Raya kali ni tak best lah
Kata Atuk Acai kalau orang tu tak rasa kegembiraan dalam Aidilfitri, maksudnya ada yang tak kena dengan puasa dia.
kata-kata itu bermain-main di benakku, seakan ianya benar. Seminggu hari raya sudah berlalu, namun aku tak dapat merasakan nikmatnya, selalunya bila mendengar takbir raya hari pertama kat surau atau di tv aku boleh menjadi sebak hingga menitiskan air mata, tapi kali ini sebaliknya, tak rasa apa-apa, kosong, adakah ini Aidilfitri dan Ramadhan ku yang terakhir?
(
Seperti kelazimannya aku dan keluarga akan pulang bersama bila hari raya aidilfitri menjelma, datuk dan nenek masih ada,jadi balik kampung menjadi 1 kemestian, kali ini aku sudah mula muak berhari raya di kampung, kelaziman sememangnya boleh membuat aku bosan, aku perlukan suasana yang lebih segar dari tahun-tahun sebelumnya.
Hari raya pertama
Baju yang aku tempah seakan sempit, mulanya aku sedar bila test kat rumah, tapi aku biar je, bila test pagi raya, aku mula jengkel dengan tukang jahit cina yang mengambil ukuran badanku dahulu, nama kedai itu akan ku blacklist hingga kiamat, hampeh, kainnya adalah hadiah hari jadi dari ibuku, pink? hoho aku tak kisah, tapi tak selesa pula baju melayu itu bila sempit, simpan saja rasa sebal dalam hati.
Mana mercun? mana mercun? arrrr, nak je aku join sepupu aku yang masih belum mumaiyiz itu bermain bunga api merah di laman rumah, walaupun dah besar macam bapak orang aku juga mahu jadi budak-budak kembali, aku mahu mercun roket, ah pakcik-pakcik ku kenapa tak beli stok mercun wei, adik-adik aku dan pakcik mereka lebih rela main game kat henset dari main mercun, aduh gila apa raya aku kali ni, korang boleh rileks main henset di malam raya
Hari raya ke dua
Biasanya hari raya ke-2 kampung nenek aku buat Marhabban dari rumah ke rumah, al-kisah maka tersebutlah kisah, sang debab tertidur hingga matahari naik.., apa jadah aku boleh tertidur hingga takder orang kejut aku, dah tertinggal acara tradisi aku masa raya ni, apa salah aku wahai syeitan, mengapa kau bersemayam di atas mataku, setahun sekali tu, kan dah terlepas
Hari raya ke tiga
Hari raya ke tiga ialah hari makan2 sedunia, makan kuih, makan ketupat goreng, bedal air gas, makan segala koleksi kuih raya atuk aku, masa kecil2 dulu raya ketiga ialah hari melawat dan berkenalan dengan saudara mara terdekat, tapi budaya itu makin terhakis dan pupus, aku dan adik di biar terkangkang di rumah atuk, buat la aktiviti riadah sendiri, nak tengok tv, nak tengok klip dewasa kat henfon, biarkan kami terjun dengan henfon-henfon nya, nasib baik ada stesen TV ‘budiman’, hari raya lepak depan tv je aku, sambil mengunyah
Raya ke empat
Raya ke empat menjadi penentu kepada siapa yang nak menjaga datuk ku yang sedang uzur, sudah la uzur cerewet pun sama naik juga, aku mintak maaf kepada keluarga besar ku yang membaca luahan hati aku ini, andai terguris hati anggap lah aku menegur kalian(keluarga besar belah bapak), Kali ini entah tahun ke-berapa keluarga aku terpaksa menjaga datuk ku yang sorang ini, ahli keluarga lain seakan lepas tangan, tiada yang tampil mengambil giliran dan membiar pada orang yang sanggup, kalian memang bacul, anak jenis apa kalian semua, Dengan penuh sabar dan tak sampai hati, ayah dengan rela memikul kembali tugas berat ini, semoga Allah buka pintu rezeki buat keluarga aku, bila mak ayah aku tua nanti, kami adik beradik takkan mengabaikan tugas menjaga mereka pula, (sila pasang mp3 Lagu Ayah & Ibu nyanyian sudirman untuk lebih mood)
Raya ke 5 hingga 7
lepak kat rumah sambil rehat kaw kaw punya (makan-tidur-internet)
Raya Ke 8
Sahabat aku Apek, Toy dan Isa datang berkunjung ke rumah ku, maaf tiada gambar sesuai untuk raya ke lapan ini, aku masih agak kekok dengan kamera N73 (wah henfon baru), saat berjumpa kawan-kawan lama seakan pengubat hari raya ku yang pudar tahun ini, berbual dan mendengar celoteh mereka seakan tak cukup 1 hari, kemudian kami ke rumah Isa pula, melihat jauhnya rumah dia dengan sekolah tempat dia mengajar, menjadikan aku bersyukur dan insaf, rupanya ada orang lagi susah dari aku


13 Comments to “Raya kali ni tak best lah”