Cabaran Diet Rjuna December 6th, 2007

mel at wedding
aku (merah) yang comel lagi mantap

Seperti yang di war-war kan dalam artikel sebelum ni, satu misi berani gagal akan dilancarkan, dan hari ini lah detiknya bermula, aku ingin pembaca sekalian menjadi saksi kepada misi bersejarah ini, di masa depan bila korang melihat aku berjaya menurunkan berat badan dan tidak gemuk lagi ceritalah kepada mereka kejayaan aku.

Aku tahu ramai akan mentertawakan usaha ini dan tak kurang yang menganggapnya mustahil, bahkan Mak aku sendiri ketawa bila mendengarnya. Berikut sedikit persiapan aku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Badan Orang Besar.

Rutin baru pemakanan dan kehidupan Rjuna

  • Selalunya waktu pagi, aku mengambil sarapan teh tarik kombo antara nasi lemak, kuey teow/mee/ nasi goreng, roti canai telur, untuk misi ini kita akan tukar kepada biskut dan roti bersama 1 mug besar koko panas yang dibuat sendiri di rumah.
  • Makan tengahari pula aku akan makan seperti biasa, tiada halangan atau protokol bila makan di waktu ini, sebat je apa jadah hidangan pun, pastinya lapar.
  • Makan malam selalunya makan nasi, kini aku had kan untuk tidak ambil nasi, tapi di ganti makanan seperti sarapan pagi=biskut dan roti sahaja.
  • Jogging setempat dan senaman ringan akan dilakukan di waktu pagi setiap hari selama 20 minit wajib.
  • Tiada lagi makanan segera seperti KFC, McD, Pizza Hut buatmu Rjuna, (tapi kalau takat merasa sikit tu takper kan hehe)
  • Minuman Berkarbonat pula menjadi minuman terlarang buat ku sepanjang misi ini, air masak/kosong pula akan menjadi gantinya.
  • Hidangan Ayam dan Telur terpaksa dijauhi dalam misi ini, kerana ayam dan telur seperti mana diketahui di suntik dengan hormon tumbesaran yang tidak bagus untuk badan manusia.
  • Berpuasa sunat juga akan di praktikkan dalam misi ini

Aku menetapkan misi ini selama 1 tahun, jika tiada perubahan dalam misi ini, aku dianggap gagal, dan korang dibenarkan mengejek, mengutuk atau paling jahat meludah ke muka aku ini. Inilah cabaran yang aku mahu lalui, suatu perubahan dalam diri yang perlu dilakukan ke arah yang lebih baik.

Korang dibenarkan memberi komen berunsur cabaran buat ku di bawah, aku mahu sokongan daripada korang dalam menjayakan misi ini, isyallah kalau di izin tuhan ia akan berjaya.Amin.Dengan ini aku melancarkan Misi Diet Rjuna.

Baca lagi topik-topik hangat
Posted in Personal, Tips, catatan, impian |

25 Responses to “Cabaran Diet Rjuna”

  1. Kumprinx On

    Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Nanti lemak ‘tak jatuh’.

  2. MisterClean On

    aku rasa dalam setahun ko turun 2 kg jer.tu mungkin dalam bulan puasa pastu raya naik 6 kg.aku rasa la.huhu

  3. Rjuna On

    Kumprinx=wow yeke ok aku praktik kan

    MisterClean=takper aku sahut cabaran ko Mister, kita tengok siapa menang.

  4. abdfatah On

    hmmm nak kutuk ke? nak herdik ke? baik herdik sekarang… misi mengherdik untuk kurus.

    takpe laa usaha tangga kejayaan. kegagalan tak bermakna tidak berjaya…

    biarkan gemuk itu pergi dan slim sedang2 itu datang menghampiri… haaaa slim slam ke?

  5. natureaquatic On

    emmm, badan besar pun xpe rjuna… janji hati baik, tapi buat lah misi ni ngan penuh keikhlasan insyaALLAH u can duit

  6. zizy On

    Wah, aku AFUNDI azam dan semangat ko! ..tapi aku dah plan nak blanje ko McD. hehe..

  7. Rjuna On

    abdfatah=sebenarnya kutukan dan kata2 negatif juga satu motivasi :)

    natureaquatic=dah lama sangat badan besor begitu, kena berubah la baru hidup tak boring :P

    zizy=wah kaya ko nak belanja aku McD lagi, sekali-sekala boleh ngahaha :))

  8. meera On

    bagus… bagus… cuma jgn disebabkan terlalu nak mengejar target… nanti tertekan lak… penyakit lain lak yg dtg…

    moga berjaya…. :D

  9. Mohd Ismail On

    go Arjuna go!

    aku pernah buat diet begini.. dari pinggang aku saiz 48″, kini aku boleh pakai seluar 34″.. semuanya dalam kurang dari 4 bulan…

    jaga makan beb.. minum air masak banyak2..

  10. abdfatah On

    berikan sokongan yang sepenuhnya… kpd rjuna dan jugak adik kita yang dah masuk metro kerana gemuk dan juga hari ini disiarkan sekali lagi dalam metro…

    teruskan rjuna…

    jangan lemah semangat dengan kutukan negatif dah laaa… dan saya tahu rjuna memang bersemangat untuk misi dietnya itu…

  11. Mohd Ismail On

    ermm.. artikel mentarek utk di’baca :)

    7 Weight Loss Mistakes

    enjoy!

  12. vangardx On

    jgn cakap je..menda nie perlukan semangat, pengorbanan dan motivasi.

    anda semangat? lakukan!
    pengorbanan? lupakan yg sedap2 berlemak tu!
    motivasi? hm..thn depan nak pakai baju saiz L :D

    bnyk tips kat tenet nie..search je..tinggal kau je yg nak laksanakan..good luck..jgn lupa amek gambar tau..nanti nak tgk gambar sebelum dan selepas :D

  13. Rjuna On

    Pertama sekali terima kasih dengan sokongan dan cabaran kalian, aku amat hargainya, kini aku bertambah semangat untuk mengejar impian ini,

    aku berusaha takkan sia-siakan harapan yang korang beri

    Rjuna Rjuna Rjuna BOLEH :D

  14. afham On

    cabaran yang bagus…
    one more thing…
    kena berterusan dan berkekalan bukan setahun je tapi berpanjangan..

    ko leh bro..nk tk je nie..
    :P

  15. MisterClean On

    Aku sokong ko kembangkan badan jer,kalau kurus tu mintak maap la

  16. chot On

    kurangkan makan nasi di tengah malam…selamat berjaya…glory MU!

  17. Rjuna On

    Afham=Thanx hehe, takziah Arsenal kalah 2-1 kpd Boro, 1 mata saja lagi, kejor yob kejor

    MisterClean=yerla kalau kurus kering nampak tulang je tak best la, yang sedang-sedang saja :)

    chot=memang sedang dilaksanakan, makan biskut & roti je aku

  18. saharman On

    Kalau buat bersungguh sungguh tu dalam sebulan dah nampakkan hasilnya …tak perlu tunggu setahun, tapi untuk maintain tu sakit sikit …..heee heeee…. tak payah makan nasi malam itu lah rahsianya….

  19. MisterClean On

    lebih baik ko pegi London Weight Managament,gerenti kurus punyer.ukur lilit pinggang jadi 18 inci.fuiyoooo.tentu ada awek minat ko.kihkihkih

  20. Rjuna On

    Mister=ok nanti aku bagi no akaun Maybank2u yek, hulurkan bantuan ringankan badan :P

  21. MisterClean On

    Ko ni fakir miskin ker??ala kecian nyer.Lebih baik ko makan pucuk daun jambu batu.lagi berkhasiat sebab perut ko penuh dengan cacing.huhu

  22. megat On

    aku pun dalam plan misi untuk kesihatan disamping itu walaupun badan aku tidak terlalu berat, aku ingin dapatkan berat badan ideal eheh. aku akan ubah keseluruhan cara pemakanan dan rutin harian.

    bersama-sama menjayakan misi ini… insya allah. jika ada keinginan disitu ada jalan. anggap kritikan sebagai semangat atau galakan utk menjayakan misi ini.

  23. abdfatah viewmalaysia On

    makan bijiran sarapan dugrowww… usahakannya sehingga berjaya. dengan usaha yang bersungguh2 pastinya berjaya… takleh tahun ini boleh cuba tahun depan…

  24. Rjuna On

    Megat=thanx megat jom sama2 menurunkan berat badan

    abdfatah=haha dugrow la pulok, pasti berjaya di 2008 yeah

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting