dan senaman ringan akan dilakukan di waktu pagi setiap hari selama 20 minit wajib.
- Tiada lagi makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut buatmu Rjuna, (tapi kalau takat merasa sikit tu takper kan hehe)
- Minuman Berkarbonat pula menjadi minuman terlarang buat ku sepanjang misi ini, air masak/kosong pula akan menjadi gantinya.
- Hidangan Ayam dan Telur terpaksa dijauhi dalam misi ini, kerana ayam dan telur seperti mana diketahui di suntik dengan hormon tumbesaran yang tidak bagus untuk badan manusia.
- Berpuasa sunat juga akan di praktikkan dalam misi ini
Aku menetapkan misi ini selama 1 tahun, jika tiada perubahan dalam misi ini, aku dianggap gagal, dan korang dibenarkan mengejek, mengutuk atau paling jahat meludah ke muka aku ini. Inilah cabaran yang aku mahu lalui, suatu perubahan dalam diri yang perlu dilakukan ke arah yang lebih baik.
Korang dibenarkan memberi komen berunsur cabaran buat ku di bawah, aku mahu sokongan daripada korang dalam menjayakan misi ini, isyallah kalau di izin tuhan ia akan berjaya.Amin.Dengan ini aku melancarkan Misi Diet Rjuna.
Seratus Tiga Puloh December 3rd, 2007
Penimbang Berat biasa
.
Kaki memijak, mata liar memerhati.
.
Jarum penimbang melebihi angka kosong ‘0′ (120 kg)
.
Jarum berhenti di angka 10 (wah berat aku 10 kg siot)
.
.
budus 130 Kg lah, kata adik ku.
Kalau situasi itu di Anime-kan, hidungku pasti berdarah, Misi menurunkan berat badan kembali bermula (entah misi/azam ke berapa diulang-ulang) kali ni aku yakin berjaya.
Laptop, N73, Myvi dan impian lain sudah tercapai, tapi hal menguruskan berat badan masih belum lagi berjaya, jadi jangan risau, aku tak makan ubat2 perlansingan badan atau melakukan pembedahan menyedut lemak sebab aku yakin ia mampu dilakukan secara semulajadi dengan usaha yang keras.
Misi bermula..jika anda ingin bantu saya menguruskan badan secara natural atau berkongsi petua-petua menarik sila emel atau komen di bawah