
Esok 7hb Jun sahabatku Ejoy akan menamatkan status bujangnya. Nikah & kenduri belah perempuan dulu. Insyallah kalau tiada aral 14hb Jun nanti aku datang yang belah lelaki pulak di Pusing, Perak.
Selamat pengantin baru buat Sirajul Fikri. kalau korang nak tau sahabatku ni dah membuat persiapan sejak awal tahun lagi, dari pakaian pengantin, kad kahwin, barang hantaran, dan yang paling wajib tentulah mas kahwin, wang kenduri kendara, dengar-dengar makan puluh ribu jugakla belanja kawen nya,
kalau tak kumpul duit sekarang alamat tak kawen la ko Rjuna (sedih tengok baki akaun)
ok tutup mukadimah diatas, mak oi panjang gila mukadimah, apa yang aku nak kongsikan kali ini ialah sebab-sebab kenapa kawan tak datang kenduri kawen korang, secara peribadi, aku tak kisah pon kawan-kawan tak datang masa kenduri aku nanti (eh bila ko nak kawen Rjuna bila? tak bagitau pon).
1. Tak Jemput
kalau tak jemput macam mana nak datang?, eh kalau tak silap.. haram kan kalau kita pergi makan kenduri yang tak dijemput?, kalau macam kat kampung aku di Johor sana, memang pantang ni kalau pergi kenduri yang tak di jemput.
2.Tak dapat kad jemputan pon
Kadang-kadang ada kawan yang jenis merajuk bila tak dapat kad, lalu dijadikan alasan sebab tak nak datang kenduri, padahal ko yang suka tukar nombor henset, bila orang mintak alamat via sms tak dibalas, camne nak hantar kad, kawan tu tak tau alamat, dunia dah maju zaman dah berubah, sms dan emel kan ada, jangan nak buat alasan.
3.Lokasi kenduri jauh gila dari rumah
alasan ni boleh diguna pakai, dan nampak selamat, apa-apahal bagitau la kawan tu kalau tak dapat pergi sebab jauh, penat dia hantar kad, kalau kawan anda bertaraf sahabat, jangan guna alasan ni tak baik, sahabat karib tu bai, pergi kenduri dia.
4.Lewat bagitau tarikh kenduri
jangan buat pasal jemput kenduri di saat-saat masa kecederaan, ingat ko sorang ke yang nak kawen time cuti sekolah, kalau aku dah plan nak bercuti bersama kawan lain or famili camner?, kalau dekat takpe, ni kalau satu Ipoh satu Manjung, tak ke naya kawan.
5.Wakilkan kawan untuk jemput member lain
hah ni selalu terjadi kat aku, pasal kesian.. aku tolong lah jugak kawan ni, tapi lepas tu jangan nak bising kenapa ramai kawan tak datang kenduri ko, salahkan diri sendiri yer..nak save bajet konon.
6.Weh hari Sabtu aku kerja la.
Sebolehnya kenduri buat la hari cuti Ahad atau cuti perayaan, tapi selalu kerja Sabtu setengah hari jer, takkan lah takleh datang kot walau sekejap, pakai uniform apa salahnya.
7. Anda di boikot kawan-kawan
Mungkin ada masalah di masa lalu, hingga kawan-kawan pon bencikan anda, tak boleh nak buat apa la, elok jumpa depan-depan mintak maaf n bagi kad jemputan secara live..paling koman call la jemput.
8.Kawan memang sengaja tak nak datang
Hah jenis kawan camni memang tak guna, penat korang ajak pakai kad, sms dan emel, alih-alih boleh pulak tanya kawan yang lain “eh ko pergi tak kenduri si polan, kalau ko tak pergi, aku pon malas la”, “eh siapa datang lagi?..ramai tak yang datang?” kalau ramai kawan yang datang..baru terhegeh nak datang, gua rasa nak pelempang jer.
9.Ko dulu seorang pendiam dan anti sosial
Dulu masa kat kelas pendiam jer, kalau cun satu hal, bila ko kawen, kawan ada yang dah tak ingat or tak kenal, jenuh kasi ingat kawan-kawan, pastu ending dia mesti camni..“ah malas la gi kenduri dia..dulu pendiam gila dalam kelas” oh kasihan.
10. Itu kenduri Ex- bf/gf/tunang dia rupanya
Memang patut la kawan anda tak datang, Ex rupanya, kadang-kadang ada juga yang degil jemput jugak, konon dah berbaik jadi kawan la, memang bertuah la kalau Ex ko datang weh.
Apapun semua ni hanyalah apa yang aku lihat, kahwin pun belum lagi, aku rasa siapa yang dah kahwin time tu dah tak pikir pon kawan datang ke tak, atau semua yang dijemput hadir ke tak kan?
Selamat pengantin baru :suka:
Incoming search terms:
- KAD KAHWIN
- kad kawin
- kad kenduri
- kad kenduri kahwin
- kad kawen
- kad kahwin simple
- KAD perkahwinan
- modal kenduri kahwin
- kepentingan menghantar kad jemputan
- kedai kad kahwin di perak
Pingback: Salam Tahun Baru 2010 | RJUNA
aku pernah dengar ustaz kata
kalau kita tak dapat menghadirkan diri ke wallimah adalah berdosa. kerana tidak menunaikan harapan dari tuan rumah. melainkan ada hal yang betul2 tak dapat di elakkan.
[Reply]
bagi alasan sebab x-boy atau x-tunang datang kenduri kawin tu leh x??hantu raya ko jamil..
[Reply]
Semua sebab2 diatasa tak boleh pakai… klu diaorang nak dtg sure tak kisah klu ada apa pun masalah mesti datangnyer… majlis aku aritu.. aku dah buat yg terbaik… jemput guna mulut, send emel dah pos kan kad… tapi masih ramai yang tak datang gak… kepada kawan2 yg sudi hadir aku ucapkan ribuan terima kasih….
Rjuna= sabor jela ejoy, yang penting majlis kenduri ko dah selesai dengan jayanya, nanti diorang kawen kita boikot tau haha (ajak org buat jahat pulak)
[Reply]
Alhamdulillah dapat juga kumpulkan beberapa geng skool kita dulu di majlis Ejoy :up:
Rjuna= sebenarnya aku kecewa ramai yang tak turun, takpe redha je lah, pengantin pon tak cakap apa
[Reply]
Mungkin yang no9 tu adelah aku. Tapi aku nak gak member2 dtg time aku kenduri nanti. Sedey dow kalau takde member datang, macam aku ni dipulaukan pulak, huhu.. :cry:
Rjuna= kadang2 bila kita dah ajak semua pon yang datang ciput jer, ikut nasib jugak..kita nak paksa orang datang pon takleh gak, berdoalah la lepas antar jemputan tu, hope org yg dijemput ada kelapangan untuk datang
[Reply]
kawen… nasib baik kebanyakan kawan² aku yg kawen aku dtg.. yg tunang pon aku rajen datang.. mesra alam tol aku ni.. hahaha… aku kawen 2012 dtg taw. hahaha
Rjuna= wah kawan yang rajin, aku tau sebab apa? sebab leh makan free..2012 fuh dah set tu..dahsyat
[Reply]
waaa
alasan aku satu je untuk taknak g rumah orang kahwin
aku tengok tempat
kalau dekat,tak pergi
kalau jauh pergi
sebab kalau jauh dapat la melencong tempat lain..
