Puasa dulu baru Raya | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Puasa dulu baru Raya

Terima Kasih Abdfatah kerana meletakkan saya ke senarai tokoh-tokoh terkenal untuk sesi temubual sempena Ramadhan-Syawal 1428H ok mari kita ikuti sesi terjah oleh wartawan bertugas Nas Fatah

ketupat

Nas Fatah=Assalamualaikum Tan Sri Rjuna, Terima kasih kerana sudi ditemubual, saya betul-betul berbangga kerana dapat menemubual tokoh ‘blogger jarang update’ yang begitu sukar mengupdate blog nya di waktu puncak

Rjuna=Ya sama-sama, saya juga begitu terharu kerana anda menyenaraikan saya dalam tokoh2 yang anda segani

Nas Fatah=Khabarnya baru-baru ini tuan menang tempat ke-3 Pertandingan Gambar Telur Goreng anjuran Sebol ya?

Rjuna=Yup saya mengucapkan Terima Kasih buat Saudara Sebol kerana memberi peluang kepada saya memenanginya, ia pertandingan pertama yang saya sertainya dan menang, saya cukup teruja dan terharu.

Nas Fatah=ok cukup-cukup lah mukadimah tu tan sri, ok saya nak bertanya bila agaknya Tan sri berpuasa penuh?

Rjuna=saya berpuasa penuh kira2 umur saya 12 hingga 13 tahun, itu tahun yang saya mula2 baligh, sebelum-sebelum tu puasa gak tapi puasa yang yang yok, tengahari minum air sejuk hehe :P

Nas Fatah=Pernahkah tuan ponteng puasa? dan apakah alasannya

Rjuna=Pernah la di kampung, suasana tengaharinya memang menduga tahap ke-dahaga-an, hinggakan saya terpaksa merengek pada Mak saya nak buka puasa, Mak tak kasi tapi Atok kasi yeaa, pastu start la mak saya membebel

Nas Fatah= Tuan pernah main bunga api atau mercun?

Rjuna= Apa punya soalan daa, mestilah pernah, bukan takat mercun, Meriam pun pernah, kegemaran saya ialah bunga api 3 warna, meriam tangan, dan thunder clap

Nas Fatah=Apakah juadah kegemaran Tan Sri ketika berbuka

Rjuna=Roti Jala, Mee Goreng Basah, Air Tebu, peh 3 juadah ni memang faveret saya

Nas Fatah=Selalu lagu raya mana yang Tan sri suka?

Rjuna=Lagu Aman Shah – Kepulangan Yang Dinanti, kadang2 boleh nangis kalau layan sangat.

Nas Fatah=Tahun ni beraya ke mana tan sri?

Rjuna=Seperti biasa saya akan berhari raya di Muar, area Bukit Naning dan Parit Sulong, sebab ikut keluarga beraya di sana, masih ada atok dan nenek, selalunya Raya ke-4 baru saya kembali ke Sitiawan, Perak, jemputla ke rumah, hari-hari rumah terbuka, bawa sekali duit raya untuk saya ya.

Nas Fatah=Pernah ke bertugas/berkerja di hari raya?

Rjuna=Tak, Tak pernah, Alhamdulillah buat masa ni belum lagi la, sebab saya berkerja dengan bisnes keluarga sendiri, lagipun saya ialah boss kecik, jadi bila2 masa saya boleh ambil cuti, jadi boss best wo

Nas Fatah=Ada kenangan manis tak di hari raya?

Rjuna= Semua hari raya ialah kenangan manis bagi saya, ada Marhaban, ada Rumah Terbuka, ada bingit roket2 thunder clap, paling syahdu takbir di pagi raya tuh peh menusuk ke jiwa siot, pernah la kampung saya tu Banjir masa hari raya pertama, air paras lutut, namun semua orang tetap ke surau melaungkan takbir bersama, indahnya raya di desa.

Nas Fatah=Ok Tan Sri, kita dah pun sampai ke penghujung rancangan, ada apa2 pesanan buat pembaca blog?

Rjuna=Ok saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog ini, maaf lah kiranya blog ini biadap, celupar dan menabur fitnah kepada mereka yang terasa, ok Nas Fatah saya mempelawa anda untuk menemubual tokoh2 kenalan saya, mereka yang bertuah ialah

Chot | Darkz05 | Balqis | Musnaz | Megat | Vangardx | Ah Kim |

Posted on 3 October '07 by Rjuna, under Tag.

Baca lagi topik-topik hangat

12 Comments to “Puasa dulu baru Raya”

#1 Posted by vangardxNo Gravatar (03.10.07 at 08:58 )

nak temubual mcmana tu?

#2 Posted by abdfatahNo Gravatar (03.10.07 at 09:29 )

ahahaa… nih mesti meriam buluh dh expert dah agaknya… kita saksikan meriam buluh dalam episod 360 darjah di tv3…

jangan lupa menontonnya…

#3 Posted by musnazNo Gravatar (03.10.07 at 09:30 )

ish, ni gaya macam tag jek… tag ke nih? ho ho :D

kalau ianya tag, saya dah buat dah, tapi takde la sampai ber’tan sri-tan sri’ ho ho… :-P

#4 Posted by RjunaNo Gravatar (03.10.07 at 10:50 )

vangardx=jawab je macam jawab tag hehe, aku olah dia jadi lain sikit agar nampak segar

abdfatah=buluh tak pernah, tapi meriam tin milo pernah

Musnaz=kalau dah buat takper musnaz, haha aku gunakan kreativiti aku je olah tag ni jadi lain sikit

#5 Posted by kaSyahNo Gravatar (03.10.07 at 16:43 )

hehe…seronok aku baca jawapan ko..

takkan thunderclap je..hehe

#6 Posted by RjunaNo Gravatar (03.10.07 at 16:58 )

kasyah=Thunder clap sangat pop+ular, hari raya tak sah kalau tak dengar aura roket itu

#7 Posted by meeraNo Gravatar (04.10.07 at 15:15 )

rjuna sori akak dah delete n3 akak pasal wrestling mesia tu, so komen ko pun terdelete sekali….

best woooo main meriam buluh… dulu masa kekecik akak selalu main :D

#8 Posted by acaiNo Gravatar (05.10.07 at 02:46 )

ahahahaa, skill giler ko jawab camtu bro,muahahaha…:)

#9 Posted by chotNo Gravatar (05.10.07 at 10:07 )

amboi siap ada wawancara lagi..

#10 Posted by RjunaNo Gravatar (05.10.07 at 12:04 )

meera=takpe kak saya faham

acai=kita buat lain sikit dari yang normal

chot=itulah kreativiti

#11 Posted by tag, prepaid online, rehat minda (05.04.08 at 12:13 )

[...] syafrizal 2. rjuna 3. bentdaniel 4. cikguazleen 5. ahmadridzuan 6. wanwma 7. jimieray 8. [...]

#12 Posted by abdfatah viewmalaysiaNo Gravatar (05.04.08 at 12:24 )

nak jawab ke tag… dengan style wawancara tu lagi… seronok laa wawancara tu..