2007 August | R J U N A - Part 3

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Archive for August, 2007

Apo? Apocalypto

Apocalypto

Suatu petang entah macamana aku boleh lepak ternganga kat sebuah kiosk jual set home theatre semata-mata teruja dengan filem yang sedang ditayangkan, sebuah filem tentang Tamadun Mayan, Apocalypto, uhhhh sound, lakonan, kamera-shot, sinemator, aksi, darah, potong kepala, tangkap tapir, memang mantap tu jo!!! Aku label filem ni 5 Bintang, kau mesti tonton 8)

Tokey kiosk tu tak tayang dvd citer ni sampai abis, dia cuma main babak-ke-babak je, dia pandai, sebab lepas ko tengok ko mesti nak beli dvd dia punya, tanpa ragu-ragu aku keluarkan rm8 ku beli dvd dia, dvd copy tuu. Ulasan pon bermula.. masa tu si Hero, Jaguar Paw dan kawan-kawannya terlepas hukuman penyembahan dan penyembelihan korban kepada tuhan matahari diorang.

jaguar paw
Jaguar Paw dan Abahnya Flint Sky (ketua kampung)

Di zaman tamadun Mayan hamba lelaki yang ditangkap akan dijadikan buruh kasar, atau pun korban, manakala wanita pula akan dijual sebagai hamba urut seks kot. Semasa perlaksanaan korban ke atas Jaguar Paw, gerhana matahari berlaku, jadi tok sami pon memBEBASkan hamba-hamba ini. Bermulalah perjuangan seorang bakal ketua puak lari dari takdirnya.

Mereka akan dibebaskan dengan cara buli yang zalim.Ada satu lapangan larian dihujungnya ada ladang jagung, setiap 2 pemuda dibenarkan lari hingga ke hujung balapan, barang siapa dapat melepasi hingga ke ladang jagung, dia merdeka, tapi sesiapa yang gagal mencecah kaki hingga ke ladang jagung nyawa mereka taruhannya, cabaran sebenar mereka bukanlah kena lari selaju mungkin tapi lari sambil elak dari kena panah, rejam tombak dan lontaran batu yang di laksanakan oleh Ahli-ahli skuad kejam yang menangkap mereka sebelum ini.

Ada peha tertusuk panah, badan kena rejam lembing, badan kena batu besar, panah tertusuk hingga keluar ikut mulut uhh ngeri, ni kisah benar ke lakonan ni, siapa yang gagal bangun semula akan dipukul kepalanya hingga bersepai oleh anak si-ketua kejam, dipendekkan cerita Jaguar Paw si hero ni sudah bunuh anak si-ketua kejam ni.

Adegan kejar-mengejar pon bermula dalam hutan, badan Jaguar paw sudah luka ditusuk panah, lari punya lari dia nyorok atas pokok, sekali pokok bukan sebarang pokok daa, pokok kepunyaan si rimau kumbang, peh macam real je, kena kejar harimau siot, ni betul-betul ke lakonan nih macam real je, langkah seribu si jaguar hingga ahli skuad kejam pon kejar dia sekali, salah sorang ahli skuad kejam sudah aim baik punya cross line, cross cross nah kepala kena tokak dengan rimau kumbang huu darah-darah kill-kill die die, hancur muka mamat tu, terselamatlah Jaguar dari malapetaka eh eh gitu je..ah yang lain kau beli DVD arr takkan aku nak citer sampai habis kot.

Tak sangka filem arahan Mel Gibson dan Farhad Safinia ni gila punya besh, thumbs up dari aku, cayalah.

Selamat Menonton.

Mahu baca lagi?

Posted on 15 August '07 by Rjuna, under ulasan filem. 15 Comments.

