Wayang bersama Apek
Sabtu lalu berkesempatan meluangkan masa bersama Apek (Khairur Rijal), sahabat aku dulu, kini, esok dan selamanya, kebetulan dia pun memang balik kampung jumaat tu, maka rancangan aku nak nonton wayang bersama dia terlaksana sudah, jangan jeles hanya aku berdua je dengan apek disana, bak kata Acha “berdua lebih baik”. Maklumlah kami ni pasangan gay metroseksual wahaha GILA
Ipoh dan kesesatan jalan bagiku bagaikan lumrah, ia normal sebab kau bukan menetap disitu, kadang-kadang je turun ke sana. Rumah apek terletak di Jelapang, cari punya cari rumah dia tak jumpa, aku punya habit sesat dah mai dah, dah tau sesat bukan nak tanya orang ke apa kih kih, Insyallah Raya nanti aku tak sesat dah ya apek.Sampai-sampai rumah apek je dah dijamu mee rebus buatan Mak dia, sedap woo, kebetulan memang waktu makan tengahari, susah-susah je hehe, makcik nasik takder?
Mula-mula kita beli tiket wayang dulu kat TGV jusco , aku bajet nak tengok Haru Biru, sekali yang ada cuma Rush Hour 3, Kayangan, Transformers, yaa mari bergelak sakan. Beli tiket untuk tayangan jam 5.30pm sebab tiket untuk 2.30pm dah sold -out, Thanx apek sebab belanja aku tengok wayang, hehe hadiah bestday yek weee!! , sementara menunggu jam 5.30, pergi medan gopeng beli tiket bas sebab ahad apek nak balik KL dah esoknya, pastu pergi tempat apek selalu beli DVD, rambang mata woo, nak beli cerita apa, ada 4-5 tokan jugak la jual DVD kat situ, dvd dewasa pon ada siot, kami tak beli dvd dewasa itu, kami lelaki baik
Berkejaran kami ke Tgv sebab jam dah pukul 5 petang. Benarlah kata apek, panggung wayang moden lain dari jenis yang lama, kerusinya lebih empuk, skrinya lebih dekat, lantainya berkarpet, bunyi nya jangan cakaplah besh, aku puas hati. gelak sakan tengok jackie chan dan chris tucker. For fun boleh la
Sebelum balik kami berdua pekena Sizzling mee kat food court jusco.
Lepas hantar apek ke rumah dia aku pun berangkat pulang, entah macam mana aku salah masuk simpang, sesat 1 jam pusing2 kat pusat bandaraya ipoh, aku tau ada yang tak kena tu, lepas berdoa sikit, tuhan tunjukkan jalan keluar, syukur
Apek, harum gurih nikmat
2 Comments to “Wayang bersama Apek”