TM Eznet 1315 October 25th, 2007
Patutnya aku tulis artikel ni sebelum balik raya lagi, masalahnya aku baru jumpa lepas raya hehe, Ok adakah anda pengguna Streamyx mahupun dial-up 1515, anda punyai talian telefon tetap TM di rumah anda?
kini anda boleh melayari internet dengan mudah, TANPA pendaftaran, TANPA yuran tahunan, TANPA User ID dan Password, dail sahaja 1315 WOW!!
Kalau streamyx hari tu ada problem ke, buat hal ke, sedangkan anda ada urusan penting untuk melayari internet, maka Eznet adalah jawapannya, begitu juga pelanggan 1515, anda boleh tamatkan langganan 1515 anda jika merasakan Eznet 1315 lebih baik koneksi nya.

Anda cuma perlukan PC desktop ataupun Laptop yang mempunyai modem 56k (internal or external) untuk perkhidmatan ini, plugin wayar telefon ke soket modem anda dan setup connection manually untuk dial up (takkan tak reti kot)
Berapa caj dia? 4 sen/minit=sejam RM 2.40, segala caj akan di bil kepada Bil Talian TM atau Bil Multimedia anda, anda akan di caj bila guna sahaja, tak guna takkan dikenakan bayaran, tidak seperti 1515( 2 bil) hanya 1 bil dicaj kepada anda
Perlu di ingatkan bahawa servis ini berkelajuan dial-up 56 kbps sahaja, lupakan niat anda mahu muat turun apa-apa file yang besar, takat baca email, taip blog, atau berpeleseran di friendster/myspace boleh la, selamat mencuba ya
Maklumat lanjut sila klik TM EZnet 1315
Baca lagi topik-topik hangat- Kenapa Video Tersekat-sekat?
- Spam oh Spam
- Beli lagu di Gua Muzik?
- Skim Jutawan Kertas
- Iklan Raya 2007
- U Mobile 018 telco baru
- Spyware!! Aku bunuh kau


menda 1315 nih saya ada try guna jugak sikit-sikit dan hasilnya saya menghasilkan pendapatan bersih rm2000 sebelum beralih kpd streamyx dengan pendapatan rm66 sahaja. ishhh banyak jugak nak kena bayar kpd orang telekom nih kalo guna berterusan demikian rupa… wuahahahahaaa
Abdfatah=waduh berbelit ayat ko ni, guna 1315 leh dapat rm2000? 1315 ni kelajuan siput tau
Gunalah streamyx walaupun khidmat pelanggan nya sungguh menyedihkan, khidmat internet nya masih cemerlang
Ramai terpengaruh dengan Iklan Celcom Broadband kat TV, jangan percaya jika kawasan anda belum ada liputan 3G
hahaaa… telekom laa dapat rm2000 untuk 3 bulan yang lepas sebelum saya beralih kpd streamyx rm66 sebulan…
semakin bermaklumat blog ko ni bro..syabas!
Alamak, saya pun baru dapat tahu ni. Thanx bro..!
hm..sy baru tau…kalau kau kasitau awal2 dapat jgk aku online time raya aritu
tp slow giler vangardx
hehee, aku penah buat camni gak..tapi sejak pc buruk aku tu terbengkalai dah tak guna,hehe..sbb pc baru aku takde modem ar:P slalu kalau nk connect hp aku jadi modem je,hehe
chot=kipas kipas lagi hahaha kembang dah ni
soulof99=sama-sama
vangardx=aku kalau terdesak je baru pakai, kelajuan biasa je ni, tapi stabil
trojan=yup slow
Acai=ceh Acai nk show off dia punya hp 3G tu cis nasib baik tempat aku takde line 3G lagi
akak pandai baca je… bab2 ni akak lembap arrr eh bukan lembap tak tau pun sbnrnya… almaklumlah slalu guna opis nyerr je, semua sudah tersedia ada… buruk perangai kan hehehe
kat umah mak aku, tak de streamyx. so benda ni la yg aku pakai. tapi mmg lemau la. slow. cukup utk baca email di hotmail. itu pun kekadang kena refresh byk byk kali. untuk upload gambar ke flickr, ahaha, lupakan.
setuju mcm ko ckp, sesuai utk emergency.
Meera=mudah je kak, selalu pc biasa dah ada yang siap dial-up punya connection tu tinggal letak no 1315 & connect to world hehe
Beckzaidan=haha upload gambar ke Flickr pon satu, kalau gambar besar lupakan hehe, pakai emergency je
[...] Vangardx, Rjuna, Khairuz, Vovin, Khairulnizam, Azwan, CuitSikit, GloryMU, Sesape nak jawab pn boleh!! Dialu-alukan [...]
[...] Kemudian dail 1315. Untuk anda yang nak tahu cara penyambungan lebih lanjut, bolehlah melawat blog R J U N A (terima kasih Rjuna untuk info tersebut). Rjuna ada terangkan dengan lebih terperinci cara [...]
Salam Rjuna. Thank 4 d info. Saya pn ada masalah psl steamyx ni. So saya ada update ke blog saya. Then saya ada letak link ke sini untuk sesiapa yang nak tahu cara nak configure Eznet ni
How To Choose The Best Gaming Laptop…
The gaming laptop is coming of age! It is steadily increasing in popularity as performance quality goes up. Gamers now regularly consider laptops or notebooks when searching for that perfect gaming machine….
steamyx kat umah aku slow sikit ada sapa tahu cara nak kasi laju byk… kadang laju kadang slow …..naik tension aku nak tunggu loading…