Rumah Terbuka, N73 dan My V November 6th, 2007
berikut antara rangkuman coretan kisah-kisah peribadi aku dalam bulan oktober dan awal november lepas, harap semua yang menunggu puas hati yek, kih kih :))
N73 ME
Aku beli handphone ni sebelum raya (2007) lepas, takde masalah pon dengan henfon lama (7610), saja gatal nak tukar, aku mahu merasakan kehangatan 3G, namun tempat aku macam belum dapat lagi aura 3G ni ( Sitiawan, Perak), sound MP3 dia memang gempak la time loudspeaker, bunyi deringan dia boleh didengari walaupun tengah naik motor atau dalam suasana riuh rendah, cuma sedikit kecewa dengan kamera 3.2 MP dia, sebab aku ingat kualiti lensa dia sama dengan kamera digital biasa aku, rupanya sedikit kureng la, takpe aku boleh bawa henfon kemana-mana berbanding kamera digitalku yang berat
Beraya & Rumah Terbuka
kata orang gambar ada 1000 cerita, jadi tak perlulah ku ceritakan semua ![]()
Pagi jumaat lepas aku bersama ayah ku ke sebuah syarikat kedai kereta 2nd hand, kat situ la selalunya aku renew road tax kelisa aku, dah setahun aku tak renew cukai jalan, hebat tak?, cukai jalan apa semua dah siap, siap bayar dah, tiba-tiba dengan tak ku jangka sama sekali, ayah bertanya pada aku “eh ambil Myvi la” salesman yang ada kat situ pun apa lagi umpan tak hengat la.

Akhirnya kau milikku, syukur & gumbira tak terkata
Ayah memang dah lama bagi lampu hijau suruh tukar Myvi, aku je yang liat, yela kalau ayah aku support bayar takpe gak tapi duit aku jugak yang keluar hehe, tengok punya tengok Myvi merah EZi 1.3 tahun 2006, siap ada dual SRS airbag dan brek ABS lagi huhu, fuh pelik bau kedai pun tak abis lagi, owner lama dah jual, memang langkah kanan aku pagi tu, sembang punya sembang kira punya kira, kelisa aku trade-in, kena down payment rm5k, ansuran bulanan kereta tu rm4++, 9 tahun deal!!!
Baca lagi topik-topik hangat- Myvi SE 2008 Special sangat kah?
- FXX U
- Puasa di zaman kanak-kanak
- Setahun Jagung dan Suku Abad
- Resolusi 2008
- Raya kali ni tak best lah
- Cuti Iduladha




ih ih…
slide show dia berbunga0-bunga…
salam perkenalan juga kepada kamu, mungkin kita boleh menjalinkan hubungan siber bersama. huhuhu
kasik exchange link bro, nak kembangkan rangkaian
Razifmustapha=ok bro gua takde hal
huhu..ade myvi siot..nak tumpang bleh?
vangardx=boleh..datang la TLDM Lumut aku bawak jalan-jalan hehe
sexy gile gak myvi merah ek?
perrghhhhh, hebat gile ko bro beli kete tak terancang,hehehe…:) kagum sat aku,huhu
Acai=ko taknak tukar Honda Civic Hybrid Type R ke? lawa gila syial
[...] ni gua ada satu cerita, hari tu gua ada beli body kit baru untuk Myvi gua, peh memang mengidam lama dah, siap iklan tv lagi, itu siapa nama Shumaker [...]
oit, join la http://www.myvians.com. byk giler info pasal myvi. member aku org banting otai kat situ beb.. layanz…
to ahib0205=Kereta belum make-up apa2 la bro, malu nak join, insyallah join nanti