1Coretan 1raya 1Rjuna 2009

Sabtu 29 Ramadan
Aku dan keluarga siap siaga pulang ke kampung. Seperti tahun sudah, kami membawa 2 kereta, satu dipandu Ayah dan satu lagi dipandu bakal pemandu 1Malaysia Team F1 (aku lah tu). Perjalanan 6 Jam tanpa henti dari Sitiawan ke Muar, setakat ni boleh la aku handle, walaupun hujung2 perjalanan tu dah rasa cam lalok pun ada, biasala puasa kan?, time ni la sedap bukak fatwa.. Musafir boleh berbuka kalau letih. Kami pun selamat tiba dalam jam 3 petang, seperti yang dijangka, esoknya diumumkan hari raya hooray, berduyun lah jugak sms raya dapat malam tu, terima kasih yek, aku dah start rindu twitter dan fesbuk.

Ahad 1 Syawal/ 20 09 2009
Pagi raya kalau tak pekena ketupat memang tak sah, tambah kalau ada lodeh, ayam masak merah, kuah kacang, sambal bilis, serunding dan rendang pergh! memang king of juadah la pagi raya. Kat rumah atuk ada la 5 ketul ketupat aku dah bedal, tu belum masuk bab rumah orang lain pulak, kontrol kontrol kang terberak-berak boleh spoil mood raya, jangan cari pasal. Pagi raya macam biasa la mohon ampun dan maaf pada mak-bapak, kasi duit raya dan sesi bergambar bersama keluarga, tahun ni dapat gak duit raya dari mak, duit tu aku buat topup minyak balik dan beli dvd GENG hihi.

Bahrin's family Clanz

Isnin 2 Syawal
Biasanya raya ke-2 kampung aku ni ada Marhaban, tak tau marhaban tu apa? ok Marhaban ni kira tradisi orang negeri Johor, berkunjung-kunjungan memohon maaf sambil merapatkan hubungan antara penduduk kampung dan penduduk kampung yang lain, biasanya akan bergerak secara ramai-ramai berkumpulan, lelaki jer (yg perempuan ada jugak), uniknya Marhaban ni adalah pada bacaan lagunya yang memuji kebesaran Allah dan Nabi Muhammad, kadang tu lagu cindai pun diorang bantai buat melodi. Aku sempat merakamkan video Marhaban di sebuah rumah (sorila kualiti video mcm hamjadah), biasanya lepas lagu dinyanyikan tuan rumah akan sediakan sedikit juadah runcit runcit kudapan + air gas botol, kalau rezeki tuan rumah banyak.. dapat la merasa makan satey, soto, mee bandung. nasi impit, Tahun ni 17 rumah jer yang ambil bahagian, tapi aku ngelat pergi 4 rumah jer pastu balik sebab dah kenyang, bukan apa marhaban ni best kalau naik motor, kalau naik kereta rasa leceh n terhegeh-hegeh.

Selasa 3 Syawal
nasib baik mak aku cakap balik raya ke-3, kalau tak.. kerja aku lepak bilik pastu layan sepupu jadi geng budak-budak, apa leh buat sepupu kebanyakkan masih belum mumaiyiz, dulu masa kecik aku la rasa sebak nak tinggalkan atuk, sekarang atuk pulak sedih bila tengok 2-3 anaknya nak pulang se-awal raya ke-3. Skrip lama berulang kembali, ayah kembali menjaga Tok Yob, semua adik beradiknya lain melapaskan tanggungjawab ke bahu ayah, nak tak nak kami terpaksa telan juga dengan karenah adik beradik belah ayah ku ini, ayah aku memang tak banyak bunyik, dia hanya memendam rasa. Pernah jugak mak usulkan raya tahun ni kita raya kat Sitiawan jer, tanda protes, tapi ayah tak pedulikan, tetap balik kampung.

