Merdeka+Impak Maksima
Demi mengelakkan aku jadi manusia pasif sentiasa, malam itu aku keluar keseorangan, aku mahu lihat manusia manusia di ambang merdeka, aku mahu lihat dengan mataku,
Mula mula pergi ke kedai sewa vcd, cuti2 ni pasti bosan duduk kat umah, aku sewa 3 vcd filem untuk 5 hari.
Ku lihat jam Hmm lambat lagi nak tunggu detik 12 malam nih, aku ke pawagam Arasu, kot2 filem impak maksima ditayangkan malam tu, hoho langkah kanan, kalau pawagam ni moden macam kat Ipoh sure aku beratur panjang malam tuh
Impak Maksima filem yang gagal www.impakmaksimathemovie.com, lawa la website dia, profesional sungguh
Aku kecewa dengan Ahmad Idham. aku tertipu dengan promosi besar-besaran filem dia di Astro, oh tak kusangka begini akhirnya..lain kali aku nak tengok filem apa-apa pon aku pastikan aku baca ulasan mereka yang dah tengok filem itu, aku nak sangat tonton filem ni, sebab filem Remp-it dia buat best tak hengat.
Ok aku senaraikan kenapa filem ni layak dapat 2 tahi dan bukan bintang
Jalan cerita dia tak best dan boleh dibaca kesudahannya, lawak Loyai (Cat Farish) dan Amran (Opie zami) yang over dan dibuat-buat, aku perasan penonton kat pawagam tak gelak pon dengan lawak korang buat tu, benci dengan lawak ‘pakej’ si Ayie (Awal Ashaari) yang diulang-ulang, Eva Liana (Yatt) minah cun yang tak pandai belakon tapi manja sangat alahai, tapi ada awek hotlink berlakon buat aku sedikit terubat.
Babak Ah long mintak duit kat Amran dah jadi citer aksi lawak jackie chan pulak, aik?, filem ni disumbat dengan muzikal macam hamjadah, cukuplah kat babak drift je korang pasang lagu wei, paling tahi dalam filem ini ialah babak kemalangan yang 100% grafik animasi murahan, wei pengarah dah taubat ambik stuntman ke apa? oh stuntman dia mati dalam Jangan Pandang Belakang, fobia kot, sumpah aku tak sedih langsung bila si Amran mati dan Ayie meraung kesedihan, tapi tak menjadi dalam babak kemalangan tu
aku suka tagline “bahasa apa yang kau pakai ni” hoho aku puji karisma Ray (Zulhuzaimy) tu, tapi wah ko dengan Johari (Eizlan Yusof) lumba go-kart bawah lori, terujaaaa sangat lah, laju betul la go kart korang
Maria (Dynaz) awek si Ray sebenarnya pegawai polis, aduh wei tiru KL Menjerit 1 ke? cukuplah tu, hebat betul penyamaran Maria sampai tak dapat dihidu Ray, dan bodohla kalau Ray tak bernafsu nak fuck polis tu.
Aku kecewa membazirkan rm8 ku untuk filem ini, 2 Tahi untuk filem ini, tak berbaloi pon untuk di-torrent, tunggula tayangan raya, silap2 raya tahun ni astro tayang dah, alahaaai.
Aku melepaskan sisa2 kekecewaan ku dengan lepak kat warung kaki lima sambil makan kuey teow kerang dan teh tarik, ahh kuey teow kerang dia buat style char kuey teow tapi taruk kerang apa nih, makan jelah labu, isi perut sebab belum makan malam.
Lumut adalah lokasi tumpuan untuk menyambut hari kemerdekaan, orang ramai berpusu-pusu dengan kereta, terima kasih polis kerana rajin buat road block, ada dari beruas, tronoh, pantai remis, tu belum campur yang datang bercuti kat pangkor, tapi apa yang bestnya di lumut?, aku boleh kata nothing, jangan kata bunga api, apa pon takder, ada la pasukan band kecil membuat persembahan dan sedikit acara untuk pelanggan warung2 bersatu disitu, habis orang ramai yang kat luar warung macamana?,
Harap merdeka tahun depan ada organizer anjurkan majlis yang lebih besar, rugi kiranya melihat orang ramai cuma lepak2 ambil angin pantai, bermaksiat sesama bukan muhrim di taman, sudahnya aku balik lepas countdown dekat pasukan band kecil tadi, aku jerit merdeka! merdeka! merdeka! tapi orang disekeliling aku semua tak bersemangat, kontrol je semua, apa ni wei? aku seperti poyo menjerit kata keramat itu, orang lain buat muka tak layan je.
maaf tiada gambar untuk entri ini, aku lebih gemar snap pakai henfon, tapi henfon ku tak berkuasa di kala malam.
4 Comments to “Merdeka+Impak Maksima”