Dakyah Ekor September 30th, 2007

Jika anda kelihatan pakcik berkopiah membeli nombor ekor atau keputusannya, jangan lah pula berasa hairan, itu situasi biasa bagi orang yang malas berusaha dan ingin cepat kaya,

Sesungguhnya haram sesebuah pendapatan yang hasilnya dari menenung nasib bagi orang Islam, wang itu pasti cepat habis atau mendatangkan kecelakaan pada si penggunanya, percayalah anda tidak kaya pun, lebih teruk kalau anda bagi isteri dan anak-anak makan melalui wang itu.

Tapi bagaimana pula untuk tujuan kecemasan, seperti menyelamatkan nyawa seseorang, atau memulihkan bisnes melalui wang nombor ekor? hukumnya tetap sama haram, menolong orang mungkin boleh, tapi tiada ganjaran pahala bagi duit yang didermakan

Saya tak tahu samada anda pernah menerima risalah ini atau tidak, ia memperalatkan orang Islam agar mendapat pertolongan yang bukan dari jalan Allah SWT, minta dijauhi, risalah ini dipercayai dihantar ke rumah-rumah termasuklah rumah saya, Nama tidak ada, alamat entah betul entah tidak, no handphone ada, nampak sangat nak menipu wang anda, hati-hati ya jangan terpedaya.

dakyahekordakyahekor2
sila klik untuk besar

Baca lagi topik-topik hangat
Posted in kontroversi |

12 Responses to “Dakyah Ekor”

  1. chot On

    mcm2 hal la nak jadi kaya…kita digalakkan berusaha…

  2. vangardx On

    dari 1000 tu adala sorang menang saguhati..semua tu matematik je..yg kena tipu org kita jgk

  3. Rjuna On

    Yup, kalau betul la nombor ekor tu leh confirm menang, sure la tok guru/bomoh siam tu yang kaya dulu, ini tak.. leh buat bisnes plak

  4. meera On

    bahaya woooo makan hasil haram ni… nnt jd darah daging… apatah lagi kalo digunakan utk bagi anak bini makan ngan duit haram tu… makanya jadilah cam anak2 zaman sekarang… dah tak terbendung salah-laku mereka…. nauzubillah

  5. Rjuna On

    Betul tu kak, kadang2 Mak Bapak baik ajar anak sekolah agama, last2 anak bila besar derhaka tak dengar kata

    so kalau jadi macam ni, maybe sebab duit tu, bagaimana kita mendapatkannya, cara halal atau haram

  6. palie On

    yupp… pastikan duit yg slalu kite dpt tu halal…

  7. musnazdotnet On

    yup, matlamat tak akan sekali-kali menghalalakan cara, yeah! :D

  8. acai On

    alamat bangangla sesapa yg percaya benda yg dah terang2 tipu tu,hihii

  9. soulof99 On

    Astaghfirullah… masih berjalan lagi rupanya risalah ini. Benda ni lama dah. Saya pun pernah dapat beberapa tahun lepas. Tapi lain skitlah…

  10. Rjuna On

    soulof99=tu lah bro, tak habis2 orang islam nak ditipu nya, aku spam dia punya no henfon baru tau

  11. Hasbullah Pit On

    aku pernah dpt ni dulu
    tahun lepas kot.

    tak tau lak tiba2 benda ni ada balik

  12. Rjuna On

    Habullah Pit=biasa la bro penipu nak menipu orang yang malas berusaha

Leave a Reply



Malaysia Web Hosting