Archive for September, 2007
Jika anda kelihatan pakcik berkopiah membeli nombor ekor atau keputusannya, jangan lah pula berasa hairan, itu situasi biasa bagi orang yang malas berusaha dan ingin cepat kaya,
Sesungguhnya haram sesebuah pendapatan yang hasilnya dari menenung nasib bagi orang Islam, wang itu pasti cepat habis atau mendatangkan kecelakaan pada si penggunanya, percayalah anda tidak kaya pun, lebih teruk kalau anda bagi isteri dan anak-anak makan melalui wang itu.
Tapi bagaimana pula untuk tujuan kecemasan, seperti menyelamatkan nyawa seseorang, atau memulihkan bisnes melalui wang nombor ekor? hukumnya tetap sama haram, menolong orang mungkin boleh, tapi tiada ganjaran pahala bagi duit yang didermakan
Saya tak tahu samada anda pernah menerima risalah ini atau tidak, ia memperalatkan orang Islam agar mendapat pertolongan yang bukan dari jalan Allah SWT, minta dijauhi, risalah ini dipercayai dihantar ke rumah-rumah termasuklah rumah saya, Nama tidak ada, alamat entah betul entah tidak, no handphone ada, nampak sangat nak menipu wang anda, hati-hati ya jangan terpedaya.


sila klik untuk besar
Posted on 30 September '07 by Rjuna, under kontroversi. 12 Comments.
Siapa kata tulis kat blog mudah? sumbat lirik , mp3, porno mudah la, idea yang melintas tak dapat di luahkan dengan bait2 ayat, fikiran buntu, aku cemburu pada blog yang boleh update hari-hari dan juga blogger2 yang punya karisma tulisan menarik, aku tak sempurna.
kebelakangan ni aku menghabiskan waktu selepas sahur dan tengahari menonton drama di Youtube, drama KAMI dan Gol & Gincu The Series, dua drama ni sangat menarik dan penuh kejujuran dalam penceritaannya, saya syorkan anda menonton nya kalau dah menyampah kat drama2 melayu tipikal, oh ya saya juga baru mengikuti siri Prison Break season 3 tapi download punya, menarik jugak dramanya, macam filem pulak, memang gila drama bulan ini.
(more…)
Posted on 26 September '07 by Rjuna, under Personal. 14 Comments.

Nurin Jazlin Jazimin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.
Mulanya aku tak ambil port sangat berita mayat didalam beg dalam satu tabloid minggu ini, Ibu bapa Nurin juga telah dipanggil mengecam mangsa, dan mereka sahkan bukan anak mereka. Ok aku serahkan hal tu pada polis, malas aku fikirkan panjang
Tapi hari ni kebanyakan berita yang aku baca pihak polis mengesahkan yang DNA mangsa sama dengan Ibu Bapa Nurin Jazlin, baca punya baca Mak Bapak dia kata bukan anak dia, baca lagi penderaan seks yang ekstrim arggh bangsat mana pulak yang kemaruk budak 8 Tahun ni,
jahanam lah kamu wahai binatang jalang yang bacul, sudah kau puaskan nafsumu, kau letak dalam beg dan buang bagai sampah, kau takkan selamat, kau pasti menerima azab pembalasan, Ya tuhan beri lah balasan yang setimpal ke atas siapa yang menganiaya kanak kanak ini, kerna sesungguhnya doa orang orang teraniaya cepat termakbul amin
Baca lagi:
Ujian DNA Sah Nurin
Bapa: Mayat itu bukan Nurin
Posted on 21 September '07 by Rjuna, under berita. 11 Comments.