Bangsat September 21st, 2007

Nurin Jazlin Jazimin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.
Mulanya aku tak ambil port sangat berita mayat didalam beg dalam satu tabloid minggu ini, Ibu bapa Nurin juga telah dipanggil mengecam mangsa, dan mereka sahkan bukan anak mereka. Ok aku serahkan hal tu pada polis, malas aku fikirkan panjang
Tapi hari ni kebanyakan berita yang aku baca pihak polis mengesahkan yang DNA mangsa sama dengan Ibu Bapa Nurin Jazlin, baca punya baca Mak Bapak dia kata bukan anak dia, baca lagi penderaan seks yang ekstrim arggh bangsat mana pulak yang kemaruk budak 8 Tahun ni,
jahanam lah kamu wahai binatang jalang yang bacul, sudah kau puaskan nafsumu, kau letak dalam beg dan buang bagai sampah, kau takkan selamat, kau pasti menerima azab pembalasan, Ya tuhan beri lah balasan yang setimpal ke atas siapa yang menganiaya kanak kanak ini, kerna sesungguhnya doa orang orang teraniaya cepat termakbul amin
Baca lagi:
Ujian DNA Sah Nurin
Bapa: Mayat itu bukan Nurin
Gila Telur Goreng September 20th, 2007
sebol dah tak berapa betul, dia nak hadiahkan RM 50 kepada sesiapa yang tangkap gambar telur goreng di Pasar Ramadhan


Tak susah pon mencari telur goreng di pasar ramadhan, lihat aku tangkap 2 gambar telur goreng, ok aku pasti ada orang akan mempersoalkan kenapa ada nasi? yang aku tangkap ialah gambar nasi goreng kampung, dah tentu ada telur goreng kan,
Peraduan yang dianjurkan sebol tidak mensyaratkan (mesti tiada nasi), jadi yang penting ia gambar telur goreng dan dijual di pasar ramadhan, saya serahkan pada budi bicara sebol sebagai juri dan penganjur.
Agak mencabar jugak nak tangkap gambar diatas, aku terpaksa pura-pura membelek-belek handphone kamera ku di depan gerai untuk kandid 2 gambar diatas, sori ya makcik2 gerai kerana aku tak membeli hehe
Peraduan masih belum tamat, jadi kalau ada lagi nanti aku masukkan lagi, mari terjah bazaar ramadhan mencari telur goreng, taknak duit raya ke wei? ![]()
Puasa di zaman kanak-kanak September 17th, 2007
Disaat buntu ingin menulis tentang apa, apa kata aku bercerita tentang kisah puasa di zaman kanak-kanak aku. Kisah ini tak pernah ku ceritakan sebelum ini (mari membuka pekung didada hehe)
Tahukah anda aku hanya puasa penuh saat aku berusia 12 tahun (darjah 6) tahun 90-an, waktu kecil aku nakal juga, padahal usia 7 tahun ibu-bapaku sudah mendidik aku dan adik beradik berpuasa.Siapa puasa penuh ayah akan bagi rm1 untuk 1 hari puasa, bermakna raya nanti kami dapat rm30 la, ia galakkan paling berkesan waktu itu
Apa rahsia yang aku lakukan agar dapat bertahan puasa dalam 30 hari itu? Puasa puasa gak tapi aku pura-pura je time tu hehe, kata orang puasa yang yang yok, tengahari bukak periuk.Selalunya Mak akan tinggalkan sedikit baki lebihan lauk masa sahur dalam tudung saji, Mak dan Ayah aku kerja, jadi bedal la cubit sikit ayam goreng, minum air sejuk kat freezer, minum air paip jangan ceritalah, alah korang pon pernah buat jangan tak ngaku ye hehe, balik kerja je ayah aku macam dapat hidu perbuatan jahat aku, ayah tanya tapi aku tak ngaku wahkaka dosa tu tipu dibulan puasa :))
Sejak darjah enam dan meningkat ke tingkatan 1 aku mendapat hidayah, tak guna kita tipu diri kita sendiri, tuhan nampak apa kita buat, aku mencari dan aku temui nikmat berpuasa penuh itu, ia bagaikan satu kejaayaan besar bila hari raya menjelma, sejak hari itu aku mantain takkan curi-curi bukak puasa, selagi masih gagah diri ini melaluinya.
Puasa di kampung memang dugaan betul, hinggakan aku tak boleh menipu nak buka minum air kat rumah atok, apa lagi merengek la aku sampai menangis nak buka, Mak aku tak kasi, tapi atok aku kasi hehe, panas siot rumah atok aku, duduk tak kena, baring tak kena, dahaga jangan cakap la, nak je aku berkubang kat parit, mak aku tak kasi pulak.
Malam-malam puasa memang meriah waktu tu, mercun belum jadi haram lagi, berdentam-dentum la surau dan masjid, beroket-roket la perang thunder clap, pernah gak aku satu flet perang-perang guna pistol yang boleh diisi peluru plastik, ayah aku siap jadi tokan(pembekal/penjual) lagi kat rumah.Malam tujuh likur, hampir semua rumah pasang pelita, dulu siap ada pertandingan rumah tercantik lagi, sekarang macam dah pupus je, jual bunga api pun macam tak laku je aku tengok, yang jual pon bunga api biasa, bunga api 3 kaler, mercun pop-simen, mercun2 kategori dewasa takder.
Aku tak pasti la benda ni betul ke tak, zaman-zaman era 90-an dulu mana ada bazaar ramadhan kan? kalau dulu jiran2 pakat2 tukar kuih atau juadah je, sekarang lain orang berebut-rebut berniaga, cari duit lebih, ramai yang beli pulak dari masak kat umah, walaupun hari minggu.
Rindu kan? bila kenang kenangan lama, zaman kecil2 dahulu, boleh ketawa kalau mak ayah aku ungkit kisah2 aku curi makan puasa dahulu, zaman sudah berubah, dan aku takder masalah untuk melaluinya, sekarang pun masih enjoy apa, selamat berpuasa
korang pulak zaman kanak-kanak dulu puasa macam mana :-/