Cuti Iduladha December 28th, 2007
Aku rasa tahun 2007 ni lah tahun dimana aku kerap berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah lama. Terasa kerdil diri ini bila jumpa ada yang dah kahwin, dah ada anak, dah ada kerja yang gaji ribu-ribuan, sedangkan aku masih statik dibawah ketiak mak bapak, goyang kaki habiskan beras je, wei aku juga mahu seperti kalian.
semua masih available nih hehe
Aidiladha disambut sederhana saja tahun ini macam tahun-tahun lepas, maaf tiada gambar lembu disembelih disini, kerana hanya ayah aku dan Ajk surau yang terlibat dalam kerja-kerja melapah daging untuk ibadah qurban, aku? aku hanya memalaskan diri di rumah sambil menambah lemak di perut, bermain Splinter Cell dalam laptop ku, aku tak pandai melapah sebab aku hanya pandai makan, itulah budak2 zaman sekarang hehek.

orang sembelih lembu kat surau, aku kat rumah sembelih orang
Jumaat pula jumpa kawan ku Isa dan Ghaffur, kebetulan Ghaffur nak beli hadiah majlis perkahwinan kawan kelas dia esoknya, kemudian entah disampuk apa, malam itu kami bertiga main lumba Go-Kart, ni kali pertama aku memandu jentera jenis nih, walaupun niat asalnya nak main bowling je malam tu. Stereng nya berat mengikut berat badan pemandu, korang bayang la berat aku camner, takper nanti dah pandai mesti gian nih, dengan bayaran Rm10 seorang, korang boleh ajak kawan-kawan berlumba sebanyak 7 pusingan, agak sesuai untuk dijadikan pelepas tekanan kerja.

aku yang champion dari belakang
Sabtu pula aku dijemput oleh Isa menemaninya ke majlis kawan kelas dia Raihan, bertempat di Silibin, Ipoh, so dapat la kami berjumpa member2 lama time sekolah dulu, yang pelik tak ramai kawan yang dapat hadir, walaupun cuti aidiladha masih ada.
stail klasik, duduk bersila je pelamin dia
Pagi ahad, awal2 lagi aku dah bersiap, sahabat aku Ejoy menjemputku ke majlis kahwin kakaknya, manakala Apek pula ajak singgah ke rumahnya di jelapang, ini hari kedua aku berulang alik dari Sitiawan ke Ipoh, kalau ikutkan memang duit habis kat duit minyak je , tapi aku tak kisah, mungkin inilah dikatakan pengorbanan, aku sanggup berhabis sedikit wang semata-mata nak jumpa kawan lama dan sahabat, bagi aku peluang ni sukar datang untuk kali ke-2. Sebab tu bila ada kawan ajak jumpa aku sebolehnya nak datang gak, aku tak mahu rasa sesal kemudian menghantui perasaan, seperti dulu.
Apakah azam tahun baru 2008 Rjuna? nantikannya.
Baca lagi topik-topik hangat- Tanjung Malim & Kenduri berdua
- Kawan
- Resolusi 2008
- Cik..Nak Rayeeer
- Anda mahu cek Advertlets?
- Salam Idulfitri
- Bowling malam pertama


yg menulis nie available tak?
ade org nak kenal 
ada tempat kosong lagi tu. ada yang nak merisik ke? akakakakaa….
Vangardx=available, fleksible and trouble hehe, hah ada orang nak kenal, aiyoyo, jap aku pakai bedak lawa-lawa :))
abdfatah=ya ya masih 4 lagi isi borang di kaunter depan ya
jangan lupa buat majlis bersejarah ala kadar dan meriah lagi berkualiti…ekekeke
selamat tahun baru 2008!! wish best luck to u!!
abdfatah=ada saja ko ni fatah nyakat aku
razifmustapha=baru balik dari tgk bunga api di Lumut Perak, selamat tahun baru wo, semoga 2008 membawa lebihsinar buat kita semua
takper laa janjinya sihat tubuh badan dan berseri wajah tatkala berada di singgahsana pelamin idaman hati… meh kita calonkan ke anugerah diet kesihatan untuk 2008… boleh?
biasalah lambang kemakmuran… jaga kesihatan kita dengan sebaik mungkin…