2007 October | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for October, 2007

TM Eznet 1315

Patutnya aku tulis artikel ni sebelum balik raya lagi, masalahnya aku baru jumpa lepas raya hehe, Ok adakah anda pengguna Streamyx mahupun dial-up 1515, anda punyai talian telefon tetap TM di rumah anda?

kini anda boleh melayari internet dengan mudah, TANPA pendaftaran, TANPA yuran tahunan, TANPA User ID dan Password, dail sahaja 1315 WOW!!

Kalau streamyx hari tu ada problem ke, buat hal ke, sedangkan anda ada urusan penting untuk melayari internet, maka Eznet adalah jawapannya, begitu juga pelanggan 1515, anda boleh tamatkan langganan 1515 anda jika merasakan Eznet 1315 lebih baik koneksi nya.

dial up eznet

Anda cuma perlukan PC desktop ataupun Laptop yang mempunyai modem 56k (internal or external) untuk perkhidmatan ini, plugin wayar telefon ke soket modem anda dan setup connection manually untuk dial up (takkan tak reti kot) :P

Berapa caj dia? 4 sen/minit=sejam RM 2.40, segala caj akan di bil kepada Bil Talian TM atau Bil Multimedia anda, anda akan di caj bila guna sahaja, tak guna takkan dikenakan bayaran, tidak seperti 1515( 2 bil) hanya 1 bil dicaj kepada anda

Perlu di ingatkan bahawa servis ini berkelajuan dial-up 56 kbps sahaja, lupakan niat anda mahu muat turun apa-apa file yang besar, takat baca email, taip blog, atau berpeleseran di friendster/myspace boleh la, selamat mencuba ya :)

Maklumat lanjut sila klik TM EZnet 1315

Posted on 25 October '07 by Rjuna, under Tips, internet. 17 Comments.

Raya kali ni tak best lah

Kata Atuk Acai kalau orang tu tak rasa kegembiraan dalam Aidilfitri, maksudnya ada yang tak kena dengan puasa dia.

kata-kata itu bermain-main di benakku, seakan ianya benar. Seminggu hari raya sudah berlalu, namun aku tak dapat merasakan nikmatnya, selalunya bila mendengar takbir raya hari pertama kat surau atau di tv aku boleh menjadi sebak hingga menitiskan air mata, tapi kali ini sebaliknya, tak rasa apa-apa, kosong, adakah ini Aidilfitri dan Ramadhan ku yang terakhir? :((

Seperti kelazimannya aku dan keluarga akan pulang bersama bila hari raya aidilfitri menjelma, datuk dan nenek masih ada,jadi balik kampung menjadi 1 kemestian, kali ini aku sudah mula muak berhari raya di kampung, kelaziman sememangnya boleh membuat aku bosan, aku perlukan suasana yang lebih segar dari tahun-tahun sebelumnya.

Hari raya pertama

Bahrin Family 2007

Baju yang aku tempah seakan sempit, mulanya aku sedar bila test kat rumah, tapi aku biar je, bila test pagi raya, aku mula jengkel dengan tukang jahit cina yang mengambil ukuran badanku dahulu, nama kedai itu akan ku blacklist hingga kiamat, hampeh, kainnya adalah hadiah hari jadi dari ibuku, pink? hoho aku tak kisah, tapi tak selesa pula baju melayu itu bila sempit, simpan saja rasa sebal dalam hati. baca lagi kisah raya Rjuna 2007

Posted on 23 October '07 by Rjuna, under Personal. 13 Comments.

Kosmonaut Raya

angkasawan

Pada 10 Oktober saya akan pulang beraya ke ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa) kemudian 11/12 Oktober bertolak ke Muar, Johor (aik? hahaha), jadi saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog ini, suku-sakat dan kroni-kroni, minta halal makan & minum saya dan maafkan lah segala salah silap saya, semoga ibadah puasa kita pada tahun ini, diterima oleh Allah SWT

Soyuz TMA-11

10 Oktober bakal menjadi sejarah buat Malaysia, apabila seorang angkasawan malaysia antara Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan Kapten Dr Faiz Khaleed bakal menerokai angkasa lepas buat julung-julung kalinya, segala persiapan sudah berada di peringkat akhir, tunggu sajalah di depan kaca TV anda, Berbanggalah menjadi Rakyat Malaysia, Malaysia Boleh!!!

p/s=Pakaian kosmonaut Rjuna ditaja oleh frame Photorite SP, dan gambar Soyuz TMA-11 oleh akhbar Utusan Online, harap maklum

Posted on 9 October '07 by Rjuna, under ucapan. 14 Comments.