Tag 7 ke-pelik-kan diri ku August 24th, 2007
Sebenarnya kat rjuna blogspot dulu aku dah buat tag ni tapi angkanya 6, kiranya aku tinggal copy n paste je lah dari blog lama haha mudah dan cepat, kepada sesiapa yang belum mengenali ku, nah hadam Tag dari encik Musnaz ni kih kih
1.Sukakan kelainan dan benci pada persamaan, aku tak boleh menerima perkara yang sama yang diulang berulangkali dan tipikal, contoh macam lagu kat radio yang diulang-ulang, penyanyi vokal klon, drama yang stereotaip jalan cerita dia, novel2 yang asyik dengan kisah cinta, filem yang pelakon dia asik2 Saiful Apek & Fasha Sandha, ah semua ni aku benci.
2.Bila aku beli komik-majalah-sewa vcd-dvd atau beli apa-apa je lah, aku tak suka orang lain sentuh atau belek2 dulu barang-barang aku, biar aku yang rasmi dulu, sesiapa yang cuba melanggar etika ini, tunggulah sindiran maut dari aku.
3.Suka SMS dari membuat panggilan, kalau terima call pun, aku angkat waktu sedang bekerja, waktu malam jarang la aku angkat, selalu takder orang call pun, siapalah aku ni, cewek pon takder.
4.Suka Makan & Shopping sorang-sorang, (siapa cakap aku kedekut, aku pukul) entah kenapa yek, bila time makan tengahari je aku suka makan sorang-sorang kat restoran yang jual nasi campur, duduk sorang-sorang kat meja yang ada 4 kerusi, bukan apa aku tak reti nak ajak-ajak orang “Eh jom makan sama-sama nak?” atau “Eh jom aku belanja makan” atau “Eh belanja aku makan leh tak?”.
Masa Shopping pon sama, aku mesti keluar sorang-sorang, selalunya time ni mak aku akan order barang2 dapur dia sekali, Mak aku dah saspek aku ni jenis kedekut nak keluarkan duit argh tidak tidak tidak, bukan kedekut nanti bajet lari mak.
5.Tak suka pakai kain pelikat, hahaha selalunya orang2 bujang hatta orang dah kawen suka pakai kain ni time solat kat surau atau time lepak kat rumah, berangin katanya, tapi aku tidak, pernah jugak la bapak aku cuba asuh tapi tak berjaya, dah selesa pakai seluar je bila ke surau, kat umah pakai seluar pendek.
6.Aku ni penyegan bila jumpa kaum hawa mahupun lelaki yang tidak ku kenali, pompuan dalam hidup aku ialah Emak, adik pompuan aku dan kerani opis aku je, jangan pelik bila aku senyap seribu bahasa, malah lebih dahsyat anda pasti akan menuduh aku sebagai sombong jika tidak mengenali.
7.Aku suka karaoke dalam kereta sorang-sorang (sorang lagi) pastu dalam hati siap puji diri sendiri, Eh sedap jugak suara aku yek, sama sedap macam Elfonda Mekel & Shahrul Anuar bin Zain hahaha (perasan!)
Aku mahu Tag kamu-dia-dan-kau, aku rasa Tag ni dah lama disebarkan, pastinya kamu sudah ada anti-tag bagi menangkis serangan tag ni ke blog kamu, siapa nak PM aku, aku senaraikan disini, kamu mahu pop+ular kan ![]()
- Gila Karok
- Diari Rjuna part 2
- Sheila Abdul-Mungkinkah
- Pesta TAG Merdeka
- Resolusi 2008
- Zoology
- Babi punya Pak Lah


ko ske shopping sengsorang ek…aku tak bleh..sbb aku mesti nak balik awl je,muahhaa..takde benda yg bleh melewatkan aku…:) jadi impatient..:P tpai kalau bwk awek punyelah lenguh jln lebih 5km dlm shopping complex tu,muahahahaa
Acai-sorang2 bagi pembeli lelaki mestilah dia beli apa yg perlu je, tak kuasa aku nak ronda 1 pasaraya tu haha
owh. no 7 tu aku pon same gak. since aku hny akn dgr radio dlm kete, aku pon slalu la melalak dlm kete, kdg2 joget lagi. joget tu bila org kata buang tebiat la, ye la ko tau la, kl tu slalu jam, jd kt pon hehe mengisi masa lapang la kan? hehe.
wah, steady lah Rjuna…! macam rock + R&B lah ko nih ek!? (bayangan aku lah, ho ho)