2007 December | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for December, 2007

Cuti Iduladha

Aku rasa tahun 2007 ni lah tahun dimana aku kerap berjumpa dengan kawan-kawan dari sekolah lama. Terasa kerdil diri ini bila jumpa ada yang dah kahwin, dah ada anak, dah ada kerja yang gaji ribu-ribuan, sedangkan aku masih statik dibawah ketiak mak bapak, goyang kaki habiskan beras je, wei aku juga mahu seperti kalian.

pke2 stesma
semua masih available nih hehe

Aidiladha disambut sederhana saja tahun ini macam tahun-tahun lepas, maaf tiada gambar lembu disembelih disini, kerana hanya ayah aku dan Ajk surau yang terlibat dalam kerja-kerja melapah daging untuk ibadah qurban, aku? aku hanya memalaskan diri di rumah sambil menambah lemak di perut, bermain Splinter Cell dalam laptop ku, aku tak pandai melapah sebab aku hanya pandai makan, itulah budak2 zaman sekarang hehek.

chaos theory
orang sembelih lembu kat surau, aku kat rumah sembelih orang

klik sini untuk baca lagi

Posted on 28 December '07 by Rjuna, under catatan. 7 Comments.

Bowling malam pertama

kg koh bowling centre

Sebelum ni aku tak tahu pun yang kawasan aku (Sitiawan, Perak) ada tempat main bowling, yang aku tahu kawasan TLDM Lumut je ada 1 gelanggang, tu pun selepas Pernama mengalami era evolusi.

Niat untuk cuba bermain terdetik bila aku mendapat tahu melalui seorang kawan, yang di Kg Koh juga ada 1 pusat untuk bermain bowling, Sumpah aku tak tahu pun peraturan bermain macam mana, nak pegang bola tak reti, jauh sekali ingin melakukan hantaran strike untuk pertama kali ini.

Malam itu aku ajak Isa ajarkan aku cara-cara bermain bowling, setibanya disana tempatnya memang tersorok dan sunyi sedikit menyebabkan aku selama ini tak tahupun yang kat dalam taman perumahan tu ada pusat bowling. Dengan berbekalkan RM 6 seorang anda sudah boleh beraksi untuk 1 perlawanan, rm4.50=1 game dan rm1.50=sewa kasut. Oleh kerana kami berdua je malam tu, Isa ajak main 2 game, setiap pemain diwajibkan memakai stokin sendiri atas dasar keselamatan, hehe keselamatan atau elak kasut bau busuk/cekam.

Perlawanan aku dan Isa pun berlangsung, hari ini dalam sejarah, hidup aku bermain bowling buat kali pertama, yang nyata aku mula suka-kan sukan ini, ia lebih menarik kalau ajak kawan ramai2 bermain bersama, malam itu aku tewas kepada Isa atas kemahiran dan pengalaman dia bermain, aku pulak kali pertama main, 1 hari aku pula akan menewaskan dia hehe.

jom main bowling bersama Rjuna?
mari saksikan aku memperaktikkan jurus lemparan puaka yang amat digeruni oleh semua pemain bowling, ahaks.

Posted on 15 December '07 by Rjuna, under Personal. 21 Comments.

Memorandum Hindraf

Tahukah anda perhimpunan HINDRAF (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu) pada 25 November 2007 lalu bukan sekadar isu kerakyatan sahaja, tapi di-pakej sekali dengan tuduhan melampau dengan niat menghasut mahu menghapus hak istimewa orang Melayu yakni Islam khas nya

Kalau tak silap aku rata-rata akhbar lidah kerajaan semuanya menulis tentang orang India ingin menyaman kerajaan Britain USD 1 juta seorang (tuntutan tak masuk akal) kemudian menyerahkan 1 memorandum kepada kedutaan British, apakah isi kandungan memorandum tersebut? kenapa dalam memorandum tu tiada pun menceritakan, mereka mahu USD 1 juta seorang? mari kita sama-sama baca, asalnya surat ini ditulis dalam bahasa Inggeris, tapi sudah diterjemah ke bahasa Malaysia oleh MalaysiaAktif.com

klik untuk baca memorandum tersebut

Posted on 10 December '07 by Rjuna, under kontroversi. 15 Comments.