Negarakuku August 22nd, 2007

namewee
ok pasni duduk Taiwan yek

Semalam aku baru menonton muzik video kontroversi Negarakuku oleh Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, mungkin ada yang belum menonton video klip ini atau kau memandang remeh isu ini, nah youtube, kau jangan beli vcd pasar malam nanti dimarahi pak menteri.

Selepas menonton video klip ni dengan senikata bahasa melayu tiba-tiba aku jadi marah. Aku juga rasa takkan memaafkan kau Namewee, mula2 kau taknak mintak maaf, lepas dah dipujuk mahu pula.Aku tak kisah kau nak kutuk kerajaan atau fuck polis sekalipun, itu hak kau, tapi kau dah melampau bila kutuk agama kami, Islam. Aku nasihatkan kau tinggal sajalah di Taiwan tu kalau taknak kena bunuh.

Negara ini aku memang suka
pukul 5 pagi
Ada morning call akan suruh aku bangun
Kadang-kadang beberapa ‘buah’ nyanyi sama-sama
macam tengah duet lagu cinta
Suara tinggi rendah macam tengah nyanyi R&B
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka out of tune
Walaupun kadang kala sebahagian daripada mereka pecah suara
Ada juga suara yang macam kokokan ayam tetapi dia bangun lagi awal dari ayam
Macam ini baru kite tahu masa untuk bersiap ke sekolah dan kerja

Apa perasaan korang yang beragama Islam bila soal Azan Subuh dipermainkan si Namewee ini, oh kau memang babi Namewee, kami orang2 melayu tak pernah persoal agama apa yang kau anuti, malah kami hormati semua agama di Malaysia, walaupun kau dah mintak maaf, tapi luka hati kami orang-orang Islam tetap luka berbekas.

Posted in Youtube | 5 Comments »

Tag: 5 Benda atau perkara August 21st, 2007

temuramah ini di tag oleh Darkz05.

5 benda dalam Pouch (saya tiada beg)

-Kunci pejabat
-Sepit Kuku
-buku 555
-Pen dan thumbdrive
-Kad ID nak masuk pangkalan tentera

5 benda dalam beg duit saya

-Mykad
-Duit kurang dari rm50
-Kad sewa vcd
-Resit keluar masuk duit ATM
-Kad kredit

5 benda faveret dalam bilik bujang saya

-Laptop
-Dvd dan Vcd Dewasa
-komik Naruto dan Feel 100%
-Charger handphone
-Penghawa dingin

5 perkara yang saya nak lakukan

-Tukar Kelisa kepada Myvi
-Turun berat badan
-Memilikki kedai komputer, kedai runcit, dan Stesen minyak.
-Belajar Photoshop
-Kahwin

5 perkara yang sedang dilakukan

-Cari cari peluang tambah pendapatan
-Bekerja sambil main internet
-Ushar2 theme wordpress
-Cari cari idea apa nak update blog
-Download Mp3 lagu2 baru

5 orang yang saya nak tag?

-Isa
-Vovin
-Acai
-Areyoung
-Nashrex

p.s masih ada 2 Tag menanti pelan2 ya

Posted in Tag | 6 Comments »

Upline dan Downline August 20th, 2007

gambar hiasan henfon
Gambar hiasan

Upline=Penaja dan Downline=Orang bawahan penaja

Dua Istilah ini biasa dalam perniagaan MLM (Multi Level Marketing), dan saya rasa anda pon sudah jelek mendengarnya, jangan begitu.. bisnes MLM bukan satu dosa, ia masih satu bisnes yang menguntungkan jika benar gayanya,

Tahukah anda untuk berjaya dalam bisnes MLM anda perlu banyak menaja/mencari orang di bawah anda, merekrut orang2 yang berminat dan menjadikan mereka berjaya seperti anda, itulah tugas sebenar seorang Upline, lebih banyak orang yang anda taja dan tutor mereka, lebih kaya lah anda.

Kali ini saya bukan nak bercerita tentang bisnes atau mempromosi produk kepada anda, cuma ingin menceritakan salah laku etika bila upline ghairah benar ingin mencari downline bisnes mereka, sebuah kisah benar dari saya.

Pada suatu hari saya menerima sms dari seorang upline yang menawarkan pendaftaran percuma sebuah produk berasaskan kad prabayar, katanya dia dari sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, katanya keuntungan menjual prepaid di syarikat itu, lebih besar dari syarikat lain, dan berpeluang menjadi orang-orang besar dalam bisnes di syarikat itu, oleh kerana malas berfikir panjang saya pun terima pelawaan tersebut, kalau free apa salahnya mencuba, bila saya selidik rupanya bukan free, dia dah taja keahlian saya, waduh..

Sejak hari itu si upline kerap ber-sms dengan cara hormat (saya di panggil-TUAN, pehhh), pagi-tengahari-malam ada je sms dari dia, kalau yang sms seorang gadis cun dan kiut, nak juga saya melayannya.

Hari ke hari saya semakin bosan, si upline semacam mendesak saya mencari 10 orang lagi di bawah saya (dalam nada sms sopan), kononnya ada bonus menanti, kemudian saya melawat website perniagaan mereka, untuk meneliti apa yang ditawarkan, websitenya tunggang langgang di browser Firefox, tapi di IE ok, saya mula tawar hati.

Pagi-petang-malam saya bagaikan di spam-sms si upline, ahh naik meluat pun ada, kalau saya balas lagi banyak dia sms, saya mula berkira2 cara untuk dia tak sms saya lagi, kalau tegur, dia pasti sms lagi bertanyakan khabar kononnya, lalu dapat 1 akal jeng jeng jeng

Malam itu dengan nada gementar, saya sms dia meminta maaf kerana tak dapat meneruskan bisnes bersama dia kerana dapat tawaran belajar di UK ;) dia balas dengan nada menahan marah sambil buat2 bertanyakan bila saya akan berlepas ke sana. Malam itu juga dia sempat mencadangkan keahlian saya kepada saudara mara-adik beradik sebagai ganti, Binggo!! haha saya gelak sakan bila dia merayu dia dah banyak melabur wang, dan belum tuai hasil, saya nak blah gi UK pula, wahaha menjadi jugak auta saya ni.

Hingga hari saya menulis artikel ini, dia masih sms no-henpon saya cuma tidak kerap, kecewa benar agaknya saya tak berada di bawahnya, dia sangka saya banyak downline dari syarikat prepaid lain, maafkan saya encik Z, jika encik Z membaca artikel ini ketahuilah, encik salah pilih orang.

Moral disini, jangan SPAM prospek anda, bila downline bertanya, barulah layan mereka sebaik mungkin :D

P.S-ok kira perkataan SAYA dalam artikel ini, maaf tiada hadiah, rasanya sesuai tak saya ganti kata ganti nama ini dengan yang dulu, AKU ?.

Posted in Tips | 6 Comments »
Page 2 of 4«1234»