Bowling malam pertama December 15th, 2007

Sebelum ni aku tak tahu pun yang kawasan aku (Sitiawan, Perak) ada tempat main bowling, yang aku tahu kawasan TLDM Lumut je ada 1 gelanggang, tu pun selepas Pernama mengalami era evolusi.
Niat untuk cuba bermain terdetik bila aku mendapat tahu melalui seorang kawan, yang di Kg Koh juga ada 1 pusat untuk bermain bowling, Sumpah aku tak tahu pun peraturan bermain macam mana, nak pegang bola tak reti, jauh sekali ingin melakukan hantaran strike untuk pertama kali ini.
Malam itu aku ajak Isa ajarkan aku cara-cara bermain bowling, setibanya disana tempatnya memang tersorok dan sunyi sedikit menyebabkan aku selama ini tak tahupun yang kat dalam taman perumahan tu ada pusat bowling. Dengan berbekalkan RM 6 seorang anda sudah boleh beraksi untuk 1 perlawanan, rm4.50=1 game dan rm1.50=sewa kasut. Oleh kerana kami berdua je malam tu, Isa ajak main 2 game, setiap pemain diwajibkan memakai stokin sendiri atas dasar keselamatan, hehe keselamatan atau elak kasut bau busuk/cekam.
Perlawanan aku dan Isa pun berlangsung, hari ini dalam sejarah, hidup aku bermain bowling buat kali pertama, yang nyata aku mula suka-kan sukan ini, ia lebih menarik kalau ajak kawan ramai2 bermain bersama, malam itu aku tewas kepada Isa atas kemahiran dan pengalaman dia bermain, aku pulak kali pertama main, 1 hari aku pula akan menewaskan dia hehe.
jom main bowling bersama Rjuna?
mari saksikan aku memperaktikkan jurus lemparan puaka yang amat digeruni oleh semua pemain bowling, ahaks.
Hikmat Lemparan Puaka
- Cuti Iduladha
- Gila Karok
- Suka Fwd Emel?
- Selamat Datang Ramadhan
- Força Portugal Euro 2008
- Raya kali ni tak best lah
- Pak Cik Kayo Rebet


aku pun tak tau main boling.kat Tg Karang mana ada pusat boling.setakat futsal tu adalah
MisterClean=best wo main bowling, futsal nak main mahal, ko main bowling pasir la mister :)) gurau je
*bowling pasir=Guli
wkaka…masuk longkang..hehe
aman=hebat n mantap kan :))
xpe cuba lagi bro…aku 29hb ni plak ada tournament snooker anjuran company aku….xtahu la goyang ke tidak…1st time masuk tournament plak tu..
main bowling best, tapi bola dia berat sikit. hehe
chot=snooker memerlukan skill yang power, aku tak pandai semua tuh.
balqis=boleh pilih bola la balqis, tapi size last 10 kot yg aku amik tuh, kira fleksible la bila pegang.
Pasni boleh la beli bola boling rjuna. Aku pun tak berapa pandai main tapi dah ada 3 bola boling ehehe.
Salah satu game yang memang seronok untuk dijadikan sukan dan hobi.
Megat=hoho ada jual ke bola boling, kalau beli pun kasut je la, nanti nak main murah sikit
huhu..Aku pun selalu longkang gak, baru 2 kali main..ahahahahaha…
longkang pun longkang laa. pengalaman itu penting. boleh buat idea untuk blog macam mana perasaan main boling lambung masyuk longkang… yang belum boling lagi bleh try jugak try dengan sepenuh hatinya…
Bat=hari tu kat ipoh kalah teruk, pelik aku bola yg selalu baling biasa ke tengah tiba2 melencong ke longkang, kena latihan intensif nih
abdfatah=bila aku selidik, cara balingan aku tu memang lencong bila baling, kena main lagi nih
Kalau nak latihan intensif kena belanja lebih kurang RM300 sebulan, main kena ada yang mengajar, pas tu tak boleh melawan. Kat lane Sitiawan tu rasanya ramai juga kaki yang main elok.
Permainan saya semakin baik mynia, yelah kawan2 ajak lawan takkan kita tak sahut ye tak, hambik ke longkang semuanya
kini semakin baik longkang pon boleh kata takder
Saya selalu gak turun kat situ. Tadi ni pun baru balik. Ada competition tadi.
Wah kira hebat cik mynia kita, tahap pro nih, siap masuk competition lagi, saya belum tahap tu lagi
Saya ni tak sampai tahap pro pun… tahap gitu-gitu je… eh tapi kat dinding di lane tu ada juga terselit gambo saya kat situ… teka le yang mana satu… ha ha.
Haha Misteri nya ko mynia, ada gambo pulak, nanti ada masa kita main sekali nak? hehe
Bila tengok video awak tu, saya macam pernah tgk awak kat sana, tak tahulah, kut org lain ke..