Archive for November, 2007
Aku tak punyai ramai kawan. Kebanyakkan mereka ialah kawan di kelas tngkatan 4 & 5 masa di sekolah dahulu, selebihnya kawan di blog, kawan di Friendster/Myspace, kawan YM dan kawan pena. Manakala kawan2 yang rapat dengan aku aku gelarnya sahabat
Masa tamat sekolah, aku mula meminggirkan kawan-kawan aku ini, kalau bleh taknak jumpa dah, hanya mereka yang rapat sahaja berdampingan dengan ku, dulu aku naif dan kebudak-budakan, kawan yang ingin rapat dengan ku, semuanya aku tolak mentah-mentah, ajak jumpa pun payah, apatah lagi ajak kenduri kahwin, waktu itu aku mengalami sindrom kurang kepercayaan pada diri sendiri dan moral yang jatuh merudum, maafkan aku.
Masa dan usia mengubah segalanya, diri aku menjadi dewasa, pemikiran semakin matang, jadi aku buang semua perasaan malu aku yang dulu dan ingin menjadi lelaki yang di dambakan para wanita=peh ayat!, kini kalau siapa ingin berjumpa dengan aku call/sms sahaja, aku sedia menimbangkannya asalkan korang belanja, aku no hal je wakaka

Semalam Ahad, 25 November 2007 berlangsungnya perkahwinan kawan aku bernama Irda Syuhada. Irda antara kawan perempuanku yang agak terbuka bila bab berkawan, berkenalan sejak zaman persekolahan dahulu, orangnya ramah, berperwatakan menarik dan ceria. Mungkin lepas ni susah lagi nak berjumpa dia, jadi aku abadikan kenangan bersama disini.

Selamat Pengantin Baru Shah & Irda
Posted on 26 November '07 by Rjuna, under Personal, catatan. 10 Comments.
Apa kejadahnya SPAM?
SPAM ialah Email atau komen yang berunsur pengiklanan yang dihantar secara rawak kepada anda secara sengaja dengan niat meraih untung atau menggodam tanpa keizinan anda. Spammer pula ialah manusia pengecut yang anunya diberi kepada anjing.
Gejala spam makin menjadi-jadi sekarang, bukan email je, malah laman blog turut diserang golongan tak bermoral ini, kalau dulu boleh la nak tipu orang, perdaya pengguna dengan skim itu ini, pengguna semakin hari semakin bijak mereka tahu mana yang benar mana yang palsu. Gmail aku mula diserang spammer versi tempatan, blog ini juga diserang spammer puaka 6-11 ekor spam tiap hari
Nasib baik ada spam karma 2 untuk blog, boleh la bergantung harap kejap. Mungkin dah sampai masa nya aku upgrade wordpress aku ni ke versi latest, ateee nulih pon maleh, usahkan blog, upgrade lagi la tumpo yob :))
Jangan biarkan spam bermaharajalela di email anda, tandakan ia sebagai SPAM dengan segera, jangan layan email atau sms ngarut dari skim internet bertopengkan CIMBclick atau perniagaan topup handphone yang kurang menguntungkan, kalau spammer tempatan, carut-carut kan isi hati anda, pupuklah sifat rasa suka mendelete email spam, delete spam ialah senaman jari.
Seperti virus juga, spam akhir-akhir ini mula menjangkiti talian selular pula, masih ada lagi orang yang tertipu dengan helah skim penipuan melalui sms, cuma kini semakin berkurangan la akibat campur tangan pihak berkuasa dan bank, cuma masih ada iklan-iklan dari telco yang menyesakkan, kepada telco jangan spam pelanggan anda kerap2 sangat nanti kami lari pakai jenama lain, baru tahu.
sekian salam dari saya Rjuna
mulakan hidup anda dengan ceria, dan musnahkan spam demi kesejahteraan internet anda :)) apa kejadah la aku ngarut ni
Posted on 20 November '07 by Rjuna, under internet, kontroversi, spam. 12 Comments.
Agak lewat juga saya mengupas isu ini, kerna dirumah jarang berkesempatan menonton siaran berita, ini pun saya ikuti melalui servis google reader. Sebenarnya lebih banyak maklumat yang kita perolehi di internet, dari siaran TV yang di momok kerajaan.

kredit foto: TranungKite Online
Pada 10 November 2007 (Sabtu) lalu berlaku satu Perhimpunan Haram Bersih telah diadakan di ibukota kuala lumpur, lebih 40,000 orang dipercayai telah berhimpun secara aman sambil berpakaian kuning (inspirasi telco DIGI barangkali), perhimpunan ini bertujuan menyerahkan 1 memorandum kepada Yang dipertuan Agung, menuntut sebuah pilihanraya yang lebih telus, bersih dan jauh dari taktik kotor kerajaan.

kredit foto=vangardx
Ya memang perhimpunan ini tiada permit polis dan ianya salah disisi undang-undang, tapi tahukah anda betapa sukarnya memperoleh permit itu dari polis yang berkiblatkan kerajaan, senang cerita kalau untuk parti pembangkang memang susah la wei
Tiada keganasan pun yang berlaku membabitkan orang ramai yang hadir pada petang tersebut, cuma mereka diusir secara paksaan oleh unit FRU, sepatutnya unit ini bertindak hanya apabila berlaku keganasan terhadap harta2 awam atau berlaku insiden pergaduhan, tapi kini sebaliknya anda tetap disembur gas pemedih mata walaupun berdemonstrasi secara aman, apakah salah bila rakyat ingin bersuara kepada kerajaan?, kata berkerja untuk rakyat?
Takutnya kerajaan sekarang pada bayang-bayang sendiri, mana dia Khairy Jamaluddin yang ingin turun menentang, mana dia Pak Lah yang pantang dicabar, mana? mana?
mari kita lihat klip video yang sungguh kelakar ini
Posted on 13 November '07 by Rjuna, under Youtube, berita, kontroversi. 13 Comments.