Kesimpulan
Raya tahun ni disambut sederhana tetapi meriah (tiru ayat Buletin Utama)

22 thoughts on “1Coretan 1raya 1Rjuna 2009

  1. tahun ni saya sampai raya ke 3 je kat kampung. raya ke 4 dah start keje.

    kat kampung sy baraan raya pertama. masa kecik2 mmg aktip le sy ikut baraan sbb boleh beratur 2 3 kali amik duit raya. huhuhu ^^. dah beso ni dok umah jek tunggu team baraan datang. jadi pengangkat hidang pullok ^^.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Kampung kat mana Firdee? Pahang? Perak? ada baraan jugak yek, bagus bagus, ada baraan meriah sikit raya ni :smile:

    kalau takde sedikit kebosanan akan dirasai

    [Reply]

    firdee Reply:

    kampung saya di sungai haji dorani…dah dekat dengan sungai besar…kampung saya tu ramai jawa dan kampar (minang)…baraan acara wajib setiap tahun…biasanya lepas solat raya :halo:
    .-= firdee´s last blog ..LIVE blogging di rumah baru =-.

    [Reply]

    Mr Fathi Reply:

    La,ko dok kat Area sana ke???cakap la awal2.ko wong jowo?raya pertama pun dah ada baraan.Kat Tg Karang raya ke2,3 dan 4 biasanya.tgk kampung la…yg pasti,bakar2 motor mesti ada.Wajib… :cool: .-= Mr Fathi´s last blog ..SALAM AIDILFITRI =-.

    [Reply]

  2. sama la kite yob.. raya tahun ni rasa sederhana sengal je.. tp meriah.. har har har..
    .-= APEK´s last blog ..Salam Aidilfitri =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    sedikit hambar juga bila tak dapat bertemu sahabat, padahal ada je masa aku..masih bercuti..raya ke-4, ke-5, ke-6,7 dan 8

    maafkan aku :sad:

    [Reply]

  3. Yup. Memang di Johor marhaban ni satu tradisi. Selain dapat bermaaf-maafan & mengeratkan silaturahim, boleh makan free yang cedap2 huhu :razz:

    p/s: Ala raya tahun depan ko bawa motor pulak blk kg. baru best marhaban :up:

    [Reply]

    Mr Fathi Reply:

    Baraan kat Tg Karang pun gempak.tengok kampung mana yg bakar2 motor paling bingit!!!!!! :up:

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    lepas ni bakar motor depan hakim ya fathi ngeh ngeh :evil: :razz:

    [Reply]

    Mr Fathi Reply:

    hehe.doakan gue….. :kiss:
    .-= Mr Fathi´s last blog ..SALAM AIDILFITRI =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    yup betul siapa makan ikut nafsu memang berak-berak la dia, kena kontrol rumah banyak nak dilawati :grin:

    tak sanggup aku balik kg naik motor jauh tu, naik kereta pon dah rasa sakit pinggang duduk lama

    [Reply]

  4. eh, marhaban ek. 1st time aku tgk marhaban ni time raya. hehe, lu jowo ke?
    .-= luthtextile´s last blog ..Eh, aku ni gila trafik ke? =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    jawa celup jer, generasi ke-3, Atuk memang berasal dari tanah jawa indonesia sana, dah lama meninggal, kalau dia ada lagi leh kenal-kenal sedara-mara belah atuk disana

    selalu tengok marhaban kat mana? Astro yer

    [Reply]

  5. Slamat dino royo Kang Rjuna.

    Bro kat sini dipanggil Baraan(bukan Barongan).alaa macam marhaban gak tapi takde la mcm kat video tu.Baraan ni mcm ziarah la.Satu kampung berkunjung ke rumah orang kampung dan tuan rumah atau wakil tuan rumah ucapkan selamat hari raya dan mohon maaf dan sampaikan salam kemaafan itu kepada sape2 yg tak join baraan kampung.Ko paham tak???
    .-= Mr Fathi´s last blog ..SALAM AIDILFITRI =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Sama la tu Baraan dalam bahasa jawa, Marhaban bahasa world kah kah, memang ada setiap tuan rumah akan berucap memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap, ada bacaan doa dan ucapan dari wakil baraan

    kumpulan baraan ni jugak akan ke rumah ketua kampung lain pada raya ke-3 sebagai wakil kepada penduduk kampung

    amacam ada puas hati tak fathi jowo oit, bocah bocah seng iki

    [Reply]

    Mr Fathi Reply:

    puas ati kang.kita kan sama jawa???hehe.
    .-= Mr Fathi´s last blog ..SALAM AIDILFITRI =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    ko ni tak baca kot apa yang aku tulis kat atas tu, video tu aku rakam sedikit jer, ada lagi bab, bacaan doanya, ucapan wakil baraan dan ucapan tuan punya rumah, saja malas rakam.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: