Pesta TAG Merdeka

Ahh Tag lagi, asik-asik tag, korang mesti dah meluat atau benci melihat blog aku ini, hoho jangan lah begitu abang dan adik manis, aku kena lunaskan tag ni, karang si penghantar tag memandang serong seraya memuncung mulutnya terhadap ku hahaha.
Hari kebangsaan hampir menjelma, tahun ini sudah 50 dekad kita bebas berdiri di bumi merdeka ini

lihat kita bebas duduk semeja, makan bersama, kandid hehe
Aku bangga jadi rakyat malaysia kerana di negara ini ada pelbagai kaum, suku dan puak yang hidup rukun damai dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, kau boleh rasa macam-macam jenis masakan, dan meraikan perayaan pelbagai kaum, cuti kat negara ni pon banyak.Bayangkan kalau ko duduk dalam sebuah negara yang ada 1 bangsa yang sama je, kan boring, rasa nak pindah keluar je kan, orang yang cuba merosakkan hubungan rapat ini patut dibuang negara.
Bangga negara ini terus membangun pesat dengan ekonomi yang baik, cakap apa saja yang takder, F1 ada, Menara berkembar ada, Kereta buatan sendiri ada, Internet jalur lebar cap ayam ada, Advertlets ada aik haha malah nak ber-kasino juga ada (kalau ko suka dosa). Pelabur dan peniaga bebas menjalankan urusan jual beli di negara ini. Peluang pekerjaan juga banyak, kita patut bersyukur, rakyat negara lain terpaksa berhijrah ke negara kita semata-mata ingin mencari wang
Bersyukur azan masih berkumandang walaupun ko duduk dalam sebuah taman perumahan, masih ada surau, majlis tilawah masih ada, Akademi quran juga ada, pendapat ulama juga masih didengar walaupun berdesing telinga pemimpin negara menahan amarah dan malu, jika ada sesuatu yang melampaui batas agama, cepat sahaja ia disebarkan, 1 negara leh jadi gempar.
Tatkala negara lain masih berperang, negara kita masih aman damai, tiada pengganas yang menghantui anda bila keluar dari rumah.Ya walaupun ada kes meletupkan orang, rampasan senjata api, rompakan dan perogol dimana-mana namun ia masih terkawal, terima kasih buat pasukan keselamatan, cuba kalau Malaysia membenarkan penjualan senjata api secara terbuka? Tak aman woo, kita patut bersyukur hal ni.
Jadi takkan aku sorang je kena Tag, mana leh jadi, syarat tag ini ialah kena sebarkan pada 5 blogger terpilih yang kita suka, dan karangan anda itu mestilah panjaaaang, kata si pembuat Tag laa
Mulakan karangan anda dengan ayat ini, Saya bangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana..
5 blogger yang saya mahu tag ialah


10 Comments to “Pesta TAG Merdeka”