Wayang bersama Apek

Sabtu lalu berkesempatan meluangkan masa bersama Apek (Khairur Rijal), sahabat aku dulu, kini, esok dan selamanya, kebetulan dia pun memang balik kampung jumaat tu, maka rancangan aku nak nonton wayang bersama dia terlaksana sudah, jangan jeles hanya aku berdua je dengan apek disana, bak kata Acha “berdua lebih baik”. Maklumlah kami ni pasangan gay metroseksual wahaha GILA :mrgreen: 8)

Ipoh dan kesesatan jalan bagiku bagaikan lumrah, ia normal sebab kau bukan menetap disitu, kadang-kadang je turun ke sana. Rumah apek terletak di Jelapang, cari punya cari rumah dia tak jumpa, aku punya habit sesat dah mai dah, dah tau sesat bukan nak tanya orang ke apa kih kih, Insyallah Raya nanti aku tak sesat dah ya apek.Sampai-sampai rumah apek je dah dijamu mee rebus buatan Mak dia, sedap woo, kebetulan memang waktu makan tengahari, susah-susah je hehe, makcik nasik takder? :D

Mula-mula kita beli tiket wayang dulu kat TGV jusco , aku bajet nak tengok Haru Biru, sekali yang ada cuma Rush Hour 3, Kayangan, Transformers, yaa mari bergelak sakan. Beli tiket untuk tayangan jam 5.30pm sebab tiket untuk 2.30pm dah sold -out, Thanx apek sebab belanja aku tengok wayang, hehe hadiah bestday yek weee!! , sementara menunggu jam 5.30, pergi medan gopeng beli tiket bas sebab ahad apek nak balik KL dah esoknya, pastu pergi tempat apek selalu beli DVD, rambang mata woo, nak beli cerita apa, ada 4-5 tokan jugak la jual DVD kat situ, dvd dewasa pon ada siot, kami tak beli dvd dewasa itu, kami lelaki baik ;)

Berkejaran kami ke Tgv sebab jam dah pukul 5 petang. Benarlah kata apek, panggung wayang moden lain dari jenis yang lama, kerusinya lebih empuk, skrinya lebih dekat, lantainya berkarpet, bunyi nya jangan cakaplah besh, aku puas hati. gelak sakan tengok jackie chan dan chris tucker. For fun boleh la :)

Sebelum balik kami berdua pekena Sizzling mee kat food court jusco.

Lepas hantar apek ke rumah dia aku pun berangkat pulang, entah macam mana aku salah masuk simpang, sesat 1 jam pusing2 kat pusat bandaraya ipoh, aku tau ada yang tak kena tu, lepas berdoa sikit, tuhan tunjukkan jalan keluar, syukur :)

 

Apek sizzling

Apek, harum gurih nikmat :D

Posted on 13 August '07 by Rjuna, under Personal. 2 Comments.

Langgar Hakcipta

Semalam aku dapat satu email dari Multiply, sebuah web sosial yang mengizinkan perkongsian mp3, gambar, video malah blog juga ada, aku link kat atas blog ni sebagai Download Mp3. Dalam emel itu mereka menyatakan bahawa diorang menerima arahan dari pihak Digital Millenium Copyright Act (DMCA) mengarahkan aku membuang fail2 material(lagu mp3) yang mengandungi perlindungan hakcipta, pergi mati sama mereka hihi :evil:

multiply@multiply.com
subject: Copyright-Violation

We have received a Digital Millenium Copyright Act (DMCA)
request to remove one or more content items from your
Multiply site. Per the DMCA, we are required to act when a
copyright holder claims someone is sharing their content
without permission. For now, we have changed the access on
the item(s) reported so that only you can access them going
forward. We suggest you remove these item(s) completely, as
well as any others that may contain copyrighted material. We
reserve the right to cancel your account if we discover
another violation.

Here is the list of items that were reported to contain
copyrighted material:

http://rjuna.multiply.com/music/item/1/Pilihan_RjunaCENDERAWASIH

If you believe these item(s) do not violate any copyrights,
please contact customer service here:
http://multiply.com/info/inquiry

Thank you for understanding.

Multiply customer service

Nak tau lagu apa yg diorang suruh buang? haha pasti korang tergelak sakan bila mengetahui nya, alahai, aku bukan letak lagu satu album pon, saja nak share ngan kawan2 yang ada akaun multiply jer, mesti syarikat rakaman tu buat report nih, dengki tau :twisted:

DMCA sialan

Takper, aku ambil serius perkara ni, aku tak mau diorang saman aku juta-juta dollar hanya kerana aku berkeras, aku akan delete bahagian yang mereka mahukan itu saja, jangan risau ruangan Download Mp3 masih kekal di atas sana, kalau aku rajin, nanti aku letak la lagu baru, terima kasih kerana menyedut sama sebelum ni hehehe :mrgreen:

Posted on 10 August '07 by Rjuna, under Lirik dan Mp3. 7 Comments.