Apo? Apocalypto | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Apo? Apocalypto

Apocalypto

Suatu petang entah macamana aku boleh lepak ternganga kat sebuah kiosk jual set home theatre semata-mata teruja dengan filem yang sedang ditayangkan, sebuah filem tentang Tamadun Mayan, Apocalypto, uhhhh sound, lakonan, kamera-shot, sinemator, aksi, darah, potong kepala, tangkap tapir, memang mantap tu jo!!! Aku label filem ni 5 Bintang, kau mesti tonton 8)

Tokey kiosk tu tak tayang dvd citer ni sampai abis, dia cuma main babak-ke-babak je, dia pandai, sebab lepas ko tengok ko mesti nak beli dvd dia punya, tanpa ragu-ragu aku keluarkan rm8 ku beli dvd dia, dvd copy tuu. Ulasan pon bermula.. masa tu si Hero, Jaguar Paw dan kawan-kawannya terlepas hukuman penyembahan dan penyembelihan korban kepada tuhan matahari diorang.

jaguar paw
Jaguar Paw dan Abahnya Flint Sky (ketua kampung)

Di zaman tamadun Mayan hamba lelaki yang ditangkap akan dijadikan buruh kasar, atau pun korban, manakala wanita pula akan dijual sebagai hamba urut seks kot. Semasa perlaksanaan korban ke atas Jaguar Paw, gerhana matahari berlaku, jadi tok sami pon memBEBASkan hamba-hamba ini. Bermulalah perjuangan seorang bakal ketua puak lari dari takdirnya.

Mereka akan dibebaskan dengan cara buli yang zalim.Ada satu lapangan larian dihujungnya ada ladang jagung, setiap 2 pemuda dibenarkan lari hingga ke hujung balapan, barang siapa dapat melepasi hingga ke ladang jagung, dia merdeka, tapi sesiapa yang gagal mencecah kaki hingga ke ladang jagung nyawa mereka taruhannya, cabaran sebenar mereka bukanlah kena lari selaju mungkin tapi lari sambil elak dari kena panah, rejam tombak dan lontaran batu yang di laksanakan oleh Ahli-ahli skuad kejam yang menangkap mereka sebelum ini.

Ada peha tertusuk panah, badan kena rejam lembing, badan kena batu besar, panah tertusuk hingga keluar ikut mulut uhh ngeri, ni kisah benar ke lakonan ni, siapa yang gagal bangun semula akan dipukul kepalanya hingga bersepai oleh anak si-ketua kejam, dipendekkan cerita Jaguar Paw si hero ni sudah bunuh anak si-ketua kejam ni.

Adegan kejar-mengejar pon bermula dalam hutan, badan Jaguar paw sudah luka ditusuk panah, lari punya lari dia nyorok atas pokok, sekali pokok bukan sebarang pokok daa, pokok kepunyaan si rimau kumbang, peh macam real je, kena kejar harimau siot, ni betul-betul ke lakonan nih macam real je, langkah seribu si jaguar hingga ahli skuad kejam pon kejar dia sekali, salah sorang ahli skuad kejam sudah aim baik punya cross line, cross cross nah kepala kena tokak dengan rimau kumbang huu darah-darah kill-kill die die, hancur muka mamat tu, terselamatlah Jaguar dari malapetaka eh eh gitu je..ah yang lain kau beli DVD arr takkan aku nak citer sampai habis kot.

Tak sangka filem arahan Mel Gibson dan Farhad Safinia ni gila punya besh, thumbs up dari aku, cayalah.

Selamat Menonton.

Mahu baca lagi?

Posted on 15 August '07 by Rjuna, under ulasan filem.

Baca lagi topik-topik hangat

15 Comments to “Apo? Apocalypto”

#1 Posted by ArqusNo Gravatar (15.08.07 at 11:22 )

Хм оыварв аип ыврпрывлипр ыви ирыви про кпфыупр роп??

