Kini di waktu malam, selalunya aku akan skodeng ke blog kawan2, tinggalkan sikit komen untuk mereka, dan kalau isi menarik aku akan klik iklan mereka.
Nak lawat blog kawan2 satu-satu jenuh la, adakalanya kau kecewa, si dia tidak update, kadang2 anda sakit hati Rjuna tak update blog ngahaha, mujur ada pembaca google, hoh apa tuh? sekali Google Reader laa hehe,

Langgan blog2 yang anda suka, cuma copy link blog yang anda mahu langgan dan masukkan ke Add subsciption, anda dapat membaca blog umpama membaca emel Gmail anda, jadilah orang pertama mendapat tahu jika blog itu dikemaskini
klik untuk besar, cuba2 la ushar kot2 ada terselit link blog anda, kalau aku sering lawat blog kau dan selalu beri komen, sayalah pelanggan anda, jadi rajin2 la update isi-isi yang menarik, nanti aku datang, jom skodeng lagi.
#kadang2 bila banyak sangat membaca blog orang lain aku terasa bagaikan information overload, mental jadi block dan blur, hingga payah nak update blog sendiri, adakah anda juga mengalami perkara yang sama?
Posted on 9 August '07 by Rjuna, under Tips. 9 Comments.
Sebenarnya budaya memberi hadiah pada hari jadi bukan budaya biasa dalam keluarga aku, ia mula dipraktikan oleh adik aku yang pertama Azmil, sejak kecil kami tak diajar sambut hari jadi, menghadiri parti atau apa saja mengenai hari jadi, paling tidak pon Mak akan beli 1 kek pastu ada lilin diatasnya atau mak buat pulut kuning, jadi nyanyilah kami adik beradik lagu happy birthday itu, pastu tiup lilin.Dah itu saja.
Kini sudah berubah, dah macam 1 kewajiban pula setiap hari jadi ahli dalam keluarga ini, wajib ada hadiah, selalunya si penerima hadiah akan terima saja hadiah walaupun sekecil mana pon hadiah itu, penerima tiada hak untuk merungut, ikut kemampuan masing-masing la.
Dan semalam hari jadi aku, aku dapat wow
tak sangka ayah aku memahami naluri anak nya terhadap EPL


siapa cakap macam jam budak-budak aku pukul
Terima kasih juga pada Emak, belanja along makan malam tadi, tidak lupa juga seluruh kawan2 yang mengucapkan selamat hari jadi semalam, sahabat yang dah belanja makan, yang bakal belanja, adik-beradik aku yang belum beri hadiah, aku setia menanti
, hadiah dari cewek? waduh nggak ada sih.
Hoho terharu beb, akan ku simpan memori indah bersama jam baru di lengan kiri ku haha Umbro beb. Peace and love you all weee jam baru.. jam baru..jam baru
Posted on 8 August '07 by Rjuna, under Personal. 4 Comments.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada sahabat2, blogger2, pembaca2 setia di Blogspot malah musuh (kalau ada), selamat datang ke Perasmian blog bernama Rjuna ini.
Tujuan blog ini berpindah ke wordpress ialah kerana inginkan angin pembaharuan dan tertarik dengan keunikan wordpress, sudah lama aku dengan blogspot dan tiada masalah pon dengan google sebenarnya.
Saja cuba-try-test apa rasanya ada blog kepunyaan sendiri dan apa beshnya wordpress ni, secara tak langsung ia juga satu pembelajaran bagi aku yang tak punya kelulusan apa-apa ni.
buat permulaan ini aku menggunakan Theme ciptaan brader BOB berjudul Black & White, lawatilah blog beliau untuk melihat theme2 terkini, dan jangan lupa klik sponsor2 dia hehe.
Blog ini masih diperingkat percubaan BETA dan masih hijau
, huhu takder apa2 lagi masih suci dan naif, jika ada sumbang saran, kritikan atau nasihat membina, jangan segan memberi komentar ya.
kepada yang pakar tentang wordpress, sila tunjuk ajar, ambik galah tolong sebatkan.
Posted on 6 August '07 by Rjuna, under Personal. 7 Comments.