Rjuna= haha pelik nya ko jauh pergi, dekat tak pergi, apa saja lah labu janji ko happy sudah
[Reply]
˙ʞɐlnd ɥɐl oɟuı ƃuɐɹnʞ ‘ıdɐʇ˙˙˙qɐqǝs 01 ʇɐnq ʞɐu ʇɐƃuıɹǝʇ und nlnp nʞɐ ˙ɐɯıɹǝʇıp ɥǝloq ƃuɐʎ uɐsɐlɐ
Rjuna= main font terbalik pulak dia hehe, thanks for comment
[Reply]
ades..bulan 12 nie aku nak kahwin…aku pastikan la..benda benda cam nie tak jadi…takut gak ada kawan yang terguris.kalau tak jemput
Rjuna= wah bulan 12 ni yek, tahniah..sebolehnya jemput sedara-mara dulu then baru kawan-kawan yang rapat last baru member-member yang kenal
[Reply]
aku nye yang last tu.nape la kali ni yang wat 10 kenduri kahwin kali sme bekas2 awek aku .xsanggup aku dtg
Rjuna= oh kasihan ko acad, kalau diorang jemput apa salahnya pergi, makan free beb
[Reply]
tambah satu lagi
masa dia kawan ko tak datang
haha..masa dia kawin ko tak dtg so jgn hrpla dia nk dtg time kenduri ko kawin..huhuhu..sahabat baik pun kalau ceti sangat susah jugakkan..so tyme to balas dendam..ya ampun tak baik..hjihihi
Rjuna= hah yang ni pun betul gak, ada juga jenis kawan yang camni, seriyes
[Reply]
Hurm.. best point2 tu.. logik yg sesangat.. hehehe… buat masa ni lom ada lagi kawan2 aku yg kahwin.. eh kahwin dah ramai, tapi nikah tu lom ada lagi.. diorang ni kahwin ikut suka je.. ape nak jadi pon tak tahu la.. hehee…
so bila dah ada antara mereka yg nak nikah nanti, leh aku tambah lagi point2 di sini.. Itu pon kalau aku x pergi la kan? hehehe…
Rjuna= kawen ramai nikah belum?..wohoho, akhir zaman cam tu la bro, dajalkan je orang camtu, tepon JAIS serbu
[Reply]
:up: betol3..bile da kawin ingat nak kawin je..da lupe org sekeliling..kenela ingat sama2.meriah ke tanpa sahabat2 yg datang?klau setakat sedara mara tu,Hek ele ,ape barang :mrgreen: …dia bukan kenal ooo si polan tu hensem selalu jadi tukang karut dikir barat kat sek kite…so jagalah kepentingan sahabat bkan kite sepanjang masa ngan laki bini….kat kedai kopi ,kwn juga kite cari.
[Reply]
Sure ke sebabnya ni?? :)
Rjuna= Sureheboh haram kata mufti..hehe joking
[Reply]
Yay! Aku suka :up: especially yang no5.. selalunya jadi kat ko kan bro. Insyaallah kita jumpe di majlis Ejoy nanti ya
Rjuna= jom jom jom..jom heboh heboh
[Reply]
hohoho.. tu dia senarai top 10 ‘i’m not pegi u punya kenduri..” hehehe..
ada betul gak smua tu.. yeah kita jumpa 14hb ni yer..
Rjuna= jom jom jom..jom heboh heboh
[Reply]
ak tahun ni satu haram ak x pegi ape2 kenduri…
wlau diajak n dipujuk pergi…
hahahha..
bapak kejam aku…
alasan aku…ade kelas…
wahahha…mmg btul alasn seorang mamat baca buku…
wakakakaka…
Rjuna= bagi student kami paham masalah ada kelas, duit takde, tengah nak exam, tapi kalau dekat dengan kampus sure pergi punya lah, makan siapa tak nak, ye tak?
[Reply]
bro,kalau takleh g kenduri.ko becek jer duit kat member ko yg kenduri.kirimkan kat member yg nk g kenduri…
tgk abang aku yg kawen tu,kos kahwin mungkin dlm RM5,000 tapi bila dpt duit becek,hmmm balik modal….
Selingan:hhmmm ko tau ker becek tu apa???ko jawa kan???
[Reply]