Spyware!! Aku bunuh kau October 5th, 2007

Spyware ialah perisian jahat yang masuk ke dalam PC secara lambak tanpa keizinan pemilik komputer, lazimnya ia hadir bersama Trojan, Malware, Adware dan Hijacker dengan niat merampas akses komputer anda sekaligus mencuri maklumat peribadi, emel dan akaun kad kredit anda

Malam semalam waktu aku ingin berpeleseran di internet, laptop aku bagai diserang sesuatu yang tak diketahui puncanya, lantas aku mula menghidupkan siren kecemasan, Ad-Aware, CCleaner, AVG Antivirus, Spybot Search & Destroy, Firewall Windows semua dipanggil memberi laporan kepada kapten Rjuna, sebagai keselamatan memang aku dah lama pasang Firewall bagi mengelakkan serangan dahsyat

Aku mulakan dengan CCleaner (membuang iklan2 jahat dan cache) dan kemudian aku scan laptop dengan AVG, oh haram sungguh Trojan2 bangang sudah berjaya menyusup masuk “heal..heal..heal” kata aku, lebih 5 ekor trojan yang masuk telah dimusnahkan, hati aku sedikit lega, bagus AVG tak sia2 aku bela selama ini walaupun kau percuma, ini bukan kali pertama aku bunuh Trojan, kepakaran dan pengalaman sebelum ini mengajar aku memusnahkan mereka

Masalah belum selesai bila aku lihat ada Popup, Window Security Alert, setiap lima minit dia muncul ke monitor, jahanam betul. Kalau newbie yang belum tahu helah spyware memang akan tekan YES, aku tahu ni perangkap WinAntivirus so aku tekan NO, kalau tekan Yes, dia akan tukar browser IE anda ke laman web Win Antivirus pastu dia paksa ko muat turun dan beli antivirus diorang, memang puaka, sebenarnya windows tak pernah mengeluarkan produk antivirus

windowsecurityalert

Kemudian untuk buang popup window security alert tu, aku run pulak Ad-Aware, dia dapat kesan tapi tak dapat buang, ah sudah.. gampang punya spyware, kejap2 dia keluar Popup tu, so aku teringat Khai pernah review satu software buang spyware kat blog dia, SUPERAntiSpyware, aku install dan scan lihat la apa yang anti-spyware tu jumpa wohoho aku menternak Spyware selama ini, sisa2 trojan pun ada lagi, Malware tu la sial sampai 95 tu haram tol

superantispyware

Kalau ikutkan memang Format adalah kaedah paling ampuh menumpaskan mereka, tapi larat kah anda kerap2 je nak format, apa kata saya bagi sedikit tips mengawal kehadiran mereka

  • Aktifkan Firewall Windows anda di bahagian security center
  • Update Anti Virus anda selalu, dengan AVG ia diupdate+scan setiap hari
  • Pasang Perisian menghalang Adware(iklan2 jahat) seperti Ad-Aware atau SUPERAntiSpyware ini
  • Bila serangan berlaku, matikan internet anda dan scan la antivirus dan anti spyware
  • Jangan lawat website lucah
  • Jangan Guna browser Internet Explorer (optional)
Baca lagi topik-topik hangat
Posted in Tips |

5 Responses to “Spyware!! Aku bunuh kau”

  1. acai On

    Aku dari dulu guna dua antivirus je..AVG ngan avast,hihi..dua dua free dan power,hihi..pastu aku guna window defender nak sekat yg lain2..:) stkt ni selamat lagila, sbb depan pc aku ada firewall ofis berpuluh ribu regenya,muahhaa…

  2. Rjuna On

    Acai=Avast takleh harap sangat, dulu aku try scan dia boleh, nak musnahkan takleh

    fuh kalau firewall ribu2 senang la hidup ko acai tak payah anti virus pun takper

  3. abdfatah On

    memang jahat betul. memang penyangak sungguh… musnahkan mereka tanpa belas ehsan…

  4. Rjuna On

    abdfatah=Tiada ehsan buat virus-virus puaka, pembalasan on the spot

  5. hafreze On

    cerita yang sangat best..aku pakai zone alarm pro..kompom tk leh idup mangkuk2 spyware nie..brontok dan segala bende2..yeah..men’s rules

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting