Memorandum Hindraf December 10th, 2007
Tahukah anda perhimpunan HINDRAF (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) pada 25 November 2007 lalu bukan sekadar isu kerakyatan sahaja, tapi di-pakej sekali dengan tuduhan melampau dengan niat menghasut mahu menghapus hak istimewa orang Melayu yakni Islam khas nya
Kalau tak silap aku rata-rata akhbar lidah kerajaan semuanya menulis tentang orang India ingin menyaman kerajaan Britain USD 1 juta seorang (tuntutan tak masuk akal) kemudian menyerahkan 1 memorandum kepada kedutaan British, apakah isi kandungan memorandum tersebut? kenapa dalam memorandum tu tiada pun menceritakan, mereka mahu USD 1 juta seorang? mari kita sama-sama baca, asalnya surat ini ditulis dalam bahasa Inggeris, tapi sudah diterjemah ke bahasa Malaysia oleh MalaysiaAktif.com
Baca lagi topik-topik hangatHINDRAF
Hindu Rights Action Force
No. 135-3-A, Jalan Toman 7,
Kemayan Square,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
Malaysia. Tel : 06-7672995/6
Fax: 06-7672997 Email waytha[at]hotmail.com15.11.2007
The Rt. Hon. Gordon Brown
Prime Minister of the United Kindom
10 Downing Street, Fax: +442079250918
London, URGENT
SW1A 2AATuan,
PERKARA:1. Rakyat Komanwel berketurunan India di Malaysia yang cintakan keamanan dizalimi oleh pengganas pelampau Islam sokongan kerajaan yang melancarkan serangan ganas bersenjata dan memusnahkan kuil Hindu di Kg. Jawa pada 4.00 pagi ini (15.11.2007). ni sejak bila Malaysia ada Pelampau Islam pulak ni, kecoh la korang.
2. Rayuan supaya UK mengemukakan resolusi tergempar mengutuk penghapusan kaum di Malaysia. hah ni nampak sangat pembohongan melampau
3. Rayuan bagi merujuk Malaysia ke Mahkamah Dunia dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah terhadap kaum minoriti berketurunan India. merayu lah kome, jap lagi ketua korang masuk ISA
Kami merujuk kepada perkara-perkara yang sangat mendesak di atas, yang pada keseluruhannya langsung tidak mendapat perhatian di dalam negara sekalipun oleh parti-parti pembangkang, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan media, kerana kaum ini dianggap tidak penting dari segi politik, tidak mendapat bantuan kewangan antarabangsa dan tidak dipedulikan oleh akhbar. Sebaliknya kerajaan Malaysia telah berjaya menonjolkan dirinya kepada dunia sebagai negara Islam berfikiran moden, yang sebenarnya tidak betul.Malaysia memang sekular, tapi agama rasmi tetap Islam, gi belajar balik undang-undang, nama je peguam, huh hampeh.
Kaum minoriti India di Malaysia telah dibawa ke Malaysia oleh British kira-kira 200 tahun lalu. Sejak kemerdekaan 1957, kaum India Malaysia telah dijajah berterusan oleh fundamentalis Islam dan kerajaan cauvinis Melayu pimpinan UMNO. wei kalau Islam jajah sekalipun ada kami paksa kaum2 lain anut agama Islam? ada tak kami halang kaum2 lain merayakan hari kebesaran? ada tak kami halang korang bina patung besar kat batu caves tu? fikirkan
Antara kekejaman yang terbaru dilakukan oleh kerajaan ini adalah seperti berikut:
1. Lebih 100 orang India telah ditetak dan dibunuh oleh kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO, dalam pembunuhan beramai di Kampung Medan. Walaupun banyak rayuan dikemukakan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia enggan mengadakan Penyiasatan Awam. Mahkamah yang dikuasai oleh UMNO telah membatalkan tuntutan seorang mangsa supaya diadakan penyiasatan, walaupun kerajaan yang dikuasai UMNO itu tidak memfailkan pembelaan. Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang dikuasai UMNO enggan menyiasat atau memulakan siasatan kematian sekurang-kurangya 6 orang India dalam tragedi itu. ok dakwaan ni aku harap Khir Toyo jawab, betulkah ada pembunuhan beramai-ramai kat Malaysia ni? atau penghapusan etnik?, mana ada wei, tokok tambah cerita haaa?
