1 Hari dalam Hidupku

Hari ini aku ubah cara penulisan, buka wordpad lalu terus menulis, tak seperti selalunya aku akan on internet, check email dulu, bukak ym, on twitter baru menulis, kali ni berbeza.
1 kelemahan aku ialah hilang tumpuan/fokus, bayangkan lah kalau awek-awek ym ajak chat dan update twitter menggoda untuk di klik, mana tak lambat nak update blog, Bila dah penat jadi malas pula, lalu tertangguh lah entry ini, tu sebab blog ini tagline nya blog yang jarang-jarang update,
Maafkan aku pembaca sekalian, terima kasih kerana masih sudi lawat blog ni walaupun korang tau tuan punya blog pemalas nauzubillah
Entry kali ni bakal menjerumuskan aku kearah genre blogger selebriti, tapi itulah guna nya blog personal kan? Alasan la ko Rjuna, blog ni dah macam rojak dah aku tengok,
jom menjengah 1 hari dalam hidup seorang blogger bernama Rjuna..habisla ramai tau apa aktiviti aku selama ni
Ok aku pilih hari Selasa, kenapa tak Isnin?, biasanya seorang pekerja benci hari Isnin hehe.
6.30 am– Bangun solat subuh, tu pun emak yang kejutkan, kalau Mak tak kejutkan alamat subuh dinasor la aku (subuh pukul 8.00), dah besor bapak orang pon mak yang kejutkan malu nya
7.00 am– Hantar adik bongsu sekolah, bila nak dapat lesen budak ni, satu kerja pulak aku nak berantor-berambik
8.00 am– Selalu sarapan kat umah jer, kalau mak tak buat sarapan kita makan biskut cicah neskafe, pastu siap-siap la mandi junub apa semua.
9.00am– Kekadang jam ni la aku mandi (kes bangun tidur balik), kalau dah lewat sangat selamba je gi opis tak mandi, siapa tau kan..psst ini rahsia kita jer tau
9.30am– Selalunya aku akan masuk dalam base TLDM ambik sebutharga, ala kira tender la tu, tapi make sure kalau nak ambik call dulu, kalau takde buta jer masuk, kalau tak ke TLDM kita ke TNB Janakuasa.
10.00am– kalau haus minum-minum jap kat mapley, baru masuk opis, on pc, on air cond, on YM, on twitter, check email standard la tu.
kerja aku melibatkan pencarian harga dan stok barangan alatganti , so internet adalah mediumnya, pantas dan tuntas, tapi ada jugak barangan yang kita kena turun padang cari harga, contoh barangan hardware.
11.00-12.00am—Taip sebutharga, hantar kepada penjual, dapat harga kita mark-up kemudian submit, menaip, cari pembekal, cari barang dengan harga yang termurah,
Mengulat= lawat blog kawan, reply twitter, bukak friendster, facebook, bos besar takde kita pasang lagu kuat-kuat sambil karaoke.
1.00pm– Makan time kalau mak masak best kita makan kat rumah, kalau tengah kaya makan kedai
2.00pm– Solat Zohor
2.30pm—Masuk opis semula, semak ada sebutharga/tender tutup tak esok, kalau ada jawapan fax dari pembekal kita bagitau bos besar, bos kecik hanya menerima arahan
3.00-4.00pm—kalau kerani cuti, kita la kena menaip huhu, nak pulak esok ada closing date, sebuthrga kena submit, macam lipas kudung kerja (suka kerja last minit), nak pulak bos besar dah bising-bising, aduyai.
4.30-5.00pm—Mengulat time, time time camni la awek-awek ym mengorat aku, padahal bos besar kat sebelah pandang semacam jer, kalau kantoi..tak kena maki depan pekerja lain kira selamat la tu.
5.30pm—Patut kul 5 dah balik dah, tapi mengulat punya pasal sampai terlajak sampai pukul 6, wohoho memang tak berkat gaji kerja cam aku ni
6.00-6.30pm—Asar time
7.00-7.30pm—Mandi pastu lepak depan tv layan tv jap sebelum Solat Maghrib
8.00pm—Makan Malam di rumah, pastu layan baca sokkabar jap
8.30pm—kalau dengar Azan, wajib Solat Isyak kat Surau, kalau tak pergi kena bebelan dengan mak aku, ini satu cara Mak mendidik anak-anak berjemaah di Surau
9.00pm—Nak layan tv pon tak leh sangat sebab remote tv di kongker oleh Mak-Bapak, kasi chan la mak bapak tengok tv, diorang suka bukak drama Indon mencik.