#2 Posted by chotNo Gravatar (15.08.07 at 11:48 )

cerita ni mmg brutal bro..tp xelok tgk dgn keluarga…

#3 Posted by RjunaNo Gravatar (15.08.07 at 12:19 )

Arqus-sekali dia cakap bahasa russia daaa, arqus can you translate to english?

Chot-boleh tengok dengan keluarga, tapi yang 18 tahun keatas je la hehe

#4 Posted by mel_gibsonNo Gravatar (15.08.07 at 15:09 )

cite ni cam cite canibal la ..ngeri siot..tngok mesti terbayang2 kengeriannya

#5 Posted by RjunaNo Gravatar (15.08.07 at 15:44 )

Mel Gibson-Ngeri dia leh buat ko teruja beb :P

#6 Posted by musnazdotnetNo Gravatar (15.08.07 at 16:18 )

laa… ye ke best giler? aiseh, dvd citer ni ada je kat rumah, tak bukak-bukak lagi… kena carik masa yang masyuk nak layan nih, hu hu

Psst jo! si ‘alif ro qof wau sin’ tu saper? ada gak mamat tu komen kat blog aku… aku deletekan aje! ho ho

#7 Posted by RjunaNo Gravatar (15.08.07 at 16:33 )

musnazdotnet-kalau rumah ko ada home teater lagi masyuk, sound dia besh.

mamat rusia tu paham bahasa melayu kot, hai Arqus kirim salam pada bakal angkasawan kami yek hehe.

#8 Posted by Darkz05No Gravatar (15.08.07 at 20:49 )

cerita yg lebih ganas dari pengganas yg ada. aku ingat citer dia lama giler masa scene last, omputih jejak di pulau tu. ngeri & mual. hahahaha

#9 Posted by RjunaNo Gravatar (15.08.07 at 21:41 )

Darkz05-Yup ending dia spoil, tergantung gitu-gitu jer :P

#10 Posted by musnazdotnetNo Gravatar (16.08.07 at 08:12 )

kat umah tak leh tengok citer kuat2, nanti wife aku pening, ho ho :-P

#11 Posted by Nazirah AshariNo Gravatar (17.08.07 at 02:06 )

Hello. Moi first visit here.
Dah tengok dah Apocalypto ni. dah lama dah and it is really really really good. betul sgt la ckp encik penulis ni. bila tgk citer ni dulu memang terjerit2 la, yelah kan, byk la plak aksi nya. paling diingati time anak dan wife si jaguar paw ni diletakkan dalam gaung and then the wife nak beranak tu yg time air bertakung sebab hujan sumer. haih. memang saspen. time lari kat ladang jagung tu pun memang tragik arr.

tgk citer ni kita akan ada byk emosi. sedih, geram, teruja, mcm mcm. the best weyh. the best.

#12 Posted by acaiNo Gravatar (19.08.07 at 11:18 )

ko dah cakap cenggitu aku nak gi tengok jugakla…hehehe, aku ingat dia tak reti jadi director,huhhu

#13 Posted by RjunaNo Gravatar (19.08.07 at 11:44 )

Nazirah-Hai Nazirah, huhu saat kritikal Jaguar Paw time dia nak nyorokkan Isteri n anaknya tu, pastu bini dia plak beranak dalam air huhu, giler ah

Acai-Mesti tonton citer ni ko akan ternganga seraya berkata wow! :P

#14 Posted by musnazdotnetNo Gravatar (30.08.07 at 10:49 )

pergh Rjuna! aku dah tengok siot citer nih! memang best! aku nak post kat ‘blog sementara’ aku nih citer pasal apo nih (kira balas terhadap post ko yang nih lah!) ;)

#15 Posted by Apocalypto Memang Ganaz Best! at MusNaz Dot Net II (01.09.07 at 08:43 )

[...] hati nak tengok citer tu lepas terbaca review yang sempoi kat blog Rjuna di bawah tajuk ‘apo? apocalypto’. Rate citer ni bukan 18SG lagi dah. Saya rasa ni rate 25SGx! Lebih ganas dari 18SG dan ada unsur [...]