kemaskini vol.1
Siapa kata tulis kat blog mudah? sumbat lirik , mp3, porno mudah la, idea yang melintas tak dapat di luahkan dengan bait2 ayat, fikiran buntu, aku cemburu pada blog yang boleh update hari-hari dan juga blogger2 yang punya karisma tulisan menarik, aku tak sempurna.
kebelakangan ni aku menghabiskan waktu selepas sahur dan tengahari menonton drama di Youtube, drama KAMI dan Gol & Gincu The Series, dua drama ni sangat menarik dan penuh kejujuran dalam penceritaannya, saya syorkan anda menonton nya kalau dah menyampah kat drama2 melayu tipikal, oh ya saya juga baru mengikuti siri Prison Break season 3 tapi download punya, menarik jugak dramanya, macam filem pulak, memang gila drama bulan ini.
sejak beli meja baru kat bilik aku ni, aku dah jarang tengok tv, layan internet je kerjanya, ayah aku dah syak aku ni internet addict, kat opis internet kat umah main internet apa kes, ingat lepas ni nak beli kerusi empuk sikit, kerusi plastik yang aku beli patah kakinya hari pertama aku pakai, hampeh, sekarang pakai kerusi meja makan huhu
hati-hati bila berbual melalui YM, anda secara tak sedar mungkin menyakiti hati orang lain, ia berlaku terhadap 2 orang sahabat saya, aku harap ketegangan ini tak lah berpanjangan, aku sedih wei korang gaduh-gaduh, aku tersepit di tengah bagai pengadil, ya Allah satukan kembali hati mereka amin
Ya telur goreng dalam bekas sudah dijumpai, sila ke entri Gila Telur Goreng sebelum ini, korang yang belum join peraduan tu cepat la join di blog Sebol, vangardx pun dah join dengan Hikayat Telur Goreng Terlampau nya, gila telur lah dia
Kalau lah peraduan yang di anjurkan oleh Allah SWT dalam bulan Ramadhan boleh dilihat melalui poster, mungkin begini bentuknya, kreatif kan (Kredit to Isa)



14 Comments to “kemaskini vol.1”