10.00-12.00pm—Wifi on.. get set go..yeah tv takde pon leh hidup selagi ada internet ni, time-time camni la aku nak update blog, chat ym dengan kawan-kawan, komen blog kawan, layan drama online, baca chat di twitter, upload gambar di friendster.
1.00-2.00am—Kadang main internet sampai tidur lewat, layan dvd, layan movie download dan kekadang bukak website dewasa oh tidak,
Kadang tu sampai tertidur depan laptop, alahai Rjuna, beginilah antara rutin harian aku sepanjang hari bekerja, yang baik jadikan teladan yang jahat join la sekaki eh eh eh hehe
Kerja elok-elok kawan jangan contohi sikap buruk aku, mengulat jer kerjanya bila bos besar takde, abis bos kecik siapa?
Lagi mau tanya
aku xleh blah yang part mandi junub tu :!:
part bukak website dewasa tu memang aku percaya. hoho :grin:
Rjuna= website dewasa tu aku bukak mlm khamis lebih afdal..eh eh ni malam khamis kan..kantoi
[Reply]
huh..lengkap seharian..mungkin ni bulan ini punya..
bulan depan sure skedul ko da berubah…hu3..bulan dpan lagi..yg sebelum tido tu jadi time dinner ko lak.hehehe..mane tau kan..
Rjuna= yup betul..selalunya begitu lah hehe..mana tau ni
[Reply]
wah wah wah.
pengurusan masa seorang bos ke-chik.
mesti bos baik ni tak garang.
sebab asik mengulat.
eceh.
mengulat ke mengular ni?
hahaha.
Rjuna= dulu dalam buku rekod pelajar tak pernah terlintas pon cita-cita nak jadi bos, mungkinkah ini suratan atau kebetulan
[Reply]
aku pun nak wat entry cam nie la..sebab rutin hidup aku malam berjaga, 4 jam je tido sehari huhuhu…tapi rutin ko tu kira bagus la… ada gaks masa nak spend time di rumah….
Rjuna= buat la aku pun nak tau rutin hidup ko, ada masa nanti aku link blog ko ok
[Reply]
pkul 2 dan pkul 6 tu…
ak rase sangsi la sket…
huuurrmm…
kne tunjuk bukti ni rjuna oi…
susah org len nak percaya…huuuu
Rjuna= takkan solat pun aku nak tunjuk bukti
[Reply]
amboi…byknye awek2 ym…hahahhaha
Rjuna= termasuk ko la tu..sajer buat cam ramai awek-awek kih kih
[Reply]
hohoho.. best gak baca..
pengakuan jujur seorg bos kechik..
Rjuna= apa-apa benda kita buat kita kena jujur, kalau tak jujur ada masalah kemddian nanti
[Reply]
Ooo tu tak set waktu untuk karok dengan geng tu
Oh ye, kurangkan aktiviti luar seketika, jerebu :???:
Rjuna= geng karok sorang dah takde, Danial n Ejoy, sorang kat KL, sorang lagi dah kawen
[Reply]
pergh!bz gle hidup ko….bgs2!! :up: :up:
Rjuna= bz pun bagus, apa saja lah labu hehe
[Reply]
Rutin harian yang memang sukar dijadikan teladan oleh orang ramai.tapi ada gak yg baik2.yang buruk tu,dicampakkan ke longkang…
Rjuna= kadang2 yang buruk tu pun ada fedahnya jugak hoho, faedah apa..hah itu yg kita tak tau
[Reply]
bestnya idop ko kan.. hahaha… kalo la aku leh tulis mcm ni kompom ini la yg terjadi:
makan
on9
tdo
hahahaa….
Rjuna= yeke beb, oh kasihan, takpe nanti ko dah bosan..ko cari kelainan jugak, cam gi mancing ke
[Reply]
Hai Bos Kecik! hehehe…
Hurm.. aku teringin nak tulis schedule harian macam ni kat blog.. tapi ape nak buat.. ketika komen ini ditulis, hidup aku x tentu arah… x menentu.. kadang2 berjam2 kat mamak duduk online..
sampai bila la nak hidup macam ni.. kene cargas sambung study macam ni..
Rjuna= aku dengar ko dah berhenti kerja ya, jadi fulltime blogger la beb, sambil tu study part time
[Reply]