2. Purata setiap minggu seorang dibunuh polis dan setiap 2 minggu seorang mati dalam tahanan. Kira-kira 60 peratus mangsa adalah orang India walaupun jumlah mereka hanyalah 8% daripada keseluruhan warga Malaysia. wah pembohongan lagi, sedap je reka cerita
3. Dalam setiap tiga minggu sebuah kuil Hindu dirobohkan di Malaysia. Terbaru ialah perobohan kuil Mariaman di Padang Jawa, Shah Alam, Selangor pada pagi ini (15.11.2007) dan seterusnya kuil (Mutaiya) di Sungai Petani yang dijadualkan akan diroboh pada 29.11.2007. Satu serangan ganas telah dilancarkan pada 4.00 pagi ini oleh kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO dengan disertai 600 anggota polis, polis pencegah rusuhan, pelampau Islam dan pengganas bersenjata yang sama sekali memusnahkan kuil tersebut. Dalam satu serangan dua minggu lalu, polis beruniform, polis pencegah rusuhan dan para pegawai majlis bandar raya telah membaling batu dan menyerang penganut-penganut agama Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi (lihat gambar www.malaysiakini.com). Sekurang-kurangnya 20 penganut agama Hindu cedera parah dan 19 ditangkap termasuk 4 orang peguam berkelulusan dari UK dalam yang tindakan ini jelas melanggar Artikel 5 (hak nyawa) Artikel 8 (hak persamaan) Artikel 11 (kebebasan beragama), seksyen 295 (menghina rumah ibadat), Seksyen 296 (menganggu perhimpunan ibadat), 298A (menjejaskan keharmonian kaum) dan Seksyen 441 (menceroboh) Kanun Keseksaan Malaysia.Pihak-pihak berkuasa yang terlibat beranggapan mereka tidak perlu mematuhi undang-undang dan boleh berbuat sesuka hati. Kekejaman seperti itu tidak berlaku di rumah-rumah ibadat Islam. Sila layari www.policewatchmalaysia.com bagi maklumat lanjut yang lebih lengkap. ok yang pemusnahan kuil ni, aku rasa kuil tu dibina tanpa kelulusan dan secara haram, memang patut la dirobohkan, pastu dibina atas tanah kerajaan atau wakaf, lagila tak boleh,
4. Diskriminasi tajaan kerajaan terhadap orang India berlaku dalam pengambilan pelajar ke universiti awam, sekolah Tamil, institiut latihan kemahiran, perkhidmatan awam dan peluang kerja di sektor swasta, perniagaan dan pelesenan dan dalam semua aspek kehidupan. selalunya dakwaan begini datang dari orang yang malas berusaha dan suka merungut, mereka lupa siapa mereka asalnya
Walaupun beratus-ratus pucuk surat dan rayuan dihantar kepada raja dan sultan di Malaysia, Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, menteri, ketua menteri dan terbaru surat-surat kepada Perdana Menteri bertarikh 29.10.2007 dan 31.10.2007 dan kepada Peguam Negara bertarikh 1.11.2007, pihak-pihak berkuasa Malaysia terus bertindak lebih keras dan bebas tanpa mengambil kira sedikit pun Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang. no komen
KESIMPULAN
Kami khuatir masyarakat India yang cintakan keamanan telah diasak ke sudut dan kezaliman yang meningkat ini akan suatu hari nanti menjerumus ke kancah keganasan seperti apa yang terjadi kepada orang-orang Tamil Sri Lanka. polis kata janganRAYUAN
Kami yang komited kepada perjuangan seacara aman dan mematuhi undang-undang, berdoa dan merayu kepada Kerajaan United Kingdom:-1. Mengemukakan satu resolusi tergempar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mengutuk kezaliman dan kekejaman terhadap orang India di Malaysia. wah dah tahap zalim dan kejam pulak, dasar tak tau dek untung
2. Merujuk Malaysia kepada Mahkamah Dunia dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana melakukan jenayah kaum minoriti India nya. jenayah apenye, merepek la korang.
Terima Kasih
Yang Benar
P.Uthayakumar
Penasihat Undang Undang
- Negarakuku
- Bersih
- BN dilanda tsunami dan Siapa bakal MB Perak?
- Minyak Oh Minyak
- Pesta TAG Merdeka
- Kosmonaut Raya
- Babi punya Pak Lah


kalau ikut gaya uthayakumar, Tajuk dia HURUF BESAR.
Hasbullah Pit=ni terjemahan BM kena tulis lain sikit dari depa,
agaknya terjemahan dalam bahasa tamil lagi kaw kaw diorang bantai
aku menyokong Hindraf ni tak mewakili keseluruhan kehendak kaum India
ni aku nak bg pendapat sikit, sebenarnya hindraf bukan nak hapuskan islam tapi mereka xpuas hati je ngan corak pemerintahan negara ni khususnya umno, walaupun ada pihak k`jaan merobohkan kuil, tapi sedarkah kita bahawa k`jaan jgak telah merobohkan beberapa masjid org islam tanpa alasan yang munasabah… alasanya hanya mencampuri politik ke dalam masjid… aku bkanya sokong 100% tuntutan hindraf ni, tp ada sebahagianya memang realiti malaysia skrang… hindraf bukan memusuhi org melayu tp mereka memusuhi Umno.
diorg ni sebenarnya lebih mempertekankan isu agama…xtahu bersyukur betul diorg ni…
natureaquatic=yup memang Hindraf memusuhi UMNO secara terang-terangan, tapi yang meroboh masjid tu jarang pulak dengar hmm
Bersatu kita bersatu dengan tekad berganding bahu, tipu terus menipu kita tipu Melayu X(
hindari dadah! hindari hindraf!
biasanya aku slalu dengar kene roboh surau pasal surau tu markas ajaran sesat.selalu ada kat Selangor
setelah setahun BN roboh masjid
cabaran merekacipta cerita…
nasib baik bukan uthaya shanker pembaca akhbar rtm1.
inilah dia masa untuk cabaran rekaan cerita paling karut atas muka bumi… cerita yang paling kelakar yang telah digarap dengan penuh jayanya…
apa cerita lagi yang nak kena tokok tambahan dengan nasi kerabu beriani gam…?
terjemahan dalam tamil punya versi kena tengok laa dalam geli mat mat mat mat punya video terjemahan… cuba try cari lah… geli mat mat mat mat…. memang lagi kelakar…
kesimpulan…? polis kata jangan…
ingat citer monyet dengan sang lada…?
jangan monyet jangan…. jangan degil main banjir jangan degil nanti masuk ISA… jangan monyet jangan makan lada monyet…. jangan monyet….
Abdfatah=kelima-lima pemimpin Hindraf sudah di tahan ke penjara kemunting menjalani hukuman ISA 2 tahun.
Video Geli Mat tu pada asalnya aku nak sumbat ke sini, nampak cam tak sesuai je
Oh kartun monyet makan lada dulu tu, sampai berasap telinga dia
kiranya masih terselamat lagi dari hukuman kena jel bawah tanah…. duduk mencangkung dalam lobang bawah tanah…. selamat masih selamat… kena jel pun makan masih dapat lagi… free.
tengok sendiri negara lain… dengan bencana dan entah apa lagi… kita nih hanya tempias sekali sekala datang…
tetiba hadirnya terikut2 nak jugak merasai bagaimana demonstrasi berdegar2 yang boleh diperlakukan dengan ikut sedap cili api yang ada kat pasaran negara yang mendadak naik tak turun-turun itteww… asyik naik je keperluan harian….
yang itu taknak buat demonstrasi harga naik ke… demonstrasi perang harga…?
entah apa yang bakal berlaku lagi. kedengaran seperti derang sudah bawa berbincang.
deport uthayakumar to india, specifically, varanasi