Kawan November 26th, 2007
Aku tak punyai ramai kawan. Kebanyakkan mereka ialah kawan di kelas tngkatan 4 & 5 masa di sekolah dahulu, selebihnya kawan di blog, kawan di Friendster/Myspace, kawan YM dan kawan pena. Manakala kawan2 yang rapat dengan aku aku gelarnya sahabat
Masa tamat sekolah, aku mula meminggirkan kawan-kawan aku ini, kalau bleh taknak jumpa dah, hanya mereka yang rapat sahaja berdampingan dengan ku, dulu aku naif dan kebudak-budakan, kawan yang ingin rapat dengan ku, semuanya aku tolak mentah-mentah, ajak jumpa pun payah, apatah lagi ajak kenduri kahwin, waktu itu aku mengalami sindrom kurang kepercayaan pada diri sendiri dan moral yang jatuh merudum, maafkan aku.
Masa dan usia mengubah segalanya, diri aku menjadi dewasa, pemikiran semakin matang, jadi aku buang semua perasaan malu aku yang dulu dan ingin menjadi lelaki yang di dambakan para wanita=peh ayat!, kini kalau siapa ingin berjumpa dengan aku call/sms sahaja, aku sedia menimbangkannya asalkan korang belanja, aku no hal je wakaka
Semalam Ahad, 25 November 2007 berlangsungnya perkahwinan kawan aku bernama Irda Syuhada. Irda antara kawan perempuanku yang agak terbuka bila bab berkawan, berkenalan sejak zaman persekolahan dahulu, orangnya ramah, berperwatakan menarik dan ceria. Mungkin lepas ni susah lagi nak berjumpa dia, jadi aku abadikan kenangan bersama disini.

Selamat Pengantin Baru Shah & Irda
- Cuti Iduladha
- Diari Rjuna part 2
- Nyanyian dari penjara?
- Gila Karok
- Puasa di zaman kanak-kanak
- Raya kali ni tak best lah
- Politik 2X5


Pengantin perempuannya Irda
pengantin lelakinya boleh digelar bluez…
hasbullah pit=laki dia otai bola baling tu, bila salam tangan dia seram sejuk je huhu (dua-dua cikgu)
perghh ayat…
perrgghh tak tahan aku baca ayat ko ni bro,ehehe..aku pplak terlebih rajin slalu ngajak member gi kenduri kawen member even tak dijemput,kekekee
chot=tuh sindir ke apa tu
acai=orang jawa pantang datang kenduri tak dijemput
kecewa ke bro !!!
takpela..skurang2nya kau mula sedar akan nilai persahabatan itu..buang yg keruh ambik yg jernih..mari kita mencari kawan..tak susah pun..jumpa senyum dan tegur “siapa nama awak?” huhu..mcm ap pulak aku ni..by the way kat mana nak dapat player lagu yg kau letak kat atas tu? aku nak letak dalam blog ni
nak kongsi lirik
Afham=kecewa la gak buat kawan2 dulu macam tu, rasa nak putar masa ni balik
Vangardx=plugin & tutorial player tu gi kat http://www.1pixelout.net/code/audio-player-wordpress-plugin/
bila ko nak kawen Rjuna ooiiii!!!!!
Mister=bulan 12 tahun tak tau lagi, kih kih :))