Selangor tetap Tarawih 20 Rakaat | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Selangor tetap Tarawih 20 Rakaat

Testing plugin audio player, Yezza BERJAYA!!
[audio:munajat.mp3]
Tutorial Audio Player Plugin for wordpress

petikan Berita Harian oleh Wan Jailani Razak 3 Ogos 2007

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islam tidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama ada tazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.

“Kita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudah dikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam baca ayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak beri manfaat kepada kita.

“Kita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan,” katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dan surau seluruh negeri di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau dan masjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahman di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.

Macam ada sesuatu yang tak kena dengan pengumuman diatas, takper la saya bersangka baik, Setahu saya la solat Tarawih 8 Rakaat ada tazkirah dan 3 Witir adalah tarawih yang dimulakan oleh Rasulullah SAW dan yang 20 rakaat dimulakan para sahabat nabi, betulkan kalau saya silap.

Nabi Muhammad SAW juga diceritakan tidak pergi tarawih tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu orang Islam menganggapnya 1 kewajiban, namun solat tarawih dikategorikan sebagai amalan sunat yang dituntut yang besar pahalanya di bulan ramadhan, Rasulullah menggalakkan umat Islam mengejar lailatulqadar di 10 malam terakhir.

Bagi saya tazkirah dalam tarawih 8 rakaat adalah proses ingat mengingati antara sesama Islam dan tazkirahnya bukanlah sampai setengah jam pon, paling-paling 10-20 minit je, dan belum pernah lagi saya mendengar Tazkirah berbau politik di tempat saya, solat tarawih 8 rakaat juga membuat saya bersemangat untuk menunaikan tarawih tiap2 malam

Selalunya kalau buat 20 rakaat, ramai jemaah akan pulang saat rakaat ke 8 atau ke 10 dan ia bagaikan tradisi, Seminggu dua orang akan ramai ke Masjid dan surau, masuk pertengahan ramadhan jemaah akan berkurangan, di 10 malam terakhir juga semakin kurang, kalau 8 rakaat yang ada tazkirah pun macam tu, yang 20 rakaat lagi la jemaah kurang, ini pemerhatian saya sendiri.

Jadi buat apa la ditetapkan mesti 20 rakaat, macam 1 kewajiban pula, biarlah ada kebebasan sedikit untuk membuat pilihan.

Posted on 4 September '07 by Rjuna, under berita.

Baca lagi topik-topik hangat

12 Comments to “Selangor tetap Tarawih 20 Rakaat”

#1 Posted by APEKNo Gravatar (04.09.07 at 11:48 )

tol.. apsal lak nak buat ketetapan plak.. kan tuh dah lari dr objektif sebenarnya.. dah tuh.. Khr Toyo nih biar betol.. sedangkan Rasul pun tak buat ketetapan mcm tuh inikan Allah..

dia plak sendiri tetapkan apa nak buat.. dia tak paham ke maksud ”Islam tuh memudahkan”.. sapa2 gi ketuk kepala dia jap.. mengong kot..

#2 Posted by RjunaNo Gravatar (04.09.07 at 12:34 )

goyang lutut la orang selangor, nak buat 20 rakaat, jangan dengar cakap khir toyo ni wei

nak buat Ibadah pon kena paksa

#3 Posted by abdfatahNo Gravatar (04.09.07 at 15:48 )

alamak… terpaksa laa pulok. tazkirah takleh laa pulok.

tazkirah tu maknanya peringatan tak payahlah nak buat cerita yang tak tentu pasal pulak dalam bulan puasa… ingat mengingati antara satu sama lain…

#4 Posted by RjunaNo Gravatar (04.09.07 at 16:16 )

Tazkirah=Ceramah kecil, bagus untuk kesihatan jiwa (jangan sumbat ceramah politik nanti khir toyo marah)

selalunya diadakan pada 4 rakaat pertama tarawih dan di akhir rakaat ke 8, lepas tu ada witir 3 rakaat

#5 Posted by mohdismailNo Gravatar (04.09.07 at 17:02 )

ha ha,, sgt betul.. org2 sekeliling aku, kalo ade mlm aku tak ke solat tarawih, mereka akan tanya2, siap dgn pandangan aneh.. ha ha..

#6 Posted by balqisNo Gravatar (04.09.07 at 18:43 )

hosh, nasib baik sini 8 rakaat je!

#7 Posted by manchurrNo Gravatar (04.09.07 at 20:22 )

huhuhu ye ke nie? kena 20 yek sumer? aiyoo.. hmm.. tgk la camner nanti.. smyg kat umah wat 8 dah la hahah

#8 Posted by abdfatahNo Gravatar (05.09.07 at 01:00 )

8 ke, 20 ke asalkan solat terawih dibuat ok laa… yang pentingnya mengejar pahala ibadah di bulan yang mulia tersebut…

namun yang tak bestnya bunyi2 selingan bersama dengan solat terawih… apa lagi, dah tentunya bunyi mercun..

pomm! terkezut den!

#9 Posted by acaiNo Gravatar (05.09.07 at 10:16 )

teringat aku kat johor masa dok sane..solat 20 rakaat tapi siap ada tazkirah lagi..sbnarnya tarawikh nikan solat yg berehat2..bukan nak tergesa2…mungkin dia dah dapat nasihat dari mufti selangor..walau apapun, kita buat mana yg mampu dan akupun tak bleh nak komen benda yg ilmu aku kurang,hehee

#10 Posted by chotNo Gravatar (05.09.07 at 10:48 )

mendengar majlis ilmu seperti tazkirah byk pahalanya beb…khit toyo sebenarnya takut dgn bayang2 sendiri. sebab benda dan sifat2 yg xelok semua org BN buat…bila tazkirah bab rasuah, amanah, aurat…semua terkena batang hidung depa…hahah itu yg depa takut dgn majlis ilmu tu..kambing betul khir toyo tu..malu aku jadi anak s’gor..

#11 Posted by megatNo Gravatar (05.09.07 at 12:31 )

betul tue aku setuju… dlm agama kita tiada paksaan!

yang paling penting nawaitu kita, klu pun ketetapan 20 rakaat terawih tp x kusyuk, apa maknanya!?

#12 Posted by abdfatahNo Gravatar (09.09.07 at 17:57 )

yeaa… khusyuk itu penting. tak berapa khusuk kalo mercun meletum letam sekitar masjid… mungkin tersasar dalam masjid dan mengganggu tumpuan jemaah untuk